November 18, 2015

tak tutup pintu.

by , in


it's a wonderful day kan harini? tapi tak akan jadi wonderful bila orang masuk bilik lepastu keluar tak tutup pintu. seriously?

"keluar bilik tutup pintu tu"
"keluar bilik. pintu. tutup."
"macam biaseeee *sambil main phone*"
"ehem"

okay tu baru 4 kali tak tutup pintu, kalau berkali kali, rasanya anak tekak pun naik fedap duk ehem ehem. bukan nak kata apa, sebab sekarang ni pun tengah menaip lol sarcastic sangat. sejak dah habis exam ni amboi perangai em. selalunya benda ni biasa jadi bila adik beradik sehati sejiwa sekatil serumah seteman sebergaduh kau pakai baju aku, aku pakai seluar kau, masuk bilik kita with no reason. selalunya sebab dia masuk nak aircond je, lepastu keluar. then, guess what? THE PINTU ISN'T CLOSING MAYYNNNNN


maka, bermulalah latihan vokal (k kantoi kakak yang garunk). tapi, disebabkan sedar diri ni seorang muslimah sejati, bakal zaujah awak in future nanti (dah baca line ni tolong masuk bilik air muntah), jadi kena control sikit lah suara tu. even kat rumah just like three of us, tapi perangai tu kena jaga ye. ehem (batuk gedik) , lagi lagi kalau ada mama, mau nya jadi zoo rumah tu, kalau aku jerit marah adik aku, lepastu mama dengar aku jerit, dia pun jerit sekali marah aku. haaa tak ke meriah di aidilfitri namanya tu. jadi selalunya aku ambil keputusan bagi signal sikit, haa paham paham lah dah tu. bagus adik adik aku ni, cepat pickup. lolz





agaknya, apa yang susah sangat nak tutup pintu eh. bagi lah rabbit comel macam gambar tu sekalipun, tidak mampu meredakan kemarahan dan ke-annoying-an (okay fine) terhadap anda wahai adikku tersayang no no nooo. kakakmu tetap dengan pendirian, yang tak tutup pintu tu macam buat salah besar. okay, tapi it's fine kalau masuk bilik lepastu keluar tak tutup pintu ni. tapi tapi tapi yang jenis suka main redah masuk bilik orang takde salam takde signal terus redah macam polis nak geledah rumah. yo yo yo relax sikit. bilik tak lari kemana pun. orang yang kat dalam lah terkejut bagai nak rak. aku lah selalunya. 


okay terapkan kat diri, sebelum nak masuk bilik orang, ketuk pintu dulu, bagi salam ke kalau nak lagi sopan lah dan insyaallah dibanggai orang ramai dan keluarga alhamdulillah masuk bilik pun bagi salam sejuk perut mama pregnant. terkejut tau main masuk macamtu je, rasa macam baru buat salah besar gosh. kita taktau entah entah orang dalam tu tengah tidur ke, kemas bilik ke, tengah not in mood ke, maunya kat situ jugak kau kena terkam haaa tak naya hidup. terus buat peringatan untuk orang lain supaya "ketuk bilik orang dulu sebelum masuk kalau nak elak kena terkam seperti saya"


tapi, im not here to say aku tak pernah buat. ye, pernah. tapi selalunya end up good lah. hahahaha lucky me! hahah k. sooooo in conclusion, ketuklah pintu sebelum anda diketuk masa masuk nanti. orang yang terkejut orang main sergah bilik, tak tutup pintu bilik, janganlah mengamuk tak tentu pasal. berkedut muka awak nanti, jangan salahkan ibu awak yang nampak lagi muda. k bye.  


// Wassalam



November 16, 2015

#Trip ; time to escape at Escape Park, Penang!

by , in
Assalamualaikum hai hello hai! amboi excited tu simpan sikit. awak tu dah lama tak update blog, jadi perangai tolong jaga sikit. finally kerajinan tu ada nak update blog plus dah habis final exam which is dah 2 weeks ago kot. ada free time, dan semestinya dibekalkan dengan kemalasan yang tahap infiniti untuk update blog ya rabbi. jadi, tinggal lagi one week before school holidays begin and im soooo heksaited tapi next year dah form 5 WEH FORM 5 eh nak main capslock pulak heish
okay okay. since mata tak nak pejam, bertemankan internet yang masih laju dan sementara memori masih mampu menyimpan maklumat. today i will be sharing with you guys about my trip not actually only my trip tapi our trip for form 4 students hoyehhhh. so get ready untuk baca entry yang panjang berjela sebab tak ambik banyak gambar pun masa trip ni sedih doeeee 

