Showing posts with label myself. Show all posts
Showing posts with label myself. Show all posts
November 18, 2015

tak tutup pintu.

by , in


it's a wonderful day kan harini? tapi tak akan jadi wonderful bila orang masuk bilik lepastu keluar tak tutup pintu. seriously?

"keluar bilik tutup pintu tu"
"keluar bilik. pintu. tutup."
"macam biaseeee *sambil main phone*"
"ehem"

okay tu baru 4 kali tak tutup pintu, kalau berkali kali, rasanya anak tekak pun naik fedap duk ehem ehem. bukan nak kata apa, sebab sekarang ni pun tengah menaip lol sarcastic sangat. sejak dah habis exam ni amboi perangai em. selalunya benda ni biasa jadi bila adik beradik sehati sejiwa sekatil serumah seteman sebergaduh kau pakai baju aku, aku pakai seluar kau, masuk bilik kita with no reason. selalunya sebab dia masuk nak aircond je, lepastu keluar. then, guess what? THE PINTU ISN'T CLOSING MAYYNNNNN


maka, bermulalah latihan vokal (k kantoi kakak yang garunk). tapi, disebabkan sedar diri ni seorang muslimah sejati, bakal zaujah awak in future nanti (dah baca line ni tolong masuk bilik air muntah), jadi kena control sikit lah suara tu. even kat rumah just like three of us, tapi perangai tu kena jaga ye. ehem (batuk gedik) , lagi lagi kalau ada mama, mau nya jadi zoo rumah tu, kalau aku jerit marah adik aku, lepastu mama dengar aku jerit, dia pun jerit sekali marah aku. haaa tak ke meriah di aidilfitri namanya tu. jadi selalunya aku ambil keputusan bagi signal sikit, haa paham paham lah dah tu. bagus adik adik aku ni, cepat pickup. lolz





agaknya, apa yang susah sangat nak tutup pintu eh. bagi lah rabbit comel macam gambar tu sekalipun, tidak mampu meredakan kemarahan dan ke-annoying-an (okay fine) terhadap anda wahai adikku tersayang no no nooo. kakakmu tetap dengan pendirian, yang tak tutup pintu tu macam buat salah besar. okay, tapi it's fine kalau masuk bilik lepastu keluar tak tutup pintu ni. tapi tapi tapi yang jenis suka main redah masuk bilik orang takde salam takde signal terus redah macam polis nak geledah rumah. yo yo yo relax sikit. bilik tak lari kemana pun. orang yang kat dalam lah terkejut bagai nak rak. aku lah selalunya. 


okay terapkan kat diri, sebelum nak masuk bilik orang, ketuk pintu dulu, bagi salam ke kalau nak lagi sopan lah dan insyaallah dibanggai orang ramai dan keluarga alhamdulillah masuk bilik pun bagi salam sejuk perut mama pregnant. terkejut tau main masuk macamtu je, rasa macam baru buat salah besar gosh. kita taktau entah entah orang dalam tu tengah tidur ke, kemas bilik ke, tengah not in mood ke, maunya kat situ jugak kau kena terkam haaa tak naya hidup. terus buat peringatan untuk orang lain supaya "ketuk bilik orang dulu sebelum masuk kalau nak elak kena terkam seperti saya"


tapi, im not here to say aku tak pernah buat. ye, pernah. tapi selalunya end up good lah. hahahaha lucky me! hahah k. sooooo in conclusion, ketuklah pintu sebelum anda diketuk masa masuk nanti. orang yang terkejut orang main sergah bilik, tak tutup pintu bilik, janganlah mengamuk tak tentu pasal. berkedut muka awak nanti, jangan salahkan ibu awak yang nampak lagi muda. k bye.  


// Wassalam



June 02, 2015

Chu chu chuti

by , in


Hai, assalamualaikum. heyyyayaaaaa!

buat apa tu? haa awak lah yang pakai baju biru tengah makan kerepek pisang depan laptop sambil layan movie. buat apa tewwww?

