WARM UNDERTONES, COOL UNDERTONES. APA TU?




Pernah tak bila nak beli foundation, lipstick, mesti kita akan swatch dulu kat pergelangan tangan kita, nak tengok mana satu warna yang sesuai untuk kulit kita. Bila nak pilih warna baju, kita akan tengok matching tak dengan kulit kita. Tapi, kadang kadang tu sampai frust sebab tak tahu mana satu yang sesuai untuk kita :( Sebab semuanya nampak sama belaka. Lipstick merah dah ada berpuluh jenis merah, foundation yang warna medium, ada berpuluh jenis medium. Baju warna hijau, ada macam macam jenis hijau. Hijau pucuk pisang lah, hijau zamrud lah, hijau rumput, bagaikan daun menghijau di pokok rendang lah.

Tapi, pernah tak kita ambil tahu kita ni warm undertones atau cold undertones? Haa? Ape tu? Kulit kita panas atau sejuk ke bila pegang? Hahaaha, semestinya tidak! Undertones ni untuk memudahkan kita mencari warna yang sesuai untuk kulit kita supaya kita akan tampil gojes dan menawan sentiasa cewah

Undertones ni adalah warna kulit di sebalik kulit kita tu, kulit kita mungkin nampak sama dgn orang lain, tapi setiap orang mempunyai undertones yang berbeza tau.

Undertones terbahagi kepada tiga :

1) Cool - Tona lebih kepada merah jambu, merah dan kebiru-biruan
2) Warm -  Tona kulit lebih kepada hijau, kuning dan kuning keemasan
3) Neutral - Campuran antara cool dan warm undertones

Tak semestinya seseorang yang berkulit cerah mempunyai warm undertones dan tak semua yang berkulit gelap mempunyai cool undertones. Macam yang amni cakap tadi, setiap orang undertones mereka lain lain. Macam manusia, rambut sama hitam, hati lain lain. Eh, oops! 



Jadi, macam mana nak tahu kita ni warm, cool atau neutral undertones? 

1) Kenalpasti warna urat darah 

Okay semua stop sekejap scroll instagram, cuba tengok pergelangan tangan kita, urat kita warna biru je hijau? Ke tak nampak langsung? Haaa kalau tak nampak tu, baik cepat cepat pergi hospital, takut jadi apa apa. Lepastu, sambung balik baca entry ni hahahaa. Okay, kalau nampak urat warna hijau, maknanya kita dalam golongan warm undertones. Kalau nampak urat kita warna kebiru-biruan, yes pandai, anda tergolong dalam cool undertones. Tak dapat dikenalpasti warna urat? Warna macam bercampur kan? Haaa maknanya anda tergolong dalam neutral undertones 




2) 'Trick'  menggunakan barang kemas

Okay, semua keluarkan gelang emas, gelang silver yang ada kat dalam drawer tu, meh sini amni nak ajar macam mana nak kenalpasti kulit kita warm atau cool atau neutral. Okay, cuba pakai emas, dia nampak tenggelam ataupun cantik? Ataupun lagi satu kesan, kulit kita rasa serasi tak dengan emas? Timbul kemerahan atau tidak? Kalau nampak serasi, tak timbul kemerahan, dan nampak tak tenggelam, maknanya anda tergolong dalam warm undertones. Jadi, bolehlah pi borong emas kat kedai emas heheheh tapi jangan lupa pakai, nanti kena zakat hihihii. Okay, berbalik kepada topik kita. Macam tu juga dengan silver, bila pakai kat tangan, nampak serasi atau tak? Tenggelam atau cantik? Timbul kemerahan atau tidak? Kalau tak tenggelam dan nampak cantik, tanpa timbul kemerahan, maknanya anda tergolong dalam ye pandai semua, cool undertones. Apa dia? Nampak cantik, dan serasi dengan emas dan silver? Maknanya anda dalam golongan neutral undertones ye 😊


3) Dari pandangan matamu

Orang cakap dari mata turun ke hati, tapi untuk tips kalini, dari mata turun ke barang makeup hehehee. Anda tahu tak dari warna mata, kita boleh tahu kita ni warm, cool atau neutral undertones? Haaa? Tak tahu? Okay jangan risau, amni sedia membantu cewah. Okay, apa warna mata anda? Adakah kebiruan, kehijauan dan ke-kelabuan? Jika ada termasuk antara tiga warna ni, maknanya anda termasuk dalam golongan cool undertones. Warna mata anda coklat hazel, coklat gelap dan hitam? Semestinya anda termasuk dalam golongan warm undertones. Tapi, untuk tips melalui warna mata ni susah sikit nak kenalpasti sebab ada orang yang dia neutral undertones tapi mata dia warna ke arah warm undertones.


4) Warna foundation dan lipstik merah

Untuk yang gemar memakai makeup, mesti tahu yang setiap foundation, lipstik dan concealer mempunyai tona yang berbeza. Bagi mereka yang warm undertones, lipstick yang tonanya lebih ke arah warna orange dan vibrant red sangat sesuai untuk golongan ini. 
Untuk yang cool undertones pulak, lipstick merah yang mempunyai tona lebih kemerahan dan kebiruan amatlah di-recommendkan. Bagi foundation dan concealer, untuk yang warm undertones, warna foundation dan concealer yang mempunyai tona kekuningan (yellow undertones) lebih sesuai dan untuk cool undertones, foundation yang mempunyai tona ke arah pinkish (pink undertones). Yang neutral undertones, selalunya tak ada masalah nak cari undertone foundation yang sesuai sebab selalunya memang senang nak matchingkan dengan semua jenis. Haih, untungnya neutral undertone, semua masuk huhuu





Haa? Yang lelaki nak tahu macam mana? Jangan risau, meh tengok warna baju apa yang sesuai untuk anda semua okay? Jadi semua dah boleh pergi beli kain baju raya nak hantar jahit okay hehehehe. 





Jadi, dah dapat kenalpasti sama ada anda dalam group warm, cool atau neutral undertones? Kalau warm undertones, yes kita satu geng! Undertone kita ni penting tau, kena ambik tahu sebab bila kita pakai makeup yang bukan undertone kita, muka kita akan jadi kelabu dan of course jadi tak cantik! Semua mesti nak cantik kan? Warna baju pun dah sesuai dengan kita, barulah meriah riang raya di hari raya. Semua dah boleh hantar 10 pasang baju raya untuk dijahit, dah boleh shopping makeup banyak banyak kat Sephora hehehehe. 

Okay, rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat dan jangan lupa check undertone semua, tapi jangan sampai toreh tangan sebab nak tengok warna urat. Amni tak bertanggungjawab okay. I think that's all, bye! Wassalam.



5 comments:

Mohaz Sue said...

Tq...Good info...baru tau rupanya dok dalam neutral..tp mata kat warm plk...huhu..

Rozita Ceritaita said...

wah.. tq2 amni.. suka sangat akak baca ni.. tapi dah lambat nak tempah baju raya dah ni..hahaha

Nadia Johari said...

hahaa..kene cek ni kita dalam kategori ape

Izyan Balqis said...

IQ macam warmundertones tapi macam tak ley trima hakikat sgt, sbb IQ suka biru..haha!!

salam perkenalan!

Amyra said...

Nice sharing. :)