Assalamualaikum dan hai :) harini aku just nak share something yang aku rasa korang kena tahu *kot* . yeah , mesti korang tengok title pon dah tak sabar nak tengok pebenda yang pelik benor kan ? so , jom sesama tengok ciptaan Allah ini :)
.
.
Hispaniolan solenodon, berupa pelik yang seakan-akan tikus dengan muncung panjang dan gigi istimewa yang beracun. Hanya dua spesis solenodon yang wujud pada hari ini, satu di Haiti dan satu lagi di Cuba.
Seapigs , hidup di dasar laut dan memakan lumpur-lumpur.
Blobfish , adalah jisim bergelatin dengan ketumpatan yang sedikit kurang dari air yang dia tempati. Ini membantunya untuk mengekalkan diri terapung. Berlegar-legar hanya di atas lantai laut.
.

Dijumpai pada tahun 2005 di Lautan Pasifik Selatan, makhluk ini digelar sebagai
“yeti lobster” atau
“yeti crab”. Ianya tinggal pada kedalaman 2,200 meter di lubang-lubang hydrothermal sepanjang Pacific-Antarctic.
.
Penyu putih (white turtle), menonjol dalam kebudayaan Cina.
.
Jerboa telinga panjang (long eared jerboa) adalah haiwan pengerat seperti tikus yang keluar malam hari di padang-padang pasir China dan Mongolia. Ia mempunyai ekor yang panjang, kaki panjang dan telinga yang sangat besar.
.
Aye-aye , agak sama perangainya dengan burung belatuk (woodpecker), ia mengetuk-ngetuk pokok untuk mencari makanan. Apabila ia dapat mengesan makanan, ia akan gunakan giginya yang seperti haiwan pengerat untuk menggerogot lubang dan menggalinya dengan jari tengahnya yang panjang.
.

Saiga biasanya terlebih besar dan fleksibel. Hidungnya dapat menghangatkan udara di musim panas dan menapis debu pada musim panas.
.

Dengan pemakanan mereka yang luar biasa dan keupayaan mengeluarkan lendir,
Hagfish digelar sebagai makhluk lautan yang paling menjijikkan.
.
Naga laut berdaun (Leafy seadragons) dipenuhi dengan anggota badan yang seakan daun, membuatkan mereka penyamar yang unggul. Ditemui di Australia, mereka tinggal dalam air yang sejuk dan tenang.
.
Slender loris tinggal di kawasan hutan tropika rendah yang basah di India atau Sri Lanka.
.
Indian gharial , antara jenis buaya yang paling panjang yang kadangkala mencapai 20 kaki.
.
Hairy frogfish berjalan di sepanjang dasar laut untuk mencari makanan. Ianya boleh ditemui di Indonesia.
.
Dumbo octopus, sotong yang mendapat nama sempena watak dalam kartun Disney iaitu Dumbo.
.
Viperfish , ialah ikan laut dalam dengan gigi-gigi yang seperti jarum panjang. Sejenis pemangsa yang amat ganas.
.
Shoebill, seekor burung yang amat besar yang ditemui di kawasan paya tropika timur Afrika. Ketinggian puratanya ialah 4 kaki dan lebar kepaknya apabila mengepak ialah 7 kaki.
.
Axolotl adalah neotenic mole salamander Mexico. Haiwan ini digunakan secara ekstensif dalam kajian saintifik kerana kebolehannya untuk memperbaiki bahagian-bahagian tubuhnya.
.
Guineafowl puffer, dari Lautan Pacifik. Apabila berkembang sepenuhnya, ia mampu mencapai panjang 50 cm.
.
Frill-necked Lizard, mempunyai kulit besar di sekitar tengkuknya. Ia berlari dengan kaki belakangnya apabila ketakutan. Ini membuatkannya digelar sebagai ‘cicak basikal’ di Australia.
.
Echidna paruh panjang (Long-beaked echidna) Haiwan ini adalah salah satu dari jenis mamalia yang bertelur.
.
Tarsier , yang biasa didapati di Asia Tenggara, setiap bebola matanya sebesar lebih kurang 16 mm dan sama besar dengan otaknya .
.
Beruang Panda merah (Red panda) ialah mamalia herbivor yang saiznya lebih kurang kucing.
.
Proboscis monkey, amat dikenali dengan hidungnya yang besar. Adalah dikatakan bahawa proboscis betina suka kepada proboscis jantan yang berhidung lagi besar. Lagi besar hidung, lagi mahal si jantan tu.
.
Pygmy Marmoset , sejenis monyet yang berasal dari hutan barat Brazil, tenggara Colombia, timur Equador dan timur Peru. Mereka adalah omnivor yang makan buah-buahan, daun, serangga dan kadangkala reptilia yang lebih kecil.
.
Beruang matahari (Sun Bear) ditemui di hutan-hutan tropika Asia tenggara. Dengan ketinggiannya yang hanya 4 kaki, ia adalah keluarga beruang yang paling kecil, dan kadang kala dipanggil sebagai beruang anjing.
.
Komondor, keturunan anjing Hungary yang besar, yang mempunyai bulu seperti tali yang panjang dan tebal.
.

Hampir sama dengan Komondor,
Hungarian puli juga bertindak pantas dan akrobatik.
Indah kan ciptaan Allah ? ini tidak mustahil k ? Allah boleh jadikan makhluk apa yang dia nak jadikan :)
“Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa), sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya; dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.”
Surah An Nuur : Ayat 41
Wassalam :)
1 comment:
Err, ada yang agak menggelikan.
Post a Comment