Asasi UiTM ; Around ASiD [Part II]

(nice issit?)

Hello, assalamualaikum! I'm back with Part II of #dengkilseries ;) Kalau last entry, amni share pasal requirements, subject and etc, masa taip entri tu pun menguap sebab boring sangat topiknya. Tapi, kalini amni akan jadi tour guide dimana I'll bring you guys around UiTM Dengkil. What's so hype about this campus actually?

Kampus UiTM Dengkil ni kecil je sebenarnya. Tak sebesar main campus kat Shah Alam, dan tak sekecil sekolah menengah. Just nice. UiTM Dengkil terletak kat Pekan Dengkil, Selangor tapi tak terlalu pedalaman tapi tak juga dalam kawasan bandar. Pekan dia masih okay lagi dan takdelah sendu sangat. Based on the picture above, that is the main road that you will enter before entering UiTM. The one and only route. Takde jalan lain dah. Kalau ikut jalan lain tu, mungkin takkan jumpa UiTM Dengkil.

Okay, shall we start the tour now? Let's go!



We shall start with the entrance first. Sampai je UiTM Dengkil, first thing korang akan nampak sign UiTM Kampus Dengkil dan Polis Bantuan. Ye, tak lain tak bukan. Polis Bantuan. Polis bantuan sini famous tau, bukan beshe beshe. Kalau cari kat twitter, memang akan berderet keluar. Lol. Okay, UiTM Dengkil ada satu je pintu masuk dan itulah juga pintu keluar. 



Bila dah angkat tangan tanda hormat kat polis bantuan, di sebelah kiri, akan nampak court futsal yang tersergam indah disitu. Cantik kayh court dia. Untung kalau penghuni Dahlia 3, boleh tengok game futsal malam malam kat koridor je.


Okay, kita jalan straight sikit, di sebelah kiri jugak. Bersebelahan je dengan court futsal, ada court tenis. Jadi, bawaklah equipment sukan korang tu, jangan biarkan berhabuk kat rumah, dibiarkan begitu sahaja, terikat namun tak bertali eh tetiba korang menyanyi pehal?


Baiklah semua, kita jalan depan sikit lagi. Akan nampak tersergam indah, Pusat Islam. Kalau UiTM, dia tak panggil surau/masjid/musolla tau, dia panggil Pusat Islam. Kat sini lah tempat dimana kita menjaga rohani disamping menambah pahala (atau menambah kekenyangan di perut sebab Pusat Islam suka bagi makanan free). Kat sini ada Solat Jumaat, jangan risau. So, lelaki semua takde alasan tak pergi solat jumaat. Cubit satgi. Cantik tau Pusat Islam dia, tempat solat yang besar. Sejuk, berangin. Tempat solat perempuan pun cantik, tempat wuduk kat bahagian dalam so korang takkan takut untuk tiba tiba bertembung dengan kaum adam. Telekung disediakan, alquran tersedia ada. Tinggal untuk pakai je. Dan insyaallah, bakal bakal zauj juga ramai ye. Mashallah sis. 


Bangunan Pentadbiran


Okay dah selesai bahagian situ, kita belok kanan, akan nampak satu bangunan yang besar dan tinggi bagaikan KLCC tapi cuma tak cukup 77 tingkat je lagi. Kat sini lah Bangunan Pentadbiran, terletaknya Pejabat Hal Ehwal Pelajar (Tingkat 1), Pejabat Hal Ehwal Akademik (Tingkat 3) dan pejabat pensyarah. Kalau pensyarah yang duduk tingkat 11, mereka panggil level kayangan HAHAHHAH. Kat bangunan pentadbiran ni jugak, ada surau jadi kalau ada class waktu petang dan gap untuk solat singkat, confirm tak sempat nak balik rumah, so boleh tumpang solat kat bangunan pentadbiran selain ke Pusat Islam lol (pengalaman sendiri). 


Bangunan Dinamik

Apa kata kita jalan terus lagi, dan akan jumpa tiga bangunan yang bersambung antara satu sama lain: Dinamik, Etika & Progresif. Kalau nak tahu, dari bangunan pentadbiran, boleh terus tembus bangunan dinamik, dari dinamik boleh ke etika, dari etika boleh ke progresif. Menjimatkan masa disamping kalau hujan ke apa kan, easy access untuk pelajar nak pergi kelas. Bangunan dinamik terletaknya dewan kuliah dan kalau kelas lecture, kebanyakan kelas akan ke dewan kuliah dekat tingkat 2 bangunan dinamik. Apa kata kita pergi sekejap? Jom!


Haa, inilah dia dewan kuliah kat sini. Ada 5 dewan kuliah semua sekali, dua dewan kuliah utama yang menempatkan +/- 200 pelajar dan 3 dewan kuliah kecil. Semua ada aircond dan kerusi yang empuk. Yang amni tunjuk ni adalah DKD3, dewan kuliah kedua besar.

Not to forget, bilik kuliah ataupun bilik tutorial. Usually, tutorial class will be held here, tapi ada jugak yang ada kelas lecture kat bilik kuliah. Tak semua lecture akan diadakan kat dewan kuliah ye. Sama je sejuk, jangan risau. Lagi sejuk, ada lah. Jadi, bawak sweater siap siap hahahhaha. Jangan pergi bawak selimut pulak pergi kelas, tak kelakar okay. Bangunan dinamik ada 6 tingkat, so kalau rasa rasa dah lambat ke kelas, dan kelas kat tingkat atas atas, dah boleh prepare cardio untuk naik tangga sebab lif memang akan penuh heheheh. Been there, done that. Penat woi. 


Part of Bookopolis (tak tempting keeeee?)

Di sekitar bangunan dinamik ni, ada vending machine yang setia menemani dikala tiba tiba kehausan masa kelas, boleh keluar kejap beli air kat vending machine. Depan vending machine pulak, ada port untuk lepak/berehat/study which we called as Bookopolis. Best kat sini sebab ada banyakkkkk sangattttt novel best. Majalah pun ada! Kalau nak pinjam buku kat situ pun boleh. Kat bookopolis ni jugak, ada tempat duduk, siap ada meja jepun lagi. So, boleh je nak buat study group ke, group discussion ke, nak dating ke eh. 


Bangunan Etika

Selesai bangunan dinamik, bila kita keluar dari bangunan dinamik, akan nampak satu bangunan panjang kat tengah. Itulah bangunan etika, where all the handsome lads are lol. Kat sini, terletaknya semua makmal sains dan bilik kuliah jugak. Cuma beza bilik kuliah dinamik dan etika, bilik kuliah etika lebih panjang dan luas sikit. Bangunan etika ni pulak ada 5 tingkat dan antara tiga bangunan ni, bangunan etika paling seram sebab paling gelap walaupun siang hahahahah. Memang kurang ye cahaya memasuki hallway bangunan etika tu. Kalau dapat kelas kat bangunan etika, rasa best sebab dapat tengok student sains dgn engineer belajar. Bila tengok balik experiment tools, teringat zaman sekolah dulu buat eksperimen biologi sampai pecah tabung uji. 





Bangunan Progresif


Okay, moving on to the next building! Bangunan progresif. Kami panggil bangunan tesl. Setiap bangunan ni, ada abang kakak kawasan sendiri. Dinamik, bangunan budak law, etika bangunan budak sains dengan engineer dan progresif bangunan budak tesl. Sebelum nak sampai bangunan progresif ni, kena cross satu padang ni, nama dia Padang Maksiat. HAHAHHA mesti terkejut dengar nama dia kan. Well, amni pun taktau kenapa letak nama tu. Ada yang cakap padang maksiat, ada yang cakap padang mathurat, i donno which one yang betul. Lol. Padang ni famous sebab kalau search #uitmdengkil, #dengkilperform, inilah antara tempat yang menjadi background untuk gambar gambar tu sebab kat sini lighting on point gils. Malam malam pun best lepak kat sini, ada lampu lampu kecil rasa macam romantic pulak. 






Hm, baru cakap. 



Bila dah lalu padang, first thing korang akan nampak ialah Studio Orkid kat sebelah kiri, dinding warna coklat. Studio ni macam macam event dah ada, kebanyakan event yang kecil, akan buat dalam Studio Orkid ni. Studio Orkid ni pun famous jugak, dengan dinding coklat dia. Seperti biasa, kalau search hashtag berkaitan uitm dengkil, akan jumpa background warna coklat ni. Haa, kat sini lah tempat dia. 





EXHIBIT A


Lepastu, sebelah kanan, akan nampak kafe. Nama kafe ni Cafe De' Palma. Kafe ni tak beroperasi untuk student dan hanya akan dibuka kalau ada event ke, dinner ke & etc. 

Cafe De' Palma


Bangunan progresif ni, ada 4 tingkat. Jadi, kalau lambat ke kelas tu, kalau naik tangga tak semput lagi lah berbanding bangunan dinamik yang 6 tingkat tu hehehhe. Dalam bangunan progresif ni jugak, ada library. Kat sini panggil PTAR. PTAR ada 3 tingkat dan dalam ni besar tau. Ada pusat IT kalau nak buat research, ada self-study zone, social zone untuk group discussion dan ada bilik perbincangan jugak untuk buat mesyuarat tingkap bersama rakan rakan. Tandas dan surau pun ada jugak dalam PTAR ni. Jadi, tak perlu risau, kelengkapan memang lengkap. 



Kalau nak masuk PTAR, tak boleh bawak masuk beg, jadi kena letak dalam locker room. Lelaki dan perempuan berasingan. Kalau risau barang hilang, boleh sewa locker yang berkunci. 

Jalan kedepan sikit, akan jumpa satu kawasan yang ada tempat duduk berjalur jalur. Disitu lah terletaklah Jasad Golgi sebab kalau tengok dari atas, tempat tu design dia macam jasad golgi. Style kannnnnnn? Sini pun antara port popular untuk bergambar, discussion dan study sebab berangin je kat situ. 



EXHIBIT B

Sebelah jasad golgi, akan nampak satu bilik penuh dengan kerusi dan meja. Ini dinamakan Bilik Belajar (BB). BB ni selalunya untuk group discussion sebab nak discuss kat PTAR, PTAR dah tutup waktu malam. Jadi, BB akan bukak sampai malam so sesuai lah dijadikan tempat untuk student study. Kat sini juga disediakan aircond. Dan kena datang awal kalau nak study kat BB sebab BB cepat penuh dan nak dapatkan meja kosong tu agak susah sebab student akan duduk lama kat situ. So, first comes, first serves!



Keluar dari BB, mesti lah lapar kan? Apa kata kita pergi Anjung Dengkil. Sebelum jumpa anjung, akan nampak pejabat polis bantuan dan pusat pelajar kat bangunan sebelah anjung. 





Okay, kita masuk anjung. Perut dah lapar ni. Masa untuk diisi!




Kat anjung, banyak kedai yang dibuka. Setakat ni ada 14 kedai untuk dipilih. Memang rambang mata lah kalau nak fikir nak makan kat mana. Ada ayam penyet, roti canai, nasi lemak, nasi ayam, nasi ayam butter, nasi campur, chicken chop, burger, sizzling, bubur ayam dan macam macam lah! Taip ni pun terliur rasanya. Tak percaya? Kejap eh






Ni baru 1/4 daripada semua makanan yang wujud kat Anjung Dengkil ni. Tortured enough? Heheheheh. Anjung Dengkil ni ada dua tingkat, bahagian bawah ialah bahagian kafe dan tempat duduk. Kat tingkat atas pulak, ada kedai-kedai runcit, bakery, kedai alat tulis & fotostat, kedai komputer, kedai fries (paling boek). So basically, semua benda yang diperlukan student akan tersiap sedia kat Anjung Dengkil ni. Jadi, jangan risau!


Tingkat 2 Anjung







Surau juga disediakan kat Anjung Dengkil untuk kemudahan awam

Selesai bab Anjung, burpp dah kenyang ni. Badan dah penat, sudah tiba masanya untuk pulang ke rumah. Kolej Tualang untuk lelaki dan Kolej Dahlia untuk perempuan. Smart kan nama? Cewah hahahah. Setiap kolej ada tiga unit (Tualang 1-3 & Dahlia 1-3). Kolej Tualang terletak kat sebelah kanan anjung, bahagian pejabat polis bantuan tadi. 



Manakala, Kolej Dahlia terletak kat sebelah kiri anjung. Kalau dari bilik amni yang kat Dahlia 2, memang akan terus nampak Anjung dari tingkap bilik. Jadi, dari bilik pun boleh order makanan (ok ni tipu je saje exaggerate).