13th November // 11.30 p.mon the day, aku tidur awal. pukul 11 lebih dah tidur. dalam hati aku dah dilema 
"camne kalau aku tak sedar pukul 3 pagi ni""kalau aku kena tinggal bas camne""nak tidur ke taknak eh"
at the end, lena jugak pukul 11 setengah tu. and guess what. aku sedar pukul 1 lebih like dehek awal gila sedar pun, kalau nak tunggu pukul 3 ada lagi 2 jam. takkan aku nak tepu kot. kebetulan, nenek aku datang dan sampai lewat, jadi mama pun ada, nenek ada, fawwaz bobot pun ada, jadi gomol lah kejap. 
aku jadi gelisah semacam. nak sambung tidur ke tak, ke nak stay up ke camne. kejap kejap tidur atas sofa, kejap kejap masuk bilik, last last, bukak lampu, set alarm berdozen campur pulak dengan snooze jadi kalau tak bangun jugak memang telinga sumbat. maka, lenalah sekejap dengan lampu terbukak tu dengan harapan tak lena terus lah. and yes, berhasil huhu bangga ah siked. tapi masa dah siap apa semua, boleh pulak cik tikus menyelinap masuk bilik, mau tak lompat aku. comel je dia lari, selit kat celah beg. dahlah beg nak bawak pergi trip kat situ. okay lagi sekali dilema. weh tetiba rasa meremang. macam mana kalau tetiba masa tengah taip entri ni, dia boleh muncul. taknak ah tak lawak lah. 


// 14th November4.00 a.m 
dengan gelap gelita, mata dah mengantuk macam tahap dewa, dahlah sejuk pepagi tu. heret jugaklah badan ni. cikgu suruh naik bas, maka naiklah bas. cikgu suruh cari seat, maka carilah seat. ikutkan saje asalkan dapat rebahkan badan sebab NAK TIDO WEH.
i guess that day was my lucky day. aku dapat seat sorang soranggggggg no partner cuma bertemankan beg galas je. ruang kaki dia pun luas i loveeeee it. aku suka ada partner duduk sebelah kalau pergi trip, tapi bila duduk sorang ni, syok pulak. boleh kacau orang depan, boleh buat muka kesian mintak belas jajan dari rakan taulan huhuhuuu. thank you lah korang yang rajin hulur hulur ni, aku tak tolak rezeki. 
bila dah cukup semua orang, baca doa, lepastu bertolak ke penang dengan perasaan yang gembira sampai tak boleh tido. tadi beria mengantuk, lepastu, dah heksaited sangat. hamik kau hamik kau. aircond pulak sejuk gila, rasa nak bentang toto je atas bas tu. rasa nak buat group hug bagi badan panas tapi heip only girls allowed. eh tetibe. 
5.30 a.mtengok jam dah pukul 5 setengah macamtu lah. berhenti tepi surau ke masjid im not sure untuk solat subuh. turun je dari bas rasa lega dia ya rabbi, nyaman. keluar daripada kepompong sejuk tahap beku tu. tingkap pulak berkabus jadi aku acah the last witch hunter sikit lah. sikit je,
tak lama lepas solat tu, bas pasang cerita jwanita which ive been wanting to watch tapi tak sempat. okay serious cerita tu creepy namati dan aku sangat geli sampai meremang bulu roma aku dan aku rasa macam dia toreh tangan aku dan aku ambik keputusan untuk tidur. tak boleh nak tidur jugak sebab muka still fresh, dan bising. jadi aku ambik keputusan dengar lagu. 
8.30 a.mdah lama atas jalan, bas pun berhenti kat rnr untuk sarapan. mak isti masakkan mee hoon goreng which is seriously sedap tapi aku tak sempat habiskan sebab cikgu dah panggil suruh naik bas takpelah sis reda. perjalanan ke penang ambik masa lebih kurang 4-5 jam jugaklah. jadi, lepas je breakfast, aku terus tidur dengan lenanya. bila dah sampai tol mana aku taktau nampak sangat tak ambil berat, aku bangun dan kacau adik adik pergi lawatan kat bas sebelah. aku hai diorang, diorang hai balik. DIORANG HAI BALIK. sporting lah dik. gimme faif lah! terima kasihlah layan kakak abang awak yang pasrah duduk dalam bas lama lama.


peneman sis. 


9.00 a.mfinally, naik jambatan hoyehhh. kiteorang lalu jambatan first and seriously aku suka tengok pemandangan dia sebab langit sangat biru dan flawlessly beautiful!



aku dendam dengan tingkap bas ni sebab kotor dan membuatkan gambar aku tak cantik! tapi, seriously, memang cantik. subhanallah. 













9.30 a.m

kami ke penang balik hari je. kami pergi escape park dengan queensbay mall (nisa, aku teringat pickup line hambar kau tu). btw, aku baru tau escape park ni kat area batu feringghi je. selama ni holiday dengan family selalu je pergi batu feringghi. tak pernah pulak aku tengok kewujudan escape park ni. ayok, misteri. 

jadi, kami lalu lah dekat jalan yang berliku sambil ditemani pemadangan laut yang aku dapat tengok dari seat sebelah je sebab tepi tingkap aku cumalah hutan dan batu ciptaan homo sapiens yang langsung tak menarik perhatian aku. alah, tempat lain pun ada. 

