ZAMAN SEKOLAH MELABUHKAN TIRAINYA

Alhamdulillah. Finally, masa yang ditunggu tunggu telah tiba. Yeyyyyyyy dah habis sekolah!! After all the blood, sweat and tears, dari mama abah hantar pergi sekolah ke naik van ke naik basikal ke naik motor sampai lah drive kereta sendiri.

(Remembered this guys? We used to percaya all this thing hahahaha)

4 months back, tak boleh consider habis sekolah lagi sebab selagi belum ambik result spm, selagi tu kau jangan berangan nak rasa habis sekolah. selagi tak dapat sijil berhenti sekolah, kau belum layak nak bakar buku sekolah. Better jual, dapat duit hahahahahah. That was my assumption on that time lah lol.

Dan seminggu yang lepas, genap 3 bulan 19 hari aku menarik nafas lega lepas sakit otak jawab paper 3 kimia, sakit otak tak? ke aku sorang je yang macam nak gila jawab dalam dewan exam hahahahaha. Dan juga, yang membuatkan aku sendu seminggu sebab still tak move on dengan paper biologi dan kimia yang aku jawab merapu tu. aku dalam hati pun macam, "harap result pun tak sesendu perasaan aku sekarang lah" . Lepas almost seminggu aku asyik teringat je, makan banyak tapi tak kenyang, tidur lama tapi tak lena, mandi lama tapi tak basah sampai abah bising bil air naik bulan ni maaf bah . Dia macam serba tak kena. Bila dah lupa, boleh pulak masa nak tidur dia teringat balik. 


Me: "bismikallahumma ahya' waamut. aminnnn."
Otak: "Result spm aku ni macam mana lah nanti....elok ke tak, haih risaunya rasa. Kalau ada yang gagal macam mana, kalau tak elok macam mana...."
Hati: "Kau dah ready ke nak redha dengan result kau nanti?"


Me: "EH, ORANG NAK TIDO LAH, CONSIDERATE LAH SIKIT WAHAI OTAK DAN HATIKU INI....."

Nak kemana mana pun, rasa sendu je. Sebenarnya tak payah pun rasa macam tu sebab rileks lah, spm je pun. 

Haaaaa? SPM je punnn?

(Ni haaa spm je pun sampai conteng baju sekolah hahahaha)


Aku dah bertungkus lumus belajar selama 5 tahun kat sekolah menengah, merentasi belantara, kena marah dengan cikgu pernah, kena panggil dengan pengetua pernah, all the sleepless and energy-less youth. That was intense. When I thought it back, rasa macam, "Macam mana aku boleh hadap semua benda tu, selama 5 tahun!? Belajar benda yang aku tak suka, masuk aliran yang aku taknak, paksa diri terima semua benda. Macam mana?" 

Ada je masa masa yang aku akan duduk kat corner, menangis sorang sorang sebab aku rasa dah tak mampu nak hadap dah. Rasa macam aku kena torture. Elok pulak tengah dengar lagu menahan rindu sekarang ni, kena sangat lah dengan emosi aku time ni. I had to study hard for PT3. I had to study science stream subjects for two years. Aku paksa diri belajar benda yang aku memang tak suka sejak azali. Sampai rasa macam taknak hidup dah sebab stres sangat belajar. Orang taktau, sebab buat apa nak bagi orang tau. Cukuplah kawan rapat dengan family aku je yang tau. All the stress comes in one tau on that time. Aku sampai rasa dah tak larat nak buat semua tu, rasa macam "Kenapa sampai macam ni sekali Allah bagi ujian kat aku?"

Tapi, bila aku dah kembali tenang sebelum meraung sekali lagi for the next one hour, aku sentiasa ingatkan kat diri, "Allah uji sebab dia sayang, Allah uji sebab dia tahu kau mampu. Allah nak kau kuat. Allah nak kau ingat Dia. Allah nak kau kembali teguh, kembali kepada Dia. Selama ni kau selalu lupakan Dia. Ni baru sikit je ujian dia bagi."

