peneman sis.
aku dendam dengan tingkap bas ni sebab kotor dan membuatkan gambar aku tak cantik! tapi, seriously, memang cantik. subhanallah.
9.30 a.m
kami ke penang balik hari je. kami pergi escape park dengan queensbay mall (nisa, aku teringat pickup line hambar kau tu). btw, aku baru tau escape park ni kat area batu feringghi je. selama ni holiday dengan family selalu je pergi batu feringghi. tak pernah pulak aku tengok kewujudan escape park ni. ayok, misteri.
jadi, kami lalu lah dekat jalan yang berliku sambil ditemani pemadangan laut yang aku dapat tengok dari seat sebelah je sebab tepi tingkap aku cumalah hutan dan batu ciptaan homo sapiens yang langsung tak menarik perhatian aku. alah, tempat lain pun ada.
aku tak banyak tangkap gambar. tapi aku rakam video. nanti kalau rajin aku edit ye hahahaha
after all the pening pening, sampai aku berjaya tumbang sekali lagi sebab dah boring gila dengan jalan berlekuk lekuk ni. dalam hati dah banyak kali cakap "bila nak sampai ni weh" "aku dah penat" "aku dah lapar balik"
10.15 a.m
finally, alhamdulillah. selamat sampai kat Escape Park, Penang!! excited dia lagi tambah berganda lah. tapi terus merudum bila tengok ramainya orang ya rabbi. kenapa ramai sangat orang, please lah jangan rajin sangat datang sini. please lah please lol
dengan panas teriknya, kiteorang berkumpul kat entrance dia, lepastu, abang escape sesuka hati aku je panggil abang escape. abang escape tu bagi briefing semua benda lepastu dia bagi gelang token yang besar gedabak sampai kena sorok dalam sleeve baju sebab kalau hilang sape nak ganti balik 15 ringgit refund aku dalam tu.
dah matching dengan jam aku dah. ye yang pink tu jam. masa tangkap gambar ni, budak lelaki dengki, kau nak selfie dengan aku cakap. hak alah
gelang ni gunanya kat dalam nanti untuk beli locker, beli makanan. kita topup minimum rm30 maximum rm150. kalau nak locker, cakap masa topup gelang ni. lepastu, scan kat tempat locker, nanti ada available locker, pilih lepastu nanti dia bukak sendiri. aku dah macam jakun gila sampai tak sempat tangkap gambar sebab mesin locker tu gila sampai kelam kabut aku cari locker kosong. locker tu boleh muat dalam 3-4 small handbags. repeat, small handbags. bukannya beg baju ye. disebabkan beg baju kiteorang kumpul bawak khemah, jadi letak handbags je dalam locker. locker pun kiteorang kongsi ramai ramai.
yeah, one more thing. kalau plan untuk makan kat luar ke, ataupun pergi trip macam kami ni. aku suggest topup satu gelang je rm30. lepastu, deduct terus locker. locker rm9 each. tolak deposit rm11. ada lagi baki dalam 9 ringgit lebih macamtu. yang baki boleh kongsi beli air mineral sebab air dan makanan are strictly NOT ALLOWED! masa korang scan gelang nak masuk dalam escape ni, dia akan mintak beg dan geledah beg untuk cari makanan dan minuman. yes, dia ambik. yes. jadi, kalau nak sorok tu, pepandai ye huhu.
lepas dah tolak tolak semua. korang boleh kumpul duit, bayar kat orang yang gelang dia ditopupkan. in this case, gelang aku lah huhu.
dah simpan barang. dah buat apa yang patut. aku tengok sekeliling lepastu tunggu mira ambik map. okay, this place is huge! dan dia berbukit.
cuma suku escape ni je.
yes suku je.
attraction ni nama dia MONKEY BUSINESS. ada 3 level, level 1 paling senanglah. level 3 paling mencabar kawan aku cakap. at that small place je, ada 3 flying fox. aku tak main sebab ramai dan taknak buang masa beratur je jadi kiteorang ke tempat lain. tapi kawan kawan cakap memang best walaupun sangat challenging but it worth the waiting time.