aku tak banyak tangkap gambar. tapi aku rakam video. nanti kalau rajin aku edit ye hahahaha 

after all the pening pening, sampai aku berjaya tumbang sekali lagi sebab dah boring gila dengan jalan berlekuk lekuk ni. dalam hati dah banyak kali cakap "bila nak sampai ni weh" "aku dah penat" "aku dah lapar balik"


10.15 a.m




finally, alhamdulillah. selamat sampai kat Escape Park, Penang!! excited dia lagi tambah berganda lah. tapi terus merudum bila tengok ramainya orang ya rabbi. kenapa ramai sangat orang, please lah jangan rajin sangat datang sini. please lah please lol

dengan panas teriknya, kiteorang berkumpul kat entrance dia, lepastu, abang escape sesuka hati aku je panggil abang escape. abang escape tu bagi briefing semua benda lepastu dia bagi gelang token yang besar gedabak sampai kena sorok dalam sleeve baju sebab kalau hilang sape nak ganti balik 15 ringgit refund aku dalam tu. 


dah matching dengan jam aku dah. ye yang pink tu jam. masa tangkap gambar ni, budak lelaki dengki, kau nak selfie  dengan aku cakap. hak alah

gelang ni gunanya kat dalam nanti untuk beli locker, beli makanan. kita topup minimum rm30 maximum rm150. kalau nak locker, cakap masa topup gelang ni. lepastu, scan kat tempat locker, nanti ada available locker, pilih lepastu nanti dia bukak sendiri. aku dah macam jakun gila sampai tak sempat tangkap gambar sebab mesin locker tu gila sampai kelam kabut aku cari locker kosong. locker tu boleh muat dalam 3-4 small handbags. repeat, small handbags. bukannya beg baju ye. disebabkan beg baju kiteorang kumpul bawak khemah, jadi letak handbags je dalam locker. locker pun kiteorang kongsi ramai ramai.

yeah, one more thing. kalau plan untuk makan kat luar ke, ataupun pergi trip macam kami ni. aku suggest topup satu gelang je rm30. lepastu, deduct terus locker. locker rm9 each. tolak deposit rm11. ada lagi baki dalam 9 ringgit lebih macamtu. yang baki boleh kongsi beli air mineral sebab air dan makanan are strictly NOT ALLOWED! masa korang scan gelang nak masuk dalam escape ni, dia akan mintak beg dan geledah beg untuk cari makanan dan minuman. yes, dia ambik. yes. jadi, kalau nak sorok tu, pepandai ye huhu. 

lepas dah tolak tolak semua. korang boleh kumpul duit, bayar kat orang yang gelang dia ditopupkan. in this case, gelang aku lah huhu.


dah simpan barang. dah buat apa yang patut. aku tengok sekeliling lepastu tunggu mira ambik map. okay, this place is huge! dan dia berbukit. 


cuma suku escape ni je.


yes suku je.


attraction ni nama dia MONKEY BUSINESS. ada 3 level, level 1 paling senanglah. level 3 paling mencabar kawan aku cakap. at that small place je, ada 3 flying fox. aku tak main sebab ramai dan taknak buang masa beratur je jadi kiteorang ke tempat lain. tapi kawan kawan cakap memang best walaupun sangat challenging but it worth the waiting time. 



kat sini pulak ada mini games. traditional mini games, game panjat pokok kelapa, takraw, baling guli and more! bila nak tunggu attraction bukak balik, maka kami pun bersuka ria main kat area ni. ada 2 buaian gayut apa tah nama dia. boleh relax santai santai. tapi aku tak santai lah sebab panas dia k boleh tahan.



tak ingat apa nama attraction ni tapi aku panggil Panjatan Cik Cicak. okay suka hati bagi nama. it looks really cool! untuk yang ini, dia ada masa, dan kita compete dengan kawan kita main panjat panjat till the top. macam wall climbing jugak lah tapi yang ni ada tangga kayu, jaring and actually it looks really fun tapi aku tak main sebab ramai.



tapi aku main yang jiran cik cicak ni. bungee jump! ada 2 level. 12m platform dengan 20m platform. aku main yang 12m punya sebab itu je yang dia bukak hahahahhhaa. aku first time main bungee ni. well, at first. memang gayat sikit sebelum nak turun tu. tapi, it was a great experience sebab dah lama teringin. tapi tak adventure sangat sebab dia tak ikat kat kaki tapi just pakai safety equipment yang ikat kat pinggang tu. lagi satu, bila dah turun alahai sekejapnya eden nak lagi 




this attraction called Aerobat. acah acah atlet lah. kita pegang kat palang yang bergayut tu lepastu naikkan kaki acah acah nak duduk macam kat buai tapi only halfway through. pun tak naik sebab ramai AHAHHAHAHA sedihnya hidup


12.30 p.m

sebelum sambung main benda lain, kami lunch dulu. kami lunch nasi ayam. memula nasi sampai hanya kering begitu sahaja. just nasi dengan ayam. semata mata. aku dah bebel, ni kalau dah habis baru sampai sos ke apa, aku baling kotak ni kat dia. ternyata tak tercapai hajat tu, sos pun sampai hoyeh. the foods are not bad. tapi air dalam tu mahal gila seriously rm 2.50 for a mineral water. takpe k takpe. 