cuti baru 4 hari dan saya dah rasa keboringan duduk kat rumah. hewhew. kenapa masa cuti takde rasa nak tido sepanjang hari tapi masa sekolah ya allah kalau ada subjek tidur dalam kelas, sebelum cikgu masuk saya dah dengkur dulu. punyalah teghok perangai ish ish ish

oh sebelum tu, salam nisfu syaaban :) pejam celik pejam celik dah syaaban lepastu ramadhan ahhh cant wait nak pergi bazar ramadhan pastu nak terawih pastu nak makan ayam percik nak semua wahhhhh *imagining foods*

dah nak pukul 12 tengah malam and im still here online macam orang takde homework kan. eh awak yang tengah tengok kdrama tu, pergi buat homework! shuh shuh eh macam halau ayam. 6 essays and im still working on the first line wahh penat tau penat dah 3 hari tak pegang pen eish melampau tau. amboi tak pegang pen 3 hari macam dah tak pegang pen 3 tahun kesiankan lah saya ni. jom kita berhuhu.


jadi, cuti cuti ni korang pergi mana? kalau awak sekadar duduk rumah, layan diri sendiri sambil tawaf rumah sampai dapat haji dua kali, takpayah high five sebab saya balik kampung esok hewhewhew eh melampau gelak hiuhiuhiu okay siapa balik kampung kita high five *pang* i dont know why tapi balik kampung is one of my most favourite place to go. padahal balik kampung je der. tak jauh pun. kalau balik kampung, benda yg korang akan jumpa semestinya eip salah bukan nenek korang tapi pintu gerbang. kampung sekarang vogue tau kampung ada pintu gerbang. rasa macam raja masuk nak melawat rakyat jelata (buat lambai tangan pwincess) tapi taktau lah kalau korang punya kampung takde pintu gerbang, jadi benda pertama yg korang akan jumpa semestinya eip bukan ayam tapi rumah kampung korang lah eh ehhh. eh lawak lah weh.




(kes rindu nak selfie kat cermin besauuuu ni)


so, kampung korang macam mana? sihat? kampung saya sihat je, bila dia dengar saya nak balik terus lagi sihat walafiat sekarang amboi ko kampung pantang dengar nama aku ye rindu letewwww. cuti ni saya balik kelantan, one of my favourite negeri nak pergi. taktau kenapa. mungkin sebab kat situ keja melantak je kot. perut jugak yang happy kan. kalau korang tak pernah travel pantai timur, youre definitely missing it out! pergilah travel bahagian pantai timur, serious best! nak ajak saya jadi tourist guide pun boleh. tapi syarat syarat dia haruslah badan badan sado dan muka hensem ala ala kim woo bin amboi demand sepak kang!


kalau balik kelantan, tempat favourite family saya (dan saya!) adalah pergi makan kat kedai kraftangan or we called it as Kedai Cikgu. lokasi Kota Bharu. kalau pergi kelantan, tak singgah situ, memang tak lengkap lagi journey korang ke kelantan tau tau tau. mama dengan abah siap dah plan bila nak makan situ --- masa datang, hari kedua, hari ketiga, hari keempat sampailah hari nak balik hamek kau tak overdose makan tempoyak dengan ikan keli besauu dia tu? murah pun murah tau. for big portions like us, the price is quite affordable. malas lah nak taip pepanjang pasal kedai ni kang jadi satu karangan penuh aje kat sini baik saya sambung buat esei bm.


bila balik kampung ni taktau lah kenapa. the spirit of calmness tiba tiba datang. rasa tenang je. bukan nak cakap duduk rumah tak tenang, tenang jugak takde kes lagi lah setakat ni dalam rumah. kes buli budak bawah umur tu dah jadi tipikal kes jadi parents malas nak jadi lawyer nak backup sape sape. bila duduk kampung ni, rasa best dia lenmacemmm. bila dapat jumpa cousins yang boleh kira dengan jari berapa kali jumpa. terus otak semua bukan masuk air dah, dah meluak luak air sampai bocor. cousins are actually our bestfriends sejak kita kecik. our first bestfriend. lepak luar rumah main badminton tetengah malam lepastu bajet cakap loghat sana tau aish. bajetttttttt.


sebenarnya, kampung saya nak dikatakan kampung pun ye, bandar pun ye. macam kampung dalam bandar. setakat nak merempit dalam kampung takde lesen apedehal small the pieces lah hewhewhew. bila boring duduk rumah sebab parents taknak bawak pergi pasar (sebab tau anak dia demand memacam), maka bermulalah misi mencari ruang untuk mengisi kebosanan yang melanda dalam diri wah ayat kelas tau! pusing pusing jalan jalan sampai tangan lenguh, kaki kebas tekan brek. padan muka.


cant wait! marilah kita sesiap packing barang dan kemas bilik sebelum madam besar mula bersuara. thats all for this entry! jari dah start kebas taip bebanyak. huhu.


// Wassalam