And He gave me supportive friends and family yang tahu condition aku macam mana. Usaha aku taktau lah dah tahap macam mana. Pernah aku rasa macam nak bakar buku sebab aku rasa macam usaha aku sia sia sebab aku tak rasa ikhlas. Keikhlasan nak menuntut ilmu tu kurang. Yang aku tahu, aku study ni untuk SPM, untuk exam, untuk puaskan hati semua orang dan supaya aku dapat pursue benda yang aku betul betul minat. Sebab, aliran yang aku ambil ni dikenali sebagai aliran yang 'cerah'. Means, kau masuk aliran ni, senang kau nak masuk mana mana. 

And, I took my words back. 

And I cried again for the next one hour. 




Ini semua yang bersama dengan aku sepanjang aku dalam kelas terakhir dalam tahun terakhir aku, 5SC1 2016. Semua ada perangai masing masing. Dan of course aku penolong ketua kelas yang paling baik (dan gojes) out of all assistant monitors kat sekolah ni. Korang nak ponteng? Pergilah. Tak larang pun. Tapi kalau kena tangkap, pandai pandai lah jawab. Tapi setakat ni, semua baik baik takde yang ponteng. Lambat masuk kelas tu selalu. Sebab semua melayu. Get it get it?

Btw, kalau nak cari jodoh dalam gambar ni, please jangan pm aku. pandai pandailah cari sendiri. Sekolah mana pun jangan tanya, teka sendiri hahahaha yang pastinya sekolah menengah kebangsaan okay dah bagi satu hint




16th March 2017 ; 10.30 a.m.


Masani sumpah rasa berdebar dia bukan beshe beshe. Bukan beshe beshe. Berdebar dia tu, sampai aku genggam erat tangan kawan aku kat sebelah. Sampai berpeluh. Tapi dalam berdebar tu.....


Sempat lah jejak kasih sekejap


Sempat lagi


Yes, sempat sangat ni

No need further details





 16th March 2017 ; 11.30 a.m.


The time finally came :') Sampai aku puas tengok slideshow kat depan lah dia punya tahap lama tu. Dah nak masuk lapanratusjuta kali muka aku muncul kat slideshow tu. Ustazah kat area meja kelas kelas dah duk pegang slip. Aku asyik jeling je, terfikir je, slip aku kat ustazah ke kat pengetua haaaa gitu k


Lepastu, cikgu dah start berucap, dah nak start panggil nama. Mula mula nama kawan aku, which is my class monitor. Aku dalam hati dah doa macam macam mintak aku supaya redha dengan keputusan yang aku dapat, jangan menangis walau apa pun jadi, jangan marah marah, sentiasa senyum, terima semuanya.










And guess what lepas tu...





My name was called, yes, me, the assistant monitor!

Tiada kata yang boleh terucap. Genggaman aku kuat sangat, sampai aku menggigil tak berhenti. Bila aku dengar je nama aku, mula mula memang tak percaya. Ternganga aku, tapi excuse me, tak menangis k. I kuat bagaikan badang. Tak macam masa upsr dengan pt3 dulu, sikit sikit bila dpt result nangis. Markah rendah ke tinggi ke, dedua nangis. Touching lebih hahahaha

Okay, lepas ternganga tu, aku tutup mulut tau, nanti lalat masuk, taknak tetiba tercekik binatang bila naik pentas nanti. Kang tak pasal pasal masuk surat khabar

"SEORANG PELAJAR LEPASAN SPM TERCEKIK LALAT KERANA TERGAMAM SELEPAS MENDENGAR NAMANYA DIUMUMKAN SEMASA MENGAMBIL KEPUTUSAN"

Serious taknak. Buat malu kat orang hahahaha

Okay lepastu, dengan rasa malu dan rendah dirinya sebab selama kat sekolah menengah, jarang sangat sangat nak naik pentas untuk anugerah akademik. Rasanya bukan jarang, tak pernah. Selalu naik pentas sebab menang pertandingan mewarna, pertandingan silang kata minggu bahasa hm macam tu je lah. Ini SPM weh, SPM. 

Terkedu jangan cakaplah. Sangat sangat.

Sampai masa kat pentas pun still menggigil masa salam pengetua.