ada banyak lagi attractions macam Flying Lemur, Tubby Racer, Kite Flyer, A-maze, Balance Beam dan macam macam lagi. tapi aku cuma sempat main 3 game je which are flying lemur, tubby racer dengan bungee jump. flying lemur ni actually flying fox. tapi bukan flying fox biasa. selalunya flying fox, lepas dah pergi, habis kan? tapi kat flying lemur ni, dia banyak platform dan stages. bukannya sekali je, tapi berkali kali kena buat flying fox tu. kau nak patah balik memang tak boleh dah. sekali buat kena habiskan. ada dua level, yang panjang dengan yang pendek. aku naik yang panjang, tapi serious. it worth the waiting time. aku beratur setengah jam untuk naik benda ni. sambil tu nisa dah risau takut tak sempat nak mandi apa semua. tapi, last last kiteorang yang paling awal mandi huhu. tempat ni pulak berbukit, memang mengah lah sikit tapi demi flying fox, sanggup ku redah walau hutan belantara sekalipun. nice game, cik lemur.


then, tubby racer. korang cuma kena bayangkan gelongsor air biasa kat waterpark yang kena bawak sendiri pelampung naik atas. haaa macamtu lah konsep dia. cuma bezanya, takde air. masa nak ke tempat ni, aku dengan squad aku dah berapa kali turun naik cari tempat dia. naik bukit lepastu jalan tutup. lepastu patah balik pergi kat depan sekali, naik situ pulak. pergi kat kedai cenderahati masuk celah tu jumpa adventure dig, jalan hujung sikit yey jumpa dah. mak aih, penat dia tak boleh nak describe. dah penat cari tempat, penat pulak tarik tube tu naik ke atas ya allah serious penat. dahlah tinggi. tapi bila dah turun, okay hilang semua penat naik bawak tube tu. okay tipu je. penat lagi. cuma rasa puas sebab berbaloi dan sangat sangat bessstt! sekali turun uishhhh sakit belakang sis. 



2.20 p.m

tengok jam dah lewat. maka cepat cepat aku pergi kat khemah ambik beg ape semua. pergi segarkan diri. masuk je tandas, okay senyap sunyi. bestnya boleh mandi lama lamaaaa. sesiap pakai baju kelas dengan penuh swag, tukar kasut lepastu pergi bawah khemah. 

duduklah diam diam bawah tu. lepastu budak lelaki pergi mandi. tapi, sebelum tu. kawan aku dah tegur aku dia cakap aku makeup. wehhh, aku cuma pakai compact powder and aku pakai lipstick, sikit je weh. sikit je. pipi pulak dahlah tengah merah sbb panas, dia cakap aku pakai blusher, aku blusher pun tak pernah wujud dalam bag aku. tapi, honestly, memang aku melawa pun masatu hahahhaha tapi tak lawa lelebih. simple je just maybe diorang tak pernah nampak aku lawa sampai macamtu sekali alamak rasa nak muntah. 



kembali bersatu lepas huda dengan ijah hilang tanpa dikesan. jumpa cik lemur rupanya. 


3.30 p.m

semua dah ada, lepastu berkumpul kat luar. tangkap gambar and it's time to say goodbye to escape park sobs







thank you escape for the great time! kirim salam kat cik cicak, cik lemur, cik monkey kat semua sedara awak lah. nanti lain kali kita jumpa lagi, saya tegur semua sekali nanti. hokey?





my squad of the day. 


4.15 p.m 

maka kami pun sampai kat queensbay mall untuk jalan jalan shopping dan yang paling penting, makannnnn. ye, makan lagi. maka aku dengan squad pergi solat dulu, lepastu pergi mengembara dalam mall tu tengok apa yang boleh dimakan. 



and we chose foodcourt sizzling section. it was delicious! aku beli black pepper chicken with rice and fried egg.


rasa bertuah duduk tengah sebab muka sentiasa full and lighting blessed me on that day.

dah kenyang, jalan jalan lah huhuuuuu. merata berjalan. dari hujung ke hujung yang kami rasa dah hujung tapi rupanya belum hujung. jumpa macam macam. rupanya ada kfc dalam tu kenapa aku tak perasannnnn ya allah besar betul queensbay ni, tapi aku tak beli barang sangat sebab haritu dah banyak shopping kat jb, jadi kat sini macam control sikit lah. ceh ceh ceh.



toilet queensbay serious besar. rasa nak tidur dalam ni. cantik pulak tu ish.

my #ootd ; class shirt, black pants, grid navy blue shirt as the 'skirt', black crepe bawal.



8.30 p.m 

Kiteorang bertolak balik manjung. masa balik tu, bas pasang cerita pengantin malam pulak dah. malas nak layan, maka aku habiskan fries kawan aku bagi. roti beli kat bread factory dan layan lagu sambil bebel bising dalam hati. nak tidur weh. last last tak boleh tidur penangan iced latte. maka segarlah mata tu sampai balik. terpaksalah tengok pengantin malam yang sekali lagi, creepy. k nora danish, walaupun cantik, tapi still tak boleh setanding dengan creepy dalam movie tu. 


12.00 p.m

alhamdulillah, safely arrived in manjung. memang rasa berat hati nak turun bas sebab tak puas lagi. sehari tak cukup weh tak cukup. at least sebulan kat penang tu, biar tepu kat situ. but, it was a great experience to be shared dengan anak cucu. bolehlah cerita kat cucu "nenek dulu naik flying fox siap lepas tangan lagi takde pegang apa apa pun" nenek relax je. maka cucu pun terpegun dengan kehebatan nenek yang masatu sebenarnya dibantu safety equipment dan propaganda semata mata.

okay. lupa nak cerita pasal harga masuk. 



for me, it's not that expensive. serious berbaloi bayar mahal sekalipun. semua benda best. kat sini, attraction untuk small kids pun ada. yang gayut gantung tu. ye, ada. 

for me, it 5/5 stars! tapi nak tolak markah jadi 3.5 sebab dengki tak dapat main semua. hahaha. 

thats all about my trip in penang. thank you guys for the great time, you guys are awesome! thank you isti, ecah dengan neja anjurkan trip ni. thank you abang escape sebab gambar group lawa. thank you bilik air yang ada shower lepastu sejuk. thank you semuaaaa! 


TIME TO ESCAPE at ESCAPE PARK, PENANG. adios.



// Wassalam


October 10, 2015

#MyPerakStory Pt. III + #Tips ; How to survive in new school (how i survive actually duh) (panjang pulak tajuk)

by , in


hello, assalamualaikum! it's me again creeping you out on weekend wuhuu. study ke teww? taulah finals. 

masa mula mula pindah, dah mula menggigil jantung badan hati semua pikir macam mana nak survive kat sekolah baru nanti. ada ke orang nak kawan. agak agak keluar tak air mata bila sampai pagar sekolah lepastu merayu kat pak guard suruh teman (not happening). ehh serious menggigil tau. first time pindah sekolah after a long time. kalau dulu pindah tadika apa kelas tak rasa pape pun. so, nak dijadikan cerita. saya masuk dengan jiwa yang insyaallah tenang. 

apa yang saya buat?

1. Remember allah, rasulullah and our parents

// sebelum nak pergi sekolah. sebelum nak adjust baju nak naik motor. baca selawat banyak banyak, doa kepada allah supaya semuanya dipermudahkan. doa juga supaya saya tak menggigil kuat sangat. nanti obvious saya jugak yang malu macam sebab nampak macam baru lepas kena buli. sebelum bergerak, niat pergi sekolah kerana allah. sepanjang perjalanan, saya sentiasa ingat parents saya. saya pergi sekolah nak belajar betul betul. nak banggakan parents. kalau korang buat ni dulu, before entering new school/university etc. insyaallah, debar tu kurang sikit. sebab saya tak nebes dah pastu em huhu


2. "Is there any gold in your mouth?"

// Malu bertanya sesat jalan orang cakap. bila masuk sekolah baru, mestilah kita taktau selok belok sekolah tu lagi. taktau dewan kat mana, tempat berhimpun kat mana, where are we as a new student supposed to go. sebab tu gunanya mulut, bertanya. jangan malu jangan segan. kalau rasa segan nak tanya cikgu, tanya lah pengawas. jangan risau, pengawas tak makan orang pun. saya selama jadi pengawas, selalu makan nasi ayam je kat kantin. sedap tau nasi ayam tu eh lari topik amni focus focus. in my situation, saya taktau kat mana dewan ilmu sebab sepatutnya saya pergi situ. jadi, saya stop by dan tanya pengawas, alhamdulillah pengawas tu baik tunjuk arah dewan. and i was like alhamdulillah kalau tak buat malu muka innocent baru masuk sekolah. huhuhuu. saya pun pergilah ke dewan ilmu. masa tu berdebar jugak takut sesat lagi sekali menangis kat situ sape nak pujuk. terpaksalah panggil abang abang pengawas tolong pujukkan eh amboi niat lari jauh. then, jumpa cikgu kat situ, bagilah dokumen yang cikgu tu nak. 


3. "eh cikgu/budak tu lah aku pernah cam"

// as a new student, obviously korang takkan kenal walau sorang pun cikgu kat situ. pengetua pun takkan kenal. tengok cikgu tu macam pengetua, cikgu tu macam pengetua. in my situation, saya cuba ambik kesempatan masa orientasi. cuba kenal kalau tak kenal nama pun, cuba cam muka. in that way, kalau kita tengok dia kat mana mana, kita boleh macam "ohhhh dia cikgu ni ni ni rupanya" . typical me, saya senang cam muka orang even just tengok muka sekali pandang je. jadi, mengecam muka orang ni one of the advantage lah kalau tetiba korang nak jumpa cikgu sekian sekian ni.

// in a phrase of kawan pulak, bila cam pelajar kat situ. scan muka baekkk punya, lepastu tiba tiba dapat satu kelas, haaa kan boleh macam "well awak saya pernah nampak jadi saya nak kawan dengan awak" ceh gitchewww. in my kind of situation, saya akan cuba tegur siapa siapa je yang saya boleh tegur. kalau kat kantin mood nak mengecam orang datang, maka buatlah muka seposen dan salamlah orang yang awak nak cam tu dan buat buat lah tak malu tanya nama walaupun dalam hati dah tebal seribu. walaupun awak tau awak takkan dapat kenal dia dengan lebih rapat, tapi at least maybe in future kalau awak jumpa dia, tetiba boleh geng, bolehlah throwback waktu awak tegur dia lepastu dia buat donno pastu buatlah perasaan emo sikit.  nak buat kawan baik kawan jahat belakang cerita. dont judge a book by its cover.





4. take risk and be brave!

// kalau awak kat sekolah lama, cikgu dah ramai kenal, awak aktif, awak lah yang masuk semua benda. tapi, kat sekolah baru, takde sape pun kenal awak. except yourself. kau hengat kau masuk sekolah baru terus ada paparazzi ikut? uish power sangat tu (lainlah kalau awak retis) thats why, kita kena tonjolkan diri even benda tu benda kecil yang kita rasa mcm remeh rasa macam "alah kat sekolah dulu ni aku kawtim sikit ngan cikgu jeee" tapi kat sekolah baru kita nak kawtim dengan siapa? takkan nak ngesel dengan makcik kantin kot hewhew. kat sekolah baru ni lah, kita nak bagi orang kenal siapa kita. tak ada lah dah 2-3 tahun sekolah kat tempat baru, orang baru perasan "eh, kau budak baru ke? tak pernah nampak pun." emmm tak ke sentap. sebab sentap tau kalau kena cenggitu. serious talk. 

.
.
.
.
.

take a deep breathe and go face the world!

this is my story on how i survived in new school (finally survived). dah 10 bulan dah, alhamdulillah everything's fine. memula culture shock (tak payah nak culture shock sangat ah nyampah) jugak lah sebab tengok "omagad, ramai gilerz melayu. mana cina cina lawa?" boleh kira pakai jari k.......even sebelah tangan je....nampak tak frust tak jumpa mamat cina hensem hensem macam korea macam masa kat sekolah lama? hiuhiu nampak ye sense gatal kat situ yeeee nampak sangat. 

pernah rasa menyesal tak bila pindah sekolah baru?

for me, tak. kenapa?

sebab bagi saya, inilah platform saya nak dapat experience baru. selama ni tersepit terkurung dalam sangkar sendiri. sampai tak tahu macam mana dunia orang lain. cara orang lain. cara kita sendiri as a typical human being. bila dah sampai tempat baru, thats what we called challenge. bukan ke kita suka challenge diri sendiri? jadi, cuba challenge diri sendiri macam mana nak hadapi dunia baru. alah, setakat pindah sekolah takdelah challenging sangat. tapi, mind that inilah step untuk kita jadi lagi kuat, lagi matang, lagi percaya kat diri sendiri. sedih pilu tak suka semua tu belakang cerita. 


okay, dah boleh survive dah? dah boleh tarik nafas lega dah? good. moga allah mudahkan semua. moga allah lindung. 


// Wassalam


August 14, 2015

#Challenges ; 10 Days YOU challenge ( Day 10 ; Ten secrets )

by , in



hello assalamualaikum :) its the finale! last day weh last day weh excited ni excited bhahhaha. gigih ni gigih. last entry masa last day ramadhan, and today's entry. the last day challenge on the last day of Syawal. whaaaatttt? hidup makin lama makin bizi cenggini ah tabah je lah ye.

secrets. saya ada banyak lah kot rahsia tapi entah ingat ke tak saya pun taktau. saya simpan rahsia, lepastu buang jauh jauh. jadi, kalau rasa nak share rahsia, lepastu taknak terlepas ke mana mana pihak, ceritalah kat saya. nescaya rahsia anda akan selamat huhu. secured!

okay okay. banyak bebel pulak eish sejak dah habis raya ni kan eish. so, here are my 10 secrets;

* i have a serious fangirling over D.O and his men huhu (well its not really a secret)
* i have tooth gap
* ive been into physical fight when i was little 
* ive also been into typical-hotstuff-girl kinda fight (lol)
* im not really into  malay dramas (serious talk)
* im a picky eater (a foodie huhu)
* please insert something
* think, amni, think!
* no, im done here! lol 
* wait, actually i have time to write this challenge post, but im just too lazy hahahahahha


well, saya tahu those are not really a secret, but it's kinda like my inside stuffs lol. so, it's finally ended! i hope for those yang mengikuti langkah challenge ni (eventho takde sebenarnya), terhibur dengan challenge ni well saya ni kelakar orangnya (which is not really) thanks for reading! and wait for my new upcoming entry :) 


// Wassalam

July 16, 2015

#Challenges ; 10 Days YOU challenge ( Day 9 ; Nine loves )

by , in



hello assalamualaikum. fuhh penat betul nak habiskan challenge ni. dah nak raya, tak habis lagi update challenge ni. maaf maaf :b

saya pun taknak buang masa sebab mata dah mengantuk, maka marilah kita teruskan. sebab after habis challenge ni, insyaallah new entry will be up soon! excited lah sikit. alah alah.

so, nine loves;
* ma familia
* ma friendz
* foodz
* eatz
* bookz
* coffee 
* sleepzzzz (panjang zzzz tu)
* high speed wifi 
* you


so here there are! i think thats all, next will be the last day jyeahhh! bye!

