February 07, 2012

Ramai artis muslimah sudah kembali ke jalan yang benar :)

by , in
Assalamualaikum dan hai ! Yeah , aku datang balik dengan entri baru . Entah kenapa , perasaan nak update blog makin mencurah-mencurah macam air paip tengah mengalir . Adakah otak aku telah dibaiki oleh Syarikat SYABAS ? lol . Haha , kebetulan aku banyak masa terluang . Yelah , dah jadi budak Form 1 takyah nak ngadap buku 24 jam macam tahun lepas . Haha ! Oklah , kita sambung dengan topik kita .

Ramai kan sekarang artis wanita muslim yang sudah berhijrah ke jalan yang benar . Kan ? Macam Irma Hasmie , Wardina Safiyyah , Diana Amir dan ramai lagi . Baru-baru ini , kita mendengar yang penyanyi lagu Tolong Ingatkan Aku - Ana Rafali baru sahaja berhijrah ke alam menutup aurat . Yeah , dia bertudung ! Tak percaya ? Okay , rasanya ada keluar kat Berita Harian baru-baru ni . Dia memakai tudung ketika membeli juadah berbuka puasa . Walaupun tak penuh , tapi dia sudah menjejaki ke alam yang lebih baik . Pada 2 hari lepas iaitu semasa Maulidur Rasul 1433H , Ana Rafali telah memakai tudung sepenuhnya !

Ana Rafali ketika membeli juadah berpuasa pada Ramadhan tahun lepas :)

 Syukur alhamdulillah ALLAH tengah bukakan pintu hati mereka . Aku sebagai seorang perempuan muslim turut tumpang gembira bila tengok diorang dah berubah . Ana Rafali juga akan mendirikan masjid bersama jejaka pilihannya , Naim pada 25 Februari ini iaitu 2 hari selepas Lisa Surihani mendirikan rumah tangga :D Aku harap ramai lagi artis-artis wanita diluar sana yang akan menutup aurat mereka . Kalau bertudung , tapi tak tutup aurat tak guna jugak kan ? Setakat ini sahajalah . Bye ! Wassalam




Photobucket
 
 
February 05, 2012

Pesanan terakhir Rasulullah SAW (Isi khutbah terakhir Rasulullah SAW)

by , in
Assalmuaalaikum dan hello :) 


Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini."Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang."Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil."Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina."Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulanRamadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh."Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku."Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku."Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
Adakah kita sudah menyempurnakan pesanan-2 nabi Muhammad junjungan kita ini ? Salam maulidur rasul :) Wassalam . 
Photobucket
February 03, 2012

My first month at secondary school :D ( Part 1 )

by , in
Assalamualaikum dan hai ! Okay , dah lama kan aku tak update blog ni ? Yeah , blogger dashboard buat hal kat laptop aku . Memang nak kena cepuk betul . Terima kasih kepada Jennifer Lopez sebab sudi bagi pinjam laptop dia *muah pipi kanan , muah pipi kiri* . Akan ku kenang jasamu Boboiboy ! Eh , silap . Mama ~

Okay , kenapa ada part 1 ? Actually , banyak experiences aku masa first month ni . Jadi , kalau aku taip rasanya sampai esok korang tak habis baca . InsyaAllah , kalau aku takde apa-apa , dalam masa terdekat aku update okay ?

Okay , back to the topic . How is my first month ? Is it okay or worst ? Haha , honestly I said . I think this first month is still okay . Hmm , hope that this upcoming month will be more okay <3 Okay , aku penat speaking walaupun aku menaip je tak bercakap . LOL . Now , sambung balik . Apa yang dah jadi kat bulan pertama sekolah menengah aku ?! Aku kena denda kat luar kelas ke ? Aku kena berdiri kat perhimpunan keeeeeeeerrrr ?? Ouh , nehi babuje ~ Haha , aku ni kan baik *muntah* . Takkan buat benda-benda yang kurang berfaedah tu , bukan kurang , tak ! 


*This is my real face . Non-edit at all*

Itu muka aku masa first day sekolah . Aku memang putih *wekk* . Korang jeles kan kan kannn ? Taulah aku comel , tak perlu di perbicarakan lagi . Haha , lol . Asyik perasan je lah aku ni . Haha , ok ok . Mula-mula aku nak cerita pasal kelas aku . Okay , aku rasa bertuah sebab ditempatkan kat Kelas Rancangan Khas (KRK) . Yelah , aku UPSR cuma dapat 4A 1B . B Sains . Asrama yang aku apply adalah SMS Tapah , Perak . Dapat sains B , memang takde can lah aku nak masuk sekolah tu . Tapi , KRK ni pon ada juga faedahnya . Cikgu kelas aku cakap kelas RK ni ada 10 program khas . Ada lawatan lah , presentation lah , bla bla bla bla .. And , and , and , andddddd kami ada baju and badge sendiri . Woot woot ~ *korang kena buat muka jealous bila baca ayat ni*

Okay , kita beralih pulak kat situasi kokokurikulum *aku 10 kali pikir camne nak eja* . Okay , macam biasa . Masa orientasi , semua budak form 1 kena pilih UNIT BERUNIFORM , KELAB/PERSATUAN and PERMAINAN . Yeah , tentunya aku pilih yang baikkkk punyaaaa ~ Aku pilih KADET POLIS (P) *mestilah perempuan , takkan pondan pulak* , KELAB FOTOGRAFI dan BOWLING . Tapi , malangnya yang hanya menepati citarasa aku adalah KADET POLIS . Yang lain ? Haram aku tak dapat . Aku dapat KELAB PENCEGAH JENAYAH dan BOLA BALING . Hanya Bola Baling yang agak sedikit aku suka sebab aku pun suka jugak Bola Baling ni . Jangan memain . Ingat gemuk-gemuk tak bersukan ke ? Nampak ni ?! * tunjuk penumbuk* . Okay , masa perjumpaan kokokurikulum aku dengan penuh bergayanya sarung uniform kadet polis aku yang harga RM100 + *cekik darah* . Semua budak macam awkward kot tengok budak Form 1 pakai baju uniform . Hello ! *angkat telefon , ktipu* , ingat korang yang senior-senior tu je yang boleh pakai cenggitu ? Budak-budak junior pon bolehlahhhhhhh *muka berlagak* . Then , aku dapat rumah sukan Hijau iaitu ZAMRUD . Aku actually target nak dapat rumah MERAH or KUNING tapiiiiiiiiiii ~ Okay , stoppp ! Bila dah cerita pasal perjumpaan , mesti cerita pasal jawatan kan kan kannnnn ?? Fyi , KPJ dengan Bola Baling tu baru je ditubuhkan so aku ada can untuk grab jawatan tinggi-tinggi *waving like a princess* . Okay , meh aku listkan aku punya jawatan . Jom jommm ~

KPJ - SETIAUSAHA yang tak berapa rajin nak usaha . *lol*
Bola Baling - AHLI JAWATANKUASA yang gila kuasa *evil laugh*
Zamrud - AHLI JAWATANKUASA yang kena paksa *poor you*
Hmm , rasanya untuk part 1 iini je kot . Dah panjang sangat ni . Kang korang boring pulak baca panjang-panjang kan kan kannn ? InsyaAllah , dalam part 2 nanti aku akan selitkan gambar . Itupun kalau ada . haha . Oklah , tu je kot . Bye ! Wassalam .





Photobucket