Pengetua: "Eh, awak ni menggigil teruk ni. Nah nah, pegang elok elok. Tahniah."
Me: "Saya tak sangka cikgu hahaha terima kasih cikgu sayang cikgu muah muah (k ni tipu je. Maunya tak kena bantai kat situ jugak) *senyum kat kamera*"


Sampai je bawah, cikgu suruh berdiri kat tepi dulu. Malu weh orang tengok. Yelah, jenis muka budak budak yang nakal, suka tak siap homework, suka tertinggal buku, suka makan dalam kelas, suka tidur dalam kelas. Hm, aku lah tu. Not really a teacher's pet sangat lah aku ni pun. Orang pun takdelah kenal mana pun, setakat budak picisan je. Sebab memang taknak orang kenal pun haahahaha

Cikgu pun tak pernah letak high expectation sebab aku bukanlah pelajar yang setiap masa score. Ada ups and downs. Fail biologi pernah, fail kimia pernah, fizik je lah alhamdulillah paling paling rendah pun E je. Even matematik tak dapat A pun pernah. Addmaths jangan cakaplah, sepanjang belajar addmaths, sekali je lulus, yang lain hahahaha taknak cerita lah. Senang cerita semua subjek ada ups and downs dia. Sekejap penggal ni okay, kejap penggal yang lain tak okay pulak. Itu yang kalau tengok graf pelajar aku, akan nampak macam Bukit Broga. Banyak lekuk hahahhaa aku dulu bila kimia lulus pun aku boleh buat sujud syukur hahahah gila tak gila


Walaupun aku takdelah dapat straight A's, tapi, aku percaya dalam hidup ni, kalau tak berusaha, sampai bila bila Allah takkan bagi pape. Allah nak tengok usaha dulu, berbeza dengan manusia, dia akan lebih pentingkan hasil. Sebab tu Allah nak tengok dan nilai usaha, so that Dia boleh bagi hasil kat kita untuk manusia tengok dan nilai pulak :) Cuma cepat atau lambat je Allah bagi. 





Good job batch '99! Walau apa pun result korang, you have to know that your effort = your rezeki. Redha dengan result korang, biarlah apa orang nak cakap, diorang tak tahu perit getir korang melalui semua ni untuk mencapai apa yang korang dapat sekarang ni. Nak sampai ke tahap tu, macam macam cabaran korang kena hadapi. 

Tapi kena ingat, ni baru sikit je ni. Korang dah satu langkah ke hadapan dah, ada banyak lagi langkah yang korang kena hadapi. Banyak lagi liku kehidupan, perjalanan hidup yang kena hadapi. Ini baru first baby step je. Benda ni pun aku selalu ingatkan kepada diri aku. Supaya tak terlalu happy dengan apa yang aku dapat, selalu ingat, semua ni, Allah yang bagi. Bila bila masa Dia boleh tarik. Mungkin bukan dari segi result kau, mungkin dari segi lain. Kita tak tahu.

Aku terfikir jugak, "Kenapa Allah tak bagi lebih daripada yang aku dapat?"

Mungkin sebab dia, Allah tahu kalau kita dapat lebih, kemungkinan besar untuk kita riak tu tinggi. Kemungkinan besar untuk kita memperkecilkan orang lain tu besar. Bila kita dapat kurang sikit, kita akan lebih rasa bersyukur, lebih ingat kepada Dia. Biasalah manusia, bila senang, lupakan Dia. Bila susah sikit, baru nak tarik sejadah nak sujud empat ratus kali. Lepastu, kita boleh redha dengan segala pemberian-Nya. Semua ni rezeki tau, dah ucap Alhamdulillah ke belum? 

Biarlah result straight A's atau tak, bersyukur. Bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi.  Okay?

Alhamdulillah, zaman sekolah pun dah habis. Definitely will miss it in future. Terima kasih mama abah, cikgu cikgu, cikgu tuisyen, rakan rakan, whatsapp group spm hhahaha, Twitter, Google, Youtube, EduTV, Spotify yang menemani aku tetiap malam (spotify please sponsor me something okay bye). Semua lah. I owe you a lot.




Next goal : Enroll in Law School then dapat Dean list. Amin.


No comments: