"Nanti pergi balik kampung ambik nenek tau. Gerak pagi lah. Awal sikit sampai" - mama
"Okay" - me
Malam sebelum bertolak lagi dah siap iron tudung, iron baju. Iyelah, excited ni nak pergi ambik nenek kat kampung. First time drive sendiri balik kampung ni. Okay alang alang nak keluar, baik pergi poslaju terus hantar parcel customer.
Settle bab parcel, tiba tiba perut rasa lapar. Nak keluar duduk kedai makan, malas. Masa tu panas jugak lah walaupun waktu pagi. Jadi, sepanjang drive tu fikir makanan apa yang sedap, senang nak makan dalam kereta dan mengenyangkan?
Di pagi yang hening, finally plan nak beli pizza hut nak makan masa on the way balik kampung. So, balik dari poslaju, aku pun nampak pizza hut tepi jalan dan decided nak berhenti. Tiba-tiba......
"Mamaaaaa. Jadi lagi T_T" - me
"Pulak dah. Ada kat mana tu?" - mama
"Kat sebelah pizza hut ni." - me
"Buat apa kat situ?" - mama
"Saje, belok masuk sini. Sebab dia dah nak start jadi" - me
ALLAH.
Nenek pun tak dapat jumpa, kereta pun tak jalannnnnn.
Kecewa pecah seribu hati ni bila kereta tak boleh start. Panik tu panik jugaklah. Tapi buat rileks je sebab sebelum tu pun kereta pernah rosak tepi jalan masa nak hantar barang customer, sebab dia? bateri drain dengan alternator problem. Tapi masa tu, tukar bateri je. So, 50-50 je lah peluang untuk kereta dapat berjalan macam biasa.
Exactly apa yang muka aku react bila kereta tak boleh start. Kecewa. Panas. Dan dah boleh lah cakap "bubye nenekku. Cucumu tidak dapat pulang ke kampung mengambilmu" *pasang lagu Sudirman*
Tengok, bukan main lawa lagi aku pakai serba hijau nak pergi ambik nenek. Memang macam hari raya sungguhlah warna warni ni. Memang dia suruh bagi mata tu tengok hijau je supaya tak cepat marah.
Pukul berapa eh masa tu, ada lah pukul 11 pagi ke 12 tengahari. Nasib baik berhenti sebelah pizza hut. Ada jugak pekerja lelaki boleh tolong tengok apa masalah. Terima kasih abang pizza sebab sanggup perabih minyak ulang alik pergi bengkel nak panggil pomen. Semoga Allah merahmati abang okay ;)
Then, abang pomen pun datang, dia just pasang starter bagi kereta tu boleh nak gerak pergi bengkel je.
Lepastu.....
Rasanya dah tak boleh nak chill lah masa ni.
Kereta tak mampu nak sampai kat bengkel huhuhuu. Abang pomen tu pun datang balik, bagi start kereta, lepastu bawak slow slow sampailah bengkel. Dalam hati dah seram dah, ni kalau berhenti tetiba kat traffic light, habis aku. Memang doa banyak banyak dah waktu tu. Dahlah bengkel dia kena u-turn.
Akhirnya, kereta ku masuk jugak bengkel. Betulkan lah apa yang patut, alternator, bateri semua lah. Sedih jugaklah kena tinggal dia sekejap (padahal sedih sebab tak dapat balik kampung). So terpaksa ucap bye bye kat kereta, dan mama decided untuk balik kampung sekali satu family semua (at least dapat pergi makan pulak lepastu, lepastu aku badmood malam tu sebab esoknya nak ambik result SPM kahkahkahhh)
Jadi, #Tips kepada wanita yang bila tiba tiba kereta rosak :
1) Jangan panik, kalau kereta rosak kat area kedai kedai, kalau boleh tolak, tolak kereta sampai kat tepi kedai.
2) Pastikan ada simpan nombor pomen dalam telefon. Tak kisah area mana mana pun. Simpan je.
3) Jangan gelabah macam mati laki. Kalau menangis kat situ, bukannya kereta boleh start pun. (Been there, done that)
4) Fikirkan keselamatan. Jangan pergi kedai mana mana nak mintak tolong, handbag telefon semua tinggal. Bawak barang berharga tu. Kunci kereta.
5) Jangan pandai pandai nak repair sendiri kerosakan yg terjadi. Kalau tak reti, buat cara tak reti. Hantar kedai terus. nanti kang apa pulak yang rosak. Lagi lagi bila benda melibatkan enjin. Kalau setakat air kering, minyak hitam takde tu bolehlah buat sendiri.
Sekarang, mama dah tak berani bagi aku balik kampung drive sendiri. Minggu lepas balik pun naik bas, sanggup tu. Nanti aku share pulak pengalaman aku naik bas untuk pertama kali SENDIRI. Beli tiket sendiri, contact orang sendiri, naik bas tumpang semua lah.
Okay, till then, bye! Wassalam
No comments:
Post a Comment