*This is my real face . Non-edit at all*
Itu muka aku masa first day sekolah . Aku memang putih *wekk* . Korang jeles kan kan kannn ? Taulah aku comel , tak perlu di perbicarakan lagi . Haha , lol . Asyik perasan je lah aku ni . Haha , ok ok . Mula-mula aku nak cerita pasal kelas aku . Okay , aku rasa bertuah sebab ditempatkan kat Kelas Rancangan Khas (KRK) . Yelah , aku UPSR cuma dapat 4A 1B . B Sains . Asrama yang aku apply adalah SMS Tapah , Perak . Dapat sains B , memang takde can lah aku nak masuk sekolah tu . Tapi , KRK ni pon ada juga faedahnya . Cikgu kelas aku cakap kelas RK ni ada 10 program khas . Ada lawatan lah , presentation lah , bla bla bla bla .. And , and , and , andddddd kami ada baju and badge sendiri . Woot woot ~ *korang kena buat muka jealous bila baca ayat ni*
Okay , kita beralih pulak kat situasi kokokurikulum *aku 10 kali pikir camne nak eja* . Okay , macam biasa . Masa orientasi , semua budak form 1 kena pilih UNIT BERUNIFORM , KELAB/PERSATUAN and PERMAINAN . Yeah , tentunya aku pilih yang baikkkk punyaaaa ~ Aku pilih KADET POLIS (P) *mestilah perempuan , takkan pondan pulak* , KELAB FOTOGRAFI dan BOWLING . Tapi , malangnya yang hanya menepati citarasa aku adalah KADET POLIS . Yang lain ? Haram aku tak dapat . Aku dapat KELAB PENCEGAH JENAYAH dan BOLA BALING . Hanya Bola Baling yang agak sedikit aku suka sebab aku pun suka jugak Bola Baling ni . Jangan memain . Ingat gemuk-gemuk tak bersukan ke ? Nampak ni ?! * tunjuk penumbuk* . Okay , masa perjumpaan kokokurikulum aku dengan penuh bergayanya sarung uniform kadet polis aku yang harga RM100 + *cekik darah* . Semua budak macam awkward kot tengok budak Form 1 pakai baju uniform . Hello ! *angkat telefon , ktipu* , ingat korang yang senior-senior tu je yang boleh pakai cenggitu ? Budak-budak junior pon bolehlahhhhhhh *muka berlagak* . Then , aku dapat rumah sukan Hijau iaitu ZAMRUD . Aku actually target nak dapat rumah MERAH or KUNING tapiiiiiiiiiii ~ Okay , stoppp ! Bila dah cerita pasal perjumpaan , mesti cerita pasal jawatan kan kan kannnnn ?? Fyi , KPJ dengan Bola Baling tu baru je ditubuhkan so aku ada can untuk grab jawatan tinggi-tinggi *waving like a princess* . Okay , meh aku listkan aku punya jawatan . Jom jommm ~
KPJ - SETIAUSAHA yang tak berapa rajin nak usaha . *lol*Bola Baling - AHLI JAWATANKUASA yang gila kuasa *evil laugh*Zamrud - AHLI JAWATANKUASA yang kena paksa *poor you*
Hmm , rasanya untuk part 1 iini je kot . Dah panjang sangat ni . Kang korang boring pulak baca panjang-panjang kan kan kannn ? InsyaAllah , dalam part 2 nanti aku akan selitkan gambar . Itupun kalau ada . haha . Oklah , tu je kot . Bye ! Wassalam .
No comments:
Post a Comment