// Wassalam

July 11, 2015

#Challenges ; 10 Days YOU challenge ( Day 8 ; Eight fears )

by , in




hello assalamualaikum. morning!

now it's currently day 8 and still have the spirit untuk update entry challenge. amni sikit lagi. sikit je lagi.

semalam sepatutnya entry ni ada, tapi memandangkan movie berjaya hasut, maka movie menang. lol. yang tidoq tu, bangunnnn dah pukul berapa ni. pi tolong mak buat kuih raya! tapi sebelum tu, stop by here and visit my blog *kenyit mata* (sotoi betol)

fears. really dont have that many but I do have some. normal human kot. 
so, here are my eight fears of my life (yang dah berjaya discover lol) ;
* lizards (besar ke, kecik ke please lah kau ada, konfem tak senang duduk)
* bila handphone tak dijumpai
* my mom's angry voice
* semut (siapa tak benci semut, like seriously. lagi lagi yang kecik kecik tu)
* when what ive planned, didnt turn the way it has to be
* bila orang tak jujur 
* losing you
* losing my family 


saya rasa itu je kot hahahah lepas kerah otak. finally, got it! okay, till we meet again. bye!

// Wassalam




July 10, 2015

#Challenges ; 10 Days YOU challenge ( Day 7 ; Seven wants )

by , in



*slap on my face*

bhahaha hai assalamualaikum! now it's 1 a.m and im still awake macam esok weekends. saya dah tertangguh 3 entri challenge, sepatutnya harini dah day 10, tapi memandangkan wifi macam siput dan menghilangkan terus k terus mood nak menaip ecewah main mood mood sekarang ni

sementara wifi tengah baik, marilah kita update entri yang tau semua orang dah naik muak (itu pun kalau ada orang baca lah, if not then there's no one yang muak hahahah)


so, the topic for day 7 is wants. seven wants and that's quite a lot actually for me huhu. taknak buang masa korang tengah layan seramshit kat twitter, lets find out!

here are my seven wants (lol my english) ;
* whole life supply pizzas
* whole life supply coffee (coffee iz ma lyfe)
* new camera lens
* nike roshe run (wishlist and will get it soon i hope so)
* full-shelves novels (wuhuu)
* still in progress...
still in progress...

clearly, saya memang takde idea. saya sendiri macam terfikir apa kemahuan saya dari segi barang lah. so, i think thats all. saya tidur dulu dengan harapan esok pagi ada roshe run kat sebelah. k blah lah poyo.



// Wassalam


July 07, 2015

#Challenges ; 10 Days YOU challenge ( Day 6 ; Six places )

by , in


assalamualaikum, hai! berpeluh duduk dalam aircond ni. lol

sebelum tu, saya nak cakap, im sorry for posting a lot of challenge posts lately. saya kalau boleh, taknak tangguh, nanti tergantung, siapa yang nangis? semestinya bukan saya. 

banyak entries that are still in draft, tunggu nak tekan publish untuk tatapan ramai dan kawan sekolah sekalian yang berjaya jumpa blog saya. nak ucap tahniah hm k. 

lets go back to the main topic, actually ini sepatutnya entri semalam tapi sebab spirit of rajin takde, maka terhasil lah harini. huhuhu. sementara otak tak boleh digest kimia elektrokimia, kita update wohoo!

so, here it is. my six favs places ;
* Dapur
* Bilik
* Pasar (pasar basah, tesco, econsave and etc.)
* Kedai makan
* Kedai baju
* Tempat yang boleh dituju dengan menaiki motor (mengikut kuota pelepasan) (kecuali sekolah) (k)

dont judge ma places hahahaha. 


// Wassalam


July 06, 2015

#Challenges ; 10 Days YOU challenge ( Day 5 ; Five foods )

by , in



(gigih cari gambar makanan kat gugel)


dem. hello assalamualaikum! rasa macam buat marathon jari ah melampau ah kau. sekarang pukul dua, dan semakin lama saya tengok jarum jam makin lambat. haa, yang tengah duduk depan peti ais tadi. meh sini balik, saya nak sambung cerita. cukup cukup lah tu hirup udara peti ais. move on lah.


makanan. saya. apakah perkara yang sama antara dua perkataan tu. dua dua ada sinonim iaitu dari segi kepuasan. satu tak puas dimakan, satu lagi tak puas makan. ahh hambar gile.


saya tengok dia nak lima je. lima je?! LIMA JE!? eh emo pulak bulan buasa eh puasa ni eish typo malas nak backspace. tak cukup weh lima tu, at least limaributujuhratustigapuluhdua. itupun tak cukup kot bhahaha.


so, saya taknak listkan favs. takut emo pulak lepas ni sebab rasa menyesal tak tulis makanan tu. saya listkan top 5 makanan yang saya paling tak berapa nak kenan dek perut. boleh makan, tapi nak makan selalu, em tak kot. foodie ah ko.


my top 5 most least favourite foods ;
* Seafoods (any kind of seafoods. certain saje yang boleh telan)
* Strawberry
* Fruit cake 
* Asam
* Sweet potato

makanan yang saya tak suka kat atas lah yang selalunya perempuan paling suka. tapi, mungkin darah makanan kesukaan wanita tu tak turun kat saya. jadi, maaflah. okay, pergi sambung balik duduk depan peti ais. haa, lari dah? k. 



// Wassalam


July 06, 2015

#Challenges ; 10 Days YOU challenge ( Day 4 ; Four books )

by , in




alah macam tak biasa.

hello guys! assalamualaikum. maaf atas kelewatan mengemaskini cabaran ini eh ayat sastera sangat amni dah lah tak update, lepastu lambat lepastu makan je tau eish 


ahahaha, here we are! day 4 jyeahhh. okay, kalau ada post ni terpampang, maknanya, saya dah insaf dan azam saya untuk teruskan challenge tercapai bhahahah over macam dapat duit raya

so, let's go to where we supposed to be. eh bukan depan peti sejuk. ni ni buku buku 

My current favourite books ;
* If I Stay by Gayle Forman
* The Fault In Our Stars by John Green (not currently tapi one of ma fav ah nak masuk jugak!)
* Paper Towns by John Green
* The Things I'd Miss by Andrew Glover (currently reading)

banyak lagi sebenarnya tapi macam langgar peraturan sangat dahlah masa sekolah dah tak ikut peraturan dah eh kantoi bhahahaha dah dah shh. gi sambung duduk depan peti ais tu. bye!


// Wassalam


July 03, 2015

#Challenges ; 10 Days YOU challenge ( Day 3 ; Three films )

by , in




as usual, assalamualaikum, hye!


okay kita tarik nafas kejap. yay it's day 3! goyang sikit. what's the topic today? yes films. pandai. nah cekelat buat makan sahur (stop it amni)


seperti biasa, tak perlu taip banyak banyak sebab movie dah berduyun tunggu nak bukak je. yeah, alang alang nak tengok movie ni, update sekejap lah challenge ni. 

(move on lah amni)


so, here are my favourite movie (yang kalau boleh nak tengok sampai muntah) ;

* Big Hero 6 
* The Fault In Our Stars
* Hunger Games series


May not be the best movies for you guys. but for me, movies ni had a serious impact towards me. ada je lagi movie yang akan jadi favourite in future, tapi belum tengok je lagi (seriously im a bad movie person)


ive been into movies baru je. terjebak dengan kawan kawan yang movieholic (k amni), jadi tak salah, alang alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. alang alang ada kawan suka tengok movie, kita suruh dia transfer dalam pendrive. 

save kuota internet.

kejam doe.


// Wassalam



July 02, 2015

#Challenges ; 10 Days YOU challenge ( Day 2 ; Two songs )

by , in

assalamualaikum, hai :)

it's day two! yes, it's day two! kalau entri ni ada, maknanya dah accomplished mission berazam nak buat challenge. hohoho k gedik sangat berhohoho. ingat apa, krismas?! k emo.

day two, two songs. saya fikir two songs ni as my favourites lah. banyak sebenarnya kalau nak cerita pasal lagu ni. boleh kebas tangan kalau listkan lagu lagu favourite kat sini k melampau sangat. tapi, kalau nak dikecikkan, nak dihimpitkan, jadikan dua. hmmm kena buat election k melampau kali kedua.

here we go, my two songs ;

- Me and
- You 

ahh melampau tu bukan nama lagu. bagi penampar sikit debush k lah k lah kita serious sikit *mata besar, mulut ketap*

my two favourite songs are ;

- Thinking Out Loud by Ed Sheeran
- Beautiful by Baekhyun EXO


ini pun dah list, dah dihimpitkan pun still back and forth ragu ragu lagu favourite. ayooo susah lah macam ni sister.

okay, sebelum perasaan ragu ragu terus datang dan datang which is tak bagus sebab boleh buat saya termenung sampai tak dengar mama panggil. okay got to go, jom buat homework!


// Wassalam



July 01, 2015

#Challenges ; 10 Days YOU challenge ( Day 1 ; One picture (of yourself) )

by , in

assalamualaikum, hai :)

finally it's day 1. okay intro macam dah sampai day 10. okay, kita tak perlu berborak panjang-panjang. kita bagi introduction siked siked je. So, first day, macam tajuk kat atas, a photo of myself.





well hello. my name is amni. this is my day 1. im the author, the writer of this blog. k bye. hahahahhahahaha selamat berpuasa! 


// Wassalam