kat sini pulak ada mini games. traditional mini games, game panjat pokok kelapa, takraw, baling guli and more! bila nak tunggu attraction bukak balik, maka kami pun bersuka ria main kat area ni. ada 2 buaian gayut apa tah nama dia. boleh relax santai santai. tapi aku tak santai lah sebab panas dia k boleh tahan.
tak ingat apa nama attraction ni tapi aku panggil Panjatan Cik Cicak. okay suka hati bagi nama. it looks really cool! untuk yang ini, dia ada masa, dan kita compete dengan kawan kita main panjat panjat till the top. macam wall climbing jugak lah tapi yang ni ada tangga kayu, jaring and actually it looks really fun tapi aku tak main sebab ramai.
tapi aku main yang jiran cik cicak ni. bungee jump! ada 2 level. 12m platform dengan 20m platform. aku main yang 12m punya sebab itu je yang dia bukak hahahahhhaa. aku first time main bungee ni. well, at first. memang gayat sikit sebelum nak turun tu. tapi, it was a great experience sebab dah lama teringin. tapi tak adventure sangat sebab dia tak ikat kat kaki tapi just pakai safety equipment yang ikat kat pinggang tu. lagi satu, bila dah turun alahai sekejapnya eden nak lagi
this attraction called Aerobat. acah acah atlet lah. kita pegang kat palang yang bergayut tu lepastu naikkan kaki acah acah nak duduk macam kat buai tapi only halfway through. pun tak naik sebab ramai AHAHHAHAHA sedihnya hidup
12.30 p.m
sebelum sambung main benda lain, kami lunch dulu. kami lunch nasi ayam. memula nasi sampai hanya kering begitu sahaja. just nasi dengan ayam. semata mata. aku dah bebel, ni kalau dah habis baru sampai sos ke apa, aku baling kotak ni kat dia. ternyata tak tercapai hajat tu, sos pun sampai hoyeh. the foods are not bad. tapi air dalam tu mahal gila seriously rm 2.50 for a mineral water. takpe k takpe.
ada banyak lagi attractions macam Flying Lemur, Tubby Racer, Kite Flyer, A-maze, Balance Beam dan macam macam lagi. tapi aku cuma sempat main 3 game je which are flying lemur, tubby racer dengan bungee jump. flying lemur ni actually flying fox. tapi bukan flying fox biasa. selalunya flying fox, lepas dah pergi, habis kan? tapi kat flying lemur ni, dia banyak platform dan stages. bukannya sekali je, tapi berkali kali kena buat flying fox tu. kau nak patah balik memang tak boleh dah. sekali buat kena habiskan. ada dua level, yang panjang dengan yang pendek. aku naik yang panjang, tapi serious. it worth the waiting time. aku beratur setengah jam untuk naik benda ni. sambil tu nisa dah risau takut tak sempat nak mandi apa semua. tapi, last last kiteorang yang paling awal mandi huhu. tempat ni pulak berbukit, memang mengah lah sikit tapi demi flying fox, sanggup ku redah walau hutan belantara sekalipun. nice game, cik lemur.
then, tubby racer. korang cuma kena bayangkan gelongsor air biasa kat waterpark yang kena bawak sendiri pelampung naik atas. haaa macamtu lah konsep dia. cuma bezanya, takde air. masa nak ke tempat ni, aku dengan squad aku dah berapa kali turun naik cari tempat dia. naik bukit lepastu jalan tutup. lepastu patah balik pergi kat depan sekali, naik situ pulak. pergi kat kedai cenderahati masuk celah tu jumpa adventure dig, jalan hujung sikit yey jumpa dah. mak aih, penat dia tak boleh nak describe. dah penat cari tempat, penat pulak tarik tube tu naik ke atas ya allah serious penat. dahlah tinggi. tapi bila dah turun, okay hilang semua penat naik bawak tube tu. okay tipu je. penat lagi. cuma rasa puas sebab berbaloi dan sangat sangat bessstt! sekali turun uishhhh sakit belakang sis.
