VIVY YUSOF JUST GOT MYSELF DUCKED! | VIDEO



I'm officially blaming Vivy Yusof for influencing me into buying dUCkscarf, I hate you because dUCkscarf is just so eye-catching! 

nah, just kidding, i love you vivy!

Birthday aku lebih kurang 2 bulan yang lepas. 21 Februari, jadi selagi belum 21 Februari 2018, boleh lagi nak bagi hadiah thank you. 

So, duckscarf has been well-known for quite a while. Dan dah lama jugaklah aku meng-usha benda ni. Daripada bamboo collection, okay belum ada rezeki lagi. Sampailah ke alphabet collection, pun belum ada rezeki lagi nak dapat. Sampailah Miss Malaysia X Swarovski KL dUCk, alhamdulillah bukannya dapat yang tu. Akhirnya, ada rezeki lebih, aku decided untuk beli satu.

Sebenarnya, aku beli ni, satu sebab dia untuk hadiah birthday aku. Sebab sebelum ni plan nak beli, tapi taktau nak pakai macam mana sebab aku macam tak reti nak handle tudung yang mahal sebab material dia confirm top top kebabom lah. Jadi, disebabkan aku dah kerja lebih kurang 2 bulan (masa ni), jadi aku fikir balik, yang aku sepatutnya reward diri aku dengan something yang aku memang nak dari dulu. 

Without any further thoughts, aku terus bukak www. fashionvalet.com, terus pilih dUCk, dan sebenarnya aku dah letak colour tudung yang aku nak kat cart, tinggal tunggu masa nak checkout je hahahahaha (kantoi dah usha lama)

dan lepas tu, aku spend dua jam scroll FashionValet pulak. Tah kemana dUCk pun aku taktau, dah lari masuk air balik kot lepastu dia pun quack quack quack membebel kat dalam air. Aku sendiri pun tak faham.

Sebab tu online shop ni bahaya. Kau boleh spend berjam-jam scroll online shop je. Kerja pun tak jalan, duit je yang berjalan bukan main bersuka ria lagi.



Dengan parcel pun aku dah jatuh cinta berjuta kali. It's so meeeee ;)



Semestinya excited macam kera dapat bunga. Memang jangan cakaplah, tengok packaging je pun dah excited macam dapat duit raya. Menggigil jugaklah masa nak bukak parcel ni, maklumlah, first time beli, jadi dia punya jakun tu macam over sikit lah. Sikit je. Ke banyak? Hahahahahhaa.

Kotak dia jenis hardcase. Memang sesuai sbg hadiah birthday aku sebab packaging dia memang ada simbolik sebagai gift for someone (which is yourself). Jadi, rasa macam reward diri sendiri. Rasanya semua dUCkies pun rasa yang sama kan bila first bukak collection baru yang kita dapat? Rasa macam dapat hadiah eventhough diri sendiri yang beli huhuhuhu.

Mesti ada yang tertanya berapa eh harga seketul dUCk ni? Okay, untuk Premium Basics macam yang aku beli ni, dia ada range Satin Silk, Matte Satin Silk, Jersey, Jersey Knit, Chiffon, Mixed Crepe, Georgette (RM130). Lagi satu dlm range PB iaitu Fluff (RM150). Untuk Oops dUCk (RM170), aku tak sure sama ada dia under PB atau LE (Limited Edition). Bajet dUCkies sangat bahasa pun. Dan kalau LE, selalunya RM300 keatas lah macam Alphabet dUCk, KL dUCk, World Map dUCk dan lain lain. Aku rasa aku dah ber quack quack bila taip entri ni.

Ini rupa kat dalam dia, ada sugar paper (yang aku dah terkoyakkan sikit selepas ambik gambar ni sebab ganas sangat dan gelojoh tak sabar nak pakai)



Dan finally, I'm revealing the dUCk itself! Aku pilih Mixed Crepe dUCk in Cherry Popsicle. Colour dia memang sumpah lawa! Tak menyesal beli, material dia pun 10/10! No wonder dUCkscarf memang kegemaran ramai. 

Aku taknak beli warna yang terlalu striking, dan terlalu common sangat macam hitam, dark choc, kelabu. Maybe next time lah sebagai collection, mungkin dUCk ni akan beranak pinak tak lama lagi? Aku boleh katakan ye, akan beranak pinak tak lama lagi. Sebab boleh lah lepasni aku bina Menara dUCk??? Hahahahaha mohon sponser please

Jadi aku pilih colour maroon ni sebab dia boleh matching dengan macam macam warna lepastu warna dia tak terlalu striking, tak terlalu common. Just nice, warna yang eksklusif untuk pakai pergi event dan boleh buat pakai pergi pasar malam.

Material dia? Sumpah lembut, smooth, ada rasa aura eksklusif dia kat situ. Aku dapat rasakan Vivy Yusof dengan D pernah sentuh tudung ni (over gila) . Memang sesuai untuk semua peringkat umur, sebab memang cantik!! Aku rasa aku dah mention cantik beribu kali dah. Tudung ni dia bagi kita rasa macam hidup kau teratur je walaupun sebenarnya hidup kau kelam kabut. Pagi ni ada meeting, esok ada class, lusa ada event, tulat kena hantar assignment dan begitu lah seterusnya hahahaha



Nothing to be proud pun sebenarnya. Bila kau beli sesuatu untuk diri sebagai reward, secara tak langsung, kita akan rasa puas tau tengok hasil titik peluh berjaya disalurkan kepada benda yang kita nak. Tak perlu beria sangat nak cry over a branded things. Tak payah bersusah payah ikat perut tak makan seminggu semata mata nak beli benda branded bila duit yang setakat kita ada tu boleh guna untuk diri kita sendiri. 

Just jangan seksa diri rasa macam "Okay, dia ada benda tu, aku pun nak jugak" . Boleh jugak ambil benda tu sebagai motivasi untuk kita bekerja dengan lebih keras untuk dapatkan sesuatu, tapi ingat, jangan sampai seksa diri. Itu je okayyy? Dengar cakap aku. Jangan degil. Dan jangan jadikan sesuatu yang branded ni benda yang korang kena agung agungkan. In the end of the day, benda tu cuma satu barang je, cuma value dia lebih tinggi. Okay? Jadi, itu sahajalah untuk entry kalini. Bye! Wassalam. 






3 comments:

diaripink said...

Wowwww... so excited....

Unknown said...

Woow berapa ratus or ribu maybe ?

Mieza S said...

semnjak layan rancangan vivy yusof ni. mmang dah terjebak dengan natang duck n fashionvalet. sokmo gak la bukk website dia hahhaha. tapi nak beli belum lagi. insyaallah