DAS MA HOME 



Kawasan UiTM Dengkil sangatlah kecil sampaikan antara kolej ke kelas tak sampai 10 minit pun. So, kalau terbangun pukul 7.30, lepastu kelas pukul 8 pagi tu, masih lagi sempat yeeee. Kalau 7.50 baru gerak pergi kelas pun takdehal, confirm sampai on time heheheh. Nak beli makanan dulu pun sempat ye. Kat setiap kolej akan ada vending machine untuk kemudahan penghuni kolej. Untuk Kolej Dahlia, vending machine terletak kat Dahlia 2. Untuk Kolej Tualang pulak, semua kolej ada. Surau kolej pun ada jadi mudah untuk parents yang datang, student yang nak solat sementara tunggu next class. Setiap kolej ada Bilik TV. Bilik TV as in ada TV ye dalam tu. Siap ada meja belajar dan sofa yang empuk lagi. Nak tidur dalam tu pun boleh. Unlimited hours. 

Setiap kolej jugak, ada menyediakan kemudahan mesin basuh dan dryer. So, senang untuk student tak payah pergi dobi luar untuk basuh baju :) Senang ke senang?





Dekat dalam UiTM Dengkil juga ada disediakan Pusat Kesihatan, jadi kalau demam ke, migrain ke, boleh pergi Pusat Kesihatan. Bertempat berhadapan dengan Bangunan Dinamik.

Sesudah berehat kat rumah, mesti nak beriadah kan. Bahagian belakang tak explore lagi ni. Rasa nak berjalan jalan kat kawasan kampus ni. Jom kita?

Bila korang keluar dari Bilik Bacaan, akan nampak padang bola besar dan tasik kat belakang dia. Kat keliling tu boleh bersiar siar sambil menghirup udara segar. Ramai je yang joging waktu petang kat sini, jangan jangan takut jangan segan, redah je bersama teman teman. 






So, I think I have covered pretty much everything in this campus! Yang lain kalau tak mention, pandai pandai discover sendiri lah bila dah masuk nanti hehehehe. Kampus ni still baru, jadi kebanyakan equipment pun masih baru lagi. Jadi, janganlah jadi manusia yang tak bertauliah dan melakukan vandalisme. Masuk asasi, kira pandai dah, attitude tu biar seiring dengan otak yang pandai tu ye huhuhu. 

I think that's all for this entry! For previous entry on #DengkilSeries, you can click on Asasi UiTM (Part 1). Next entry, will be on something interesting. Stay tuned! Bye, wasalam. 

6 comments:

Yose Suparto said...

BROKER TERPERCAYA
TRADING ONLINE INDONESIA
PILIHAN TRADER #1
- Tanpa Komisi dan Bebas Biaya Admin.
- Sistem Edukasi Professional
- Trading di peralatan apa pun
- Ada banyak alat analisis
- Sistem penarikan yang mudah dan dipercaya
- Transaksi Deposit dan Withdrawal TERCEPAT
Yukk!!! Segera bergabung di Hashtag Option trading lebih mudah dan rasakan pengalaman trading yang light.
Nikmati payout hingga 80% dan Bonus Depo pertama 10%** T&C Applied dengan minimal depo 50.000,- bebas biaya admin
Proses deposit via transfer bank lokal yang cepat dan withdrawal dengan metode yang sama
Anda juga dapat bonus Referral 1% dari profit investasi tanpa turnover......

Kunjungi website kami di www.hashtagoption.com Rasakan pengalaman trading yang luar biasa!!!

Anonymous said...

Pusat kesihatan uitm dengkil langsung x ada perkhidmatan untuk gigi. Kalau sakit gigi. Terpaksa tunggu keesokan harinya untuk pergi ke klinik.

Anonymous said...

Hi locker tu ada kunci x dberikan? Kalau ada perlu minta or dia mg akan sedia ada waktu masuk bilik?

Anonymous said...

Kak Amni,seluar jeans dibenarkan tak?

Anonymous said...

hello. since ASiD is an open foundation programme kan, so ada ke peluang students dia utk further degree in UM? do u have any friends yg further studies kat UM? thanksss

Unknown said...

HAi nak tnya , basketball court ade tak?