2.20 p.m
tengok jam dah lewat. maka cepat cepat aku pergi kat khemah ambik beg ape semua. pergi segarkan diri. masuk je tandas, okay senyap sunyi. bestnya boleh mandi lama lamaaaa. sesiap pakai baju kelas dengan penuh swag, tukar kasut lepastu pergi bawah khemah.
duduklah diam diam bawah tu. lepastu budak lelaki pergi mandi. tapi, sebelum tu. kawan aku dah tegur aku dia cakap aku makeup. wehhh, aku cuma pakai compact powder and aku pakai lipstick, sikit je weh. sikit je. pipi pulak dahlah tengah merah sbb panas, dia cakap aku pakai blusher, aku blusher pun tak pernah wujud dalam bag aku. tapi, honestly, memang aku melawa pun masatu hahahhaha tapi tak lawa lelebih. simple je just maybe diorang tak pernah nampak aku lawa sampai macamtu sekali alamak rasa nak muntah.
kembali bersatu lepas huda dengan ijah hilang tanpa dikesan. jumpa cik lemur rupanya.
3.30 p.m
semua dah ada, lepastu berkumpul kat luar. tangkap gambar and it's time to say goodbye to escape park sobs
thank you escape for the great time! kirim salam kat cik cicak, cik lemur, cik monkey kat semua sedara awak lah. nanti lain kali kita jumpa lagi, saya tegur semua sekali nanti. hokey?
my squad of the day.
4.15 p.m
maka kami pun sampai kat queensbay mall untuk jalan jalan shopping dan yang paling penting, makannnnn. ye, makan lagi. maka aku dengan squad pergi solat dulu, lepastu pergi mengembara dalam mall tu tengok apa yang boleh dimakan.
and we chose foodcourt sizzling section. it was delicious! aku beli black pepper chicken with rice and fried egg.
rasa bertuah duduk tengah sebab muka sentiasa full and lighting blessed me on that day.
dah kenyang, jalan jalan lah huhuuuuu. merata berjalan. dari hujung ke hujung yang kami rasa dah hujung tapi rupanya belum hujung. jumpa macam macam. rupanya ada kfc dalam tu kenapa aku tak perasannnnn ya allah besar betul queensbay ni, tapi aku tak beli barang sangat sebab haritu dah banyak shopping kat jb, jadi kat sini macam control sikit lah. ceh ceh ceh.
toilet queensbay serious besar. rasa nak tidur dalam ni. cantik pulak tu ish.
my #ootd ; class shirt, black pants, grid navy blue shirt as the 'skirt', black crepe bawal.
8.30 p.m
Kiteorang bertolak balik manjung. masa balik tu, bas pasang cerita pengantin malam pulak dah. malas nak layan, maka aku habiskan fries kawan aku bagi. roti beli kat bread factory dan layan lagu sambil bebel bising dalam hati. nak tidur weh. last last tak boleh tidur penangan iced latte. maka segarlah mata tu sampai balik. terpaksalah tengok pengantin malam yang sekali lagi, creepy. k nora danish, walaupun cantik, tapi still tak boleh setanding dengan creepy dalam movie tu.
12.00 p.m
alhamdulillah, safely arrived in manjung. memang rasa berat hati nak turun bas sebab tak puas lagi. sehari tak cukup weh tak cukup. at least sebulan kat penang tu, biar tepu kat situ. but, it was a great experience to be shared dengan anak cucu. bolehlah cerita kat cucu "nenek dulu naik flying fox siap lepas tangan lagi takde pegang apa apa pun" nenek relax je. maka cucu pun terpegun dengan kehebatan nenek yang masatu sebenarnya dibantu safety equipment dan propaganda semata mata.
okay. lupa nak cerita pasal harga masuk.
for me, it's not that expensive. serious berbaloi bayar mahal sekalipun. semua benda best. kat sini, attraction untuk small kids pun ada. yang gayut gantung tu. ye, ada.
for me, it 5/5 stars! tapi nak tolak markah jadi 3.5 sebab dengki tak dapat main semua. hahaha.
thats all about my trip in penang. thank you guys for the great time, you guys are awesome! thank you isti, ecah dengan neja anjurkan trip ni. thank you abang escape sebab gambar group lawa. thank you bilik air yang ada shower lepastu sejuk. thank you semuaaaa!
TIME TO ESCAPE at ESCAPE PARK, PENANG. adios.
// Wassalam
No comments:
Post a Comment