January 11, 2015

when growing up finally spokes

by , in






assalamualaikum.
do you ever thought of when you are growing up especially when you had reached your puberty, your personalities, your lifestyles had changed? yes, i do,

kalau masa zaman mumayyiz dulu, mesti makanan favourite tak lain tak bukan makanan yang takde sayur atau weird stuffs. you guys are so lucky yang dari kecil makan sayur, anda perlu bersyukur sebab tak payah dengar parents marah sebab taknak makan sayur, malah dimain-main sayur itu. itu saya. sayur paling tak suka? semua. ogosh. please please don't make me eat veges. i would rather running around the world than eating veges. amboi sampai macam tu sekali.

disebabkan sekarang dah besar, dah pandai balancekan appetite sendiri. yelah. bila dah besar (termasuk badan), mulalah rasa insaf sebab tak makan sayur. kalau tak, mesti badan lawa macam miranda kerr tak adalah asyik renung almari sebab rasa insecure nak pakai baju apa lepastu mengetes dekat mama suruh beli baju sebab asyik pakai baju sama je. itulah, sape suruh (tunjuk diri sendiri). bila dah rasa insaf, mulalah makan sayur walaupun masih tak boleh hadam ulaman pahit, lobak, taugeh. tapi takpe. janji dah makan sayur. sekarang paling suka makan sayur warna hijau (kecuali brokoli). sangaaatt suka. tak kisah lah walaupun tak tahu nama sayur, hadap je. give myself a pat *tepuk bahu sendiri*

ingat tak masa kecil dulu, pergi sekolah rendah je, mesti nak bawa bekal. lepastu, bekal kalau boleh nak fancy-mancy. barbie lah, mickey mouse lah. padahal dalam tu nugget je kot (makanan fancy masa kecil). bila kotor sikit, calar sikit, suruh mama beli baru. mama pun ikut je lah kalau rasa dah malas nak layan (sila sayangi ibu serta bapa anda yang keluarkan duit). lepas tu, beg sekolah. saya dari dulu sampai darjah 4 tak dapat-dapat beg barbie idaman saya (sebab masa 11 tahun dah tak layan kartun. layan buku je) tapi, tiap-tiap tahun beli beg baru. alasan, beg kotor/rosak/koyak/ikut kawan. mama pun layan je lah. tapi, semua itu sebenarnya muslihat nak beg BARBIE. sungguh pandai diriku mengauta ish ish. tapi, masa tu, kalau dapat beg warna pink pun dah WAAAHHHH BAAAARRRRBIEEEEE~ *muka emoji* warna pink je kooottttttt.


tapi, bila dah besar ni. beg yang beli 3 tahun lepas pun pakai lagi. janji boleh pakai. tapi masih ada habit beli beg banyak banyak sebab lawa gileeee~ *kawaii face* lepastu pakai jarang -_-

bila dah semakin hari, semakin membesar, dah akil baligh, dah masuk alam sekolah menengah. dah makin boleh berfikir. boleh tahu mana baik, mana buruk. bila teringat balik masa kecil dulu. alahai comelnya......tapi rasa nak tampar diri sendiri sebab mengada-ada. kalau masa kecil dulu,  kita pindah randah, kita mana kisah sangat. tau main je. tau tau je, eh tempat baru lah.  tau tau je eh dapat kawan. 


TAPI,

bila dah besar panjang, dah ramai kawan yang dari kecil berkawan rapat. dah dapat kenal ramai orang, dah ada bff sendiri, dah macam macam experiences rasa. dah ada persekitaran sendiri. mesti susah kan bila pindah tempat baru?


mesti sedih.
mesti terfikir macam mana nak buat kawan macam tempat lama.
mesti awkward nanti.
macam mana eh?


abah ada cakap, 
kawan masa kecil, kita takkan ingat pun bila pindah,
tapi,
kawan masa dah besar panjang ni lah, yang akan diingat sampai bila bila.
akan cari balik.
akan jumpa jugak.
walau macam mana pun.


i know abah's words are always true. 


thats why, being kids are much easier than being an adult. but, what can we do?
we have to face it. no matter what. 


// well, happy new year. may allah bless us in this wonderful year. semoga allah permudahkan semuanya, termasuk saya yang nak sekolah kat tempat baru. well, hello manjung! 


SYUKRAN 2014,
AHLAN WASAHLAN 2015.




tau dah lewat, dah 11 haribulan. alah takpelah. hehe. 
selamat bersekolah!


WASSALAM


Photobucket
November 10, 2014

Controlled myself.

by , in





Hai. Assalamualaikum.


