December 18, 2017

#RiviuProduk ; Minyak Kelapa Dara Ibu

by , in

Hai semua assalamualaikum! Masih mood bercuti ke tu? Atau ada yang kembali bekerja? Kepada yang bekerja, selamat bekerja. Yang masih bercuti, selamat bercuti! Semoga segala urusan dipermudahkan insyaallah. Amni pun sekarang tengah cuti midsem, dapat lah relax sekejap walaupun assignment tinggi menggunung taknak kalah.


So harini, rasa happy sangat sebab nak share satu produk yang dah lama nak cuba, dan akhirnya dapat cuba iaitu Minyak Kelapa Dara! Selalu Amni baca kebaikan minyak kelapa dara ni, ramai beauty blogger yang consume minyak kelapa dara ni sebab kesan dia sangat positif. 


Packaging yang cantik, senang untuk dibawa kemana sahaja. Kalau nak bawak untuk travel pun boleh, sebab bawah 100ml. Nak bawak balik kampung pun senang, letak je dalam handbag sebab botolnya kecil dan ringan. 




Ada masalah seperti diatas? Semestinya Minyak Kelapa Dara Ibu lah jawapannya! Masa kali pertama Amni rasa Minyak Kelapa Dara Ibu ni, memang rasa pelik sikit lah. Macam kelat sikit, dan dah dah nama minyak kelapa, of course lah rasa kelapa kan. Tapi, kejap je rasa kelat tu, lepas telan, hilang rasa dia. 

Macam mana nak consume Minyak Kelapa Dara Ibu ni? Mudah sahaja. 


Semudah ABC kan, tuang je atas sudu, kemudian suap sahaja dalam mulut. Mesti ramai yang tertanya, kenapa tak boleh dimakan bersama madu dan susu? Sebab dia, madu dan susu ni ada kandungan yang akan meneutralkan bahan dalam Minyak Kelapa Dara Ibu ni, jadinya akan hilanglah manfaat atau kegunaan antara salah satu bahan atau kedua dua sekali. Sama macam pengambilan ubat atau suplemen tambahan. Sebab tu disarankan untuk menjarakkan pengambilan Minyak Kelapa Dara Ibu ni selama 2 jam supaya kesan dapat dilihat


Bagi Amni, lepas dah consume selama seminggu, memang nampak keberkesanan dia. Lagi lagi, pada bahagian kulit sebab kulit amni agak kering pada bahagian pipi dan dagu jadi selalu mengelupas. Lepastu, jerawat sejak dua tiga hari ni suka beranak pinak. Lagi stress lah jawabnya. Lepas consume Minyak Kelapa Dara Ibu ni, kulit kering amni dah semakin okay, jerawat pun mudah je kecut. Nak keluar pun malu malu dah. Semuanya sebab Minyak Kelapa Dara Ibu ni lah! Kulit begitu licin, mulus dan sihat seperti kulit baby wah gituuu!

Lagi satu, Minyak Kelapa Dara Ibu ni membantu masalah penghadaman. Consume satu sudu sebelum tidur, esok pagi begitu mudah perjalanan penyahtinjaan tu cewah! Takde dah nak duduk lama lama kat tandas sampai kena marah dengan housemate sebab lama sangat dalam tandas hehehehe.

Minyak Kelapa Dara Ibu ni pun dapat membantu masalah rambut gugur dan kelemumur tau! Biasalah, wanita kan, lagi lagi yang bertudung, mesti akan ada masalah macam ni. Alhamdulillah, lepas consume Minyak Kelapa Dara Ibu ni, rambut gugur semakin berkurang. Maka, dah berkurang lah bergaduh dengan roommate nak teka ni rambut siapa yang gugur kat bilik.

Minyak Kelapa Dara Ibu ni pun sesuai untuk semua peringkat umur. Amni sendiri bagi family Amni consume, memang nampak kesan yang sangat positif! Memang tak rugi kalau dapatkan Minyak Kelapa Dara Ibu ni. Harga pun sangat berpatutan dan mampu milik tau!

Untuk maklumat lanjut, boleh layari
No. Telefon : 01135000002