Assalamualaikum dan hai :) dah lama sangat lah tak update blog ni . last update 1 Mac lepas . sekarang dah 14 , hampir dua minggu tak update pape . tapi , alhamdulillah sebab ada yang sudi follow . Thanks awokk ! oklah , harini aku nak bagi tips macam mana nak jaga kita punya muka . yelah , as a student mestilah kita selalu terdedah kepada matahari kann ? selalunya yang kena denda ah . hehe . tapi , ada juga wanita-2 lain yang tak sempat nak jaga kulit muka dia . kenapa ? salah satu sebab dia adalah ada wanita yang bekerja . balik tetengah malam . balik rumah , sok seh sok seh terus boom ! baring atas katil tanpa basuh muka bagai . tapi , ada jugak yang jenis tak suka muka kotor . sanggup tidur lewat semata-semata nak bersihkan muka . ye tak ? oklah , tanpa nak cakap banyak meh aku tunjukkan cara nak jaga muka dengan teratur .
1. Minum air kosong sebanyak 8 - 10 gelas sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit
- cara ni memang kita dah sedia maklum lah . minum air banyak-banyak sampai kembung perut :D okay , dengan cara ni kulit kita akan lebih banyak ruang untuk bernafas kerana air didalam badan kita akan diserap oleh tubuh badan kita .
- cara ni memang kita dah sedia maklum lah . minum air banyak-banyak sampai kembung perut :D okay , dengan cara ni kulit kita akan lebih banyak ruang untuk bernafas kerana air didalam badan kita akan diserap oleh tubuh badan kita .
2. Sebelum tidur, basuh muka anda dengan air bersih
- haa , yang ni lah yang aku cakapkan tadi . bersihkan muka sebelum tidur . Kotoran dan bakteria yang tak dibersihkan tu boleh menyebabkan kulit berjerawat dan timbulnya garis penuaan pramatang . korang nak ke ada jerawat ? konfirm ramai taknak kan ? aku pun taknak . so , kepada wanita di luar sana . tak kira lah , balik kerja tetengah malam ke hape ke kena bersihkan muka sebelum tidur . ada banyak krim pencuci muka yang tengah ada kat pasaran sekarang . meh sini aku listkan jenis pencuci muka yang aku rasa boleh direcommendedkan :)
- Pencuci muka OXY *yang aku pakai sekarang . ternyata boleh mengurangkan bintik-2 dan jerawat (aku memang takde jerawat . ni kawan cakap)
- Pencuci muka Safi Cucumber *boleh menyejukkan kulit kita . seriously , kita rasa dingin je . macam ada timun kat muka kita :D*
3. Makan lebih sayuran hijau
- Untuk kulit sihat berseri , makanlah banyak sayur-sayuran berdaun hijau, sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna kuning , bijirin , kekacang , daging dan makanan laut yang mengandungi vitamin A , C dan B6 , dan mineral zink .
4. Lindungi kulit anda daripada sinaran matahari
- gunakan pakaian yang sesuai , atau dengan menggunakan losyen perlindungan matahari . Terlalu banyak sinaran UV matahari boleh menyebabkan kanser kulit .
5. Jangan picit jerawat !
- Ini akan menyebabkan keradangannya merebak dan akan merosakkan tisu-tisu halus di bawah kulit anda . ia juga akan menyebakan kulit kita ada parut-parut jerawat . biarkan je jerawat tu . lagi kita picit , lagi banyak ia akan tumbuh :O
6. Jangan pakai terlalu banyak krim muka
- Sekarang ni kan dah ada macam-macam krim untuk muka . macam foundation , concealer , apa-apa je lah . tapi , dinasihatkan jangan pakai terlalu banyak macam contohnya dah pakai moisturizer , paki lagi foundation apa semua tu . ia boleh menyebabkan kulit kita sukar untuk bernafas . sebab tu tumbuh jerawat sebab kulit kita berminyak dan kurang ruang untuk bernafas .
So , aku rasa ramai yang dah tau camne nak jaga kebersihan muka kan ? jadi , dinasihatkan kalau kulit memang ada masalah . jumpalah yang pakar . kot-2 dia boleh tolong kan ? oklah , semoga berjumpa lagi dalam entri seterusnya . selamat mencuba dan wassalam :)
1 comment:
Nice :)
Post a Comment