Jadi, busy sikit minggu ini (dan minggu depan dan minggu depan). Sementara ada masa ini, taknak lah terbuang begitu sahaja. haruslah diiisi dengan perkara berfaedah (cliche) 


Memang dah mind-set dalam diri yang diri ini kena control sendiri. Manually not auto. selalu terfikir, agak-agak kalau boleh control diri sendiri, orang akan marah tak, orang tegur tak, orang perli tak, orang gertak tak? semua ini dah bermain di minda. lagi-lagi bila dah tiba masanya boleh control diri sendiri (excluding the helps and supports) 


saya selalu cakap kat orang, saya nak masuk asrama. saya selalu cakap dengan kawan, yang saya boleh diharap kalau hangout. saya pun selalu cakap kat diri sendiri yang saya tahu apa yang boleh apa yang tak boleh. saya boleh kawal. tapi, betul ke? betul ke saya boleh kawal diri saya sendiri tanpa ditegur, tanpa dimarah, tanpa "dikawal"? 


cakap pasal asrama, saya nak mohon SBP. tak kisah lah apa orang nak cakap. orang cakap perasan pandai ke, orang nak cakap saya berlagak ke, saya tak kisah. sebab matlamat saya hanya untuk belajar. saya pun sedar saya bukannya pandai sangat pun. alah setakat trial pt3 sipi-sipi selimut. cukup makan je. jadi rasa menyesal tak belajar bersungguh-sungguh tu of course lah ada (dan ianya sering tertangguh akibat alpa) . lepas tu, ada jugak kawan kawan, kenalan saya yang drpd nak masuk asrama, terus tak jadi? alamak. semuanya sebab buli. lagi-lagi yang tengah viral sekarang ni kan? awak, jangankan asrama, sekolah menengah berprestasi tinggi pun ada buli, siap ada gangster lagi. cuma takde orang nak recordkan bagi popular je. jadi, buli ni sebab apa? sebab awak tak reti CONTROL diri awak. 


kalau keluar dengan kawan-kawan, saya lagi suka keluar dengan perempuan. sebab apa? saya tak payah control ayu. saya pun ada kawan baik lelaki, tapi kalau keluar pun, keluar ramai ramai, kalau keluar dengan lelaki ni, hmmmm macam susah sikit. panjang mengeluh. yelah, bukan nak control ayu lah. belasah kang! cuma, kalau keluar dengan lelaki ni, kenalah control pergaulan, kena control (kegedikan) , tidak boleh melebih. nanti syaitan sedap duk menghasut amboi. tapi, sepanjang saya keluar dengan mereka, alhamdulillah tiada adegan menggedik terlebih. syukur. maknanya, saya boleh CONTROL diri saya! yes!


(vibrate nafsu makan)


cakap pasal makanan, saya sangat picky bila bercakap pasal makanan. tapi, saya jenis yang kalau saya dah suka, saya akan makan banyak sekaligus. contohnya, pizza. lagi-lagi kalau lapar. alamak, kena siap sedia push-up lapanratusempatpuluhenam kali. saya picky pasal makanan, sangat picky. sampaikan mama saya dah fed-up taktau nak bagi anak makan apa. sayur memilih. nak sayur yang cameron highlands punya. buah memilih. nak buah taknak cikai malaysia (dont judge me puhlis) punya. nasi memilih. nak nasi yang orang guna untuk sushi (makan dengan asam pedas pulak tu). yang saya pelik, badan saya naik mendadak start darjah tiga. sangat mendadak. masa itu, pemilihan makanan saya sangatlah cerewet, lagi cerewet daripada sekarang (sekarang dah makan sayur) . tapi, sihat bagaikan juara. jadi, saya UN-CONTROLLED masa saya kecil, tapi saya dah boleh CONTROL appetite dan pemilihan makanan saya. yey! 10 points for me!


tipulah kalau saya cakap saya pandai manage masa saya. reti tu memang ya, tapi bab nak jadi expert tu macam perlukan usaha yang lebih. saya ada je jadual waktu, cuma biasalah. hidup sebagai pelajar yang busy ya ampun ni, memang lari habis jadual. elok elok study patutnya petang, terlajak ke malam. malam dah tuisyen. nampak tak lari? (padahal petang tido) jadi, tak guna pun ada jadual, tapi tak ikut. saya sebenarnya tak berapa minat hidup diaturkan. saya suka bila saya dapat bebas. tak perlu masa yang tetap nak buat sesuatu. bila saya rasa nak buat, okay saya buat betul-betul. kalau saya rasa macam tak ada mood nak buat, tunggu ada mood baru buat. baru puas. as a conclusion, saya masih lagi dapat CONTROL masa, cuma kena perbaiki. 



sebenarnya, hidup kita ni, memang akan dikawal walaupun kita rasa macam bebas. mungkin kita tak perasan, mungkin kita tak rasa yang kita dikawal sebenarnya. saya bersyukur sebab mama dengan abah saya dapat didik saya supaya kawal diri. mama dengan abah saya dah kawal auto kat saya untuk persiapan "PERKAWALAN MANUAL" saya nanti. sebab mereka tahu, kalau mereka tak didik untuk kawal diri, mungkin saya tak akan jadi macam ini sekarang ni. mungkin saya kecil lagi untuk kawal diri sendiri, tapi sikit sikit, nanti biasa lah. tak ada lah nanti saya huru-hara bila saya tiba-tiba dalam situasi gawat. at least, some knowledges make an effort. 


// Saya ada satu benda sahaja yang saya masih gagal nak control, kealpaan saya terhadap yang Esa. 


Wassalam.


