March 16, 2012

Contest Edit Blog Paling Awesome

by , in
Assalamualaikum dan hai , harini nak join contest lagi . yeahh !


syarat-2 dia :

1. Follow blog Yasmin.



2. WAJIB like fanpage NI dan NI.

3. Sediakan satu blog ni cantik2. Edit cantik2 supaya dapat menawan hati saya xD Then tulis

satu post kena awak rasa blog awak cantik. *DI BLOG YANG AWAK EDIT TU JUGAK TAU !

DAN JANGAN LUPA TAMPAL BANNER DI ATAS DI POST AWAK.4. Tak kira blogskins atau

template biasa.
4. Hantarkan link blog awak di tempat comment saya ini. * Bagitau sekali


blog yang awak edit tu blogskins atau template biasa.

okay , sok esek sok seh . aku nak cerita pulak kenapa aku rasa blog aku lawa :3

ok , first sebab this idea was mine and aku edit sendiri blog ni . codes sendiri , stuffs search sendiri . tapi , macam cursor tu memang aku ambk drpd orang lah . boleh tengok kat Credit . then , i love Galaxy and I named this design as " Galaxy Desire " . yes , desire ah sangat . lalala . kenapa aku suka konsep Galaxy ? sebab galaxy ni sebenarnya cantik tau . ciptaan Allah semua cantik . tapi , aku rasa yang paling menakjubkan adalah Galaxy . macam-2 galaxy ada kat atas ni . hehe . semua cantik-2 . kan ?

ok , stop membebel pasal Galaxy . pastu , aku suka warna purple . sebelum ni design blog aku boleh dikatakan semua pink kan ? so , pada kalini aku nak try kelainan sedikit iaitu dengan menggunakan warna purple pulak . since galaxy warna gelap macam popel gitu , sebab tu au guna warna purple . warna purple pon cantik apa ? kan ? tapi , ada jugak sebab nape aku tukar blog jadi warna purple . salah satu sebabnya , ada anon kat shoutbox aku cakap yang dia tak suka blog aku warna pink . demi nak memuaskan hati dia , aku pun tukar balik design blog aku ekpada warna purple . kalau dia jadi anon lagi , memang nak kena sekeh . lol .

hm , aku rasa tu je kot aku nak cerita psl blog aku . kalau panjang lagi , lagi banyak lah aku membebel xD so , wish me luck guys ! wassalam :D









Photobucket
March 14, 2012

Tips cara untuk menjaga muka .

by , in
Assalamualaikum dan hai :) dah lama sangat lah tak update blog ni . last update 1 Mac lepas . sekarang dah 14 , hampir dua minggu tak update pape . tapi , alhamdulillah sebab ada yang sudi follow . Thanks awokk ! oklah , harini aku nak bagi tips macam mana nak jaga kita punya muka . yelah , as a student mestilah kita selalu terdedah kepada matahari kann ? selalunya yang kena denda ah . hehe . tapi , ada juga wanita-2 lain yang tak sempat nak jaga kulit muka dia . kenapa ? salah satu sebab dia adalah ada wanita yang bekerja . balik tetengah malam . balik rumah , sok seh sok seh terus boom ! baring atas katil tanpa basuh muka bagai . tapi , ada jugak yang jenis tak suka muka kotor . sanggup tidur lewat semata-semata nak bersihkan muka . ye tak ? oklah , tanpa nak cakap banyak meh aku tunjukkan cara nak jaga muka dengan teratur .

1. Minum air kosong sebanyak 8 - 10 gelas sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit
- cara ni memang kita dah sedia maklum lah . minum air banyak-banyak sampai kembung perut :D okay , dengan cara ni kulit kita akan lebih banyak ruang untuk bernafas kerana air didalam badan kita akan diserap oleh tubuh badan kita .

2. Sebelum tidur, basuh muka anda dengan air bersih
- haa , yang ni lah yang aku cakapkan tadi . bersihkan muka sebelum tidur . Kotoran dan bakteria yang tak dibersihkan tu boleh menyebabkan kulit berjerawat dan timbulnya garis penuaan pramatang . korang nak ke ada jerawat ? konfirm ramai taknak kan ? aku pun taknak . so , kepada wanita di luar sana . tak kira lah , balik kerja tetengah malam ke hape ke kena bersihkan muka sebelum tidur . ada banyak krim pencuci muka yang tengah ada kat pasaran sekarang . meh sini aku listkan jenis pencuci muka yang aku rasa boleh direcommendedkan :)

  • Pencuci muka OXY *yang aku pakai sekarang . ternyata boleh mengurangkan bintik-2 dan jerawat (aku memang takde jerawat . ni kawan cakap)

  • Pencuci muka Safi Cucumber *boleh menyejukkan kulit kita . seriously , kita rasa dingin je . macam ada timun kat muka kita :D*

3. Makan lebih sayuran hijau
- Untuk kulit sihat berseri , makanlah banyak sayur-sayuran berdaun hijau, sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna kuning , bijirin , kekacang , daging dan makanan laut yang mengandungi vitamin A , C dan B6 , dan mineral zink .


4. Lindungi kulit anda daripada sinaran matahari
- gunakan pakaian yang sesuai , atau dengan menggunakan losyen perlindungan matahari . Terlalu banyak sinaran UV matahari boleh menyebabkan kanser kulit .

5. Jangan picit jerawat !
- Ini akan menyebabkan keradangannya merebak dan akan merosakkan tisu-tisu halus di bawah kulit anda . ia juga akan menyebakan kulit kita ada parut-parut jerawat . biarkan je jerawat tu . lagi kita picit , lagi banyak ia akan tumbuh :O

6. Jangan pakai terlalu banyak krim muka
- Sekarang ni kan dah ada macam-macam krim untuk muka . macam foundation , concealer , apa-apa je lah . tapi , dinasihatkan jangan pakai terlalu banyak macam contohnya dah pakai moisturizer , paki lagi foundation apa semua tu . ia boleh menyebabkan kulit kita sukar untuk bernafas . sebab tu tumbuh jerawat sebab kulit kita berminyak dan kurang ruang untuk bernafas .





So , aku rasa ramai yang dah tau camne nak jaga kebersihan muka kan ? jadi , dinasihatkan kalau kulit memang ada masalah . jumpalah yang pakar . kot-2 dia boleh tolong kan ? oklah , semoga berjumpa lagi dalam entri seterusnya . selamat mencuba dan wassalam :)




Photobucket
March 02, 2012

Simple Giveaway 2012

by , in
Assalamualaikum dan hai :)

Tak banyak yang aku nak taip . aku just nak join stau GA ni . haha . join GA last-last minute memang aku suka -_- ok , let's start !


okay , syarat-syarat dia :

1. Buat post tajuk Simple Giveaway 2012
2. Letak banner tu dalam post.
3. Tag 3 orang blogger dan pastikan mereka tahu.
4. Letakkan link entry di bawah. (comment)

 aku tak sempat nak tag sesiapa . so , bye and wassalam :)



Photobucket