Photobucket
October 29, 2014

#FoodWithAmni ; Easy peasy chocolate cupcakes!

by , in





Hai, assalamualaikum!

hei, lap sikit air liur tu. Amboi. alhamdulillah, dah habis exam ni, banyaklah masa nak qada' aktiviti yang tertangguh tralalalla. Sampai dah naik boring taktau nak buat apa. ades.

Okay, harini dengan sifat rajinnya, saya nak kongsi resepi cupcake coklat paling senang di dunia, takdelah di dunia, kot ada cupcake yang sekadar jampi dah siap tu lagi senang nauzubillah. 

Sebelum ni, kalau buat cupcake, mesti mesti wajibulghunnah tak jadi punya. Keras sangat lah, tak naik lah, heish banyak pulak songeh dia! Tetapi, dengan resepi ini, mata tutup pun boleh buat (kalau rasa taknak kena terajang dengan mama) . 



// Bahan-bahan (12 cupcakes) ;

Maafkan gambar tepung. Dia malu sikit. Sopan orangnya. 

1 cawan tepung gandum / tepung naik sendiri (lebih cadangkan guna tepung naik sendiri)
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula
1/2 cawan H20 (yakni air)
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 sudu besar serbuk koko
1 biji telur


Tengok macam banyak kerja kan? Tetapi, sebenarnya sangat senang. 


// Cara-cara ;

  1. Letakkan semua bahan ke dalam pengisar ikut susunan (whatt?) 

// Yup. Pengisar yakni blender bawang yang ada kat rumah tu. Tapi, kalau takde, jangan guna lesung batu. Amboi nak klasik bebeno! Satu tips kalau taknak cupcakes rasa cili, masukkan garam dalam pengisar dan isikan air selepas itu, blend! Hmmmm harum bagaikan sutera eh tak bau hilang je sebenarnya 

Tips! - Pastikan letak minyak dahulu, lepas itu susu pekat ya. Kalau TERletak gula selepas atau sebelum minyak, alamatnya, kena gali khazanah lah. Permukaan minyak licin membantu susu pekat turun dengan sihatnya! Yes! 


      2.  Susun cawan cupcake dengan comel dan bergaya vadavas!




      3. Tuang hasil eksperimen eh adunan cupcake dalam cawan kertas yang dah susun kiut kiut. Jangan penuh sangat, jangan sikit sangat. Tinggalkan dalam 1/4 ruang bagi cupcake itu naik dengan menawan dan tak debab (sebab guna tepung naik sendiri, jadi tak payah gatal tangan tuang menjejes alamak gurl)

Jadilah macam ini ;



      4. Okay, masa ini, boleh lah ikut korang semua. Nak bakar just plain as it is ataupun boleh letak grated chocolate, chocolate rice, almonds, it's up to you! Macam saya, saya letak grated chocolate, hmmmmmmm sedap yummeh (diabetes alert)

      5. Bakar dalam ketuhar, dengan suhu 150 C - 180 C selama 20 - 25 minit, bergantung kepada ketuhar masing-masing. Seperti kek yang lain, untuk check kalau dah masak atau belum, ambil lidi ke, chopstick ke, cucuk cupcake tu (dengan berhati-hati supaya tak terliur) , kalau ada kek yang melekat, maknanya belum masak lagi ye. Kalau tiada, okay boleh makan (padan muka lidah melecur) . Lagi satu, jangan bakar lama sangat, nanti cupcake jadi kering dan keras. Macam saya punya, jusssstttt nice :)

// Ada ketuhar yang ada jenis panas nak atas bawah ke, atas sahaja ke, bawah sahaja ke. Kalau ada, my recommendation, gunakan jenis panas atas bawah selama 15 minit. Then, tukarkan ke arah atas untuk rangupkan bahagian atas cupcake. 

Other options -- Boleh guna kaedah kukus. Kukus selama 20-25 minit. Cucuk, done!


       6. Sejukkan cupcake, selepas itu boleh hias dengan frosting atau chocolate topping (Warning! Chocolate topping's recipe alert!) As for me, disebabkan fail bab bab baking ni, jadi tak nak ambil risiko panggil syaitan suruh makan cream sekali , permudahkan dengan buat chocolate topping. Resepi dia sangat senang ya allah!


Chocolate topping (Bahan-bahan) ; 

1/3 cawan minyak masak 
1/3 cawan susu pekat
Serbuk koko (ikut naluri hati)


// Campurkan semua bahan dalam saucepan, panaskan atas api perlahan. Bila dah macam berbuih (jangan mendadak), tutup api. Kacau sampai sebati. Boleh adjust sikit sikit kalau rasa kurang manis ke, pahit sangat ke. Boleh adjust.


     7. MAKAN.




Hasil kerja.png ----



Senang je kan? Haaa, masa pun jimat. Cuma blend dan tuang selepas itu bakar. Pung! Siap! Confirm lepas ini boleh masuk Masterchef wah gitu.

Selamat mencuba! Send your creations or feedbacks on my Twitter (@amninano) or comment down below! Bye!

Wassalam.



Photobucket