Controlled myself.






Hai. Assalamualaikum.


Jadi, busy sikit minggu ini (dan minggu depan dan minggu depan). Sementara ada masa ini, taknak lah terbuang begitu sahaja. haruslah diiisi dengan perkara berfaedah (cliche) 


Memang dah mind-set dalam diri yang diri ini kena control sendiri. Manually not auto. selalu terfikir, agak-agak kalau boleh control diri sendiri, orang akan marah tak, orang tegur tak, orang perli tak, orang gertak tak? semua ini dah bermain di minda. lagi-lagi bila dah tiba masanya boleh control diri sendiri (excluding the helps and supports) 


saya selalu cakap kat orang, saya nak masuk asrama. saya selalu cakap dengan kawan, yang saya boleh diharap kalau hangout. saya pun selalu cakap kat diri sendiri yang saya tahu apa yang boleh apa yang tak boleh. saya boleh kawal. tapi, betul ke? betul ke saya boleh kawal diri saya sendiri tanpa ditegur, tanpa dimarah, tanpa "dikawal"? 


cakap pasal asrama, saya nak mohon SBP. tak kisah lah apa orang nak cakap. orang cakap perasan pandai ke, orang nak cakap saya berlagak ke, saya tak kisah. sebab matlamat saya hanya untuk belajar. saya pun sedar saya bukannya pandai sangat pun. alah setakat trial pt3 sipi-sipi selimut. cukup makan je. jadi rasa menyesal tak belajar bersungguh-sungguh tu of course lah ada (dan ianya sering tertangguh akibat alpa) . lepas tu, ada jugak kawan kawan, kenalan saya yang drpd nak masuk asrama, terus tak jadi? alamak. semuanya sebab buli. lagi-lagi yang tengah viral sekarang ni kan? awak, jangankan asrama, sekolah menengah berprestasi tinggi pun ada buli, siap ada gangster lagi. cuma takde orang nak recordkan bagi popular je. jadi, buli ni sebab apa? sebab awak tak reti CONTROL diri awak. 


kalau keluar dengan kawan-kawan, saya lagi suka keluar dengan perempuan. sebab apa? saya tak payah control ayu. saya pun ada kawan baik lelaki, tapi kalau keluar pun, keluar ramai ramai, kalau keluar dengan lelaki ni, hmmmm macam susah sikit. panjang mengeluh. yelah, bukan nak control ayu lah. belasah kang! cuma, kalau keluar dengan lelaki ni, kenalah control pergaulan, kena control (kegedikan) , tidak boleh melebih. nanti syaitan sedap duk menghasut amboi. tapi, sepanjang saya keluar dengan mereka, alhamdulillah tiada adegan menggedik terlebih. syukur. maknanya, saya boleh CONTROL diri saya! yes!


(vibrate nafsu makan)


cakap pasal makanan, saya sangat picky bila bercakap pasal makanan. tapi, saya jenis yang kalau saya dah suka, saya akan makan banyak sekaligus. contohnya, pizza. lagi-lagi kalau lapar. alamak, kena siap sedia push-up lapanratusempatpuluhenam kali. saya picky pasal makanan, sangat picky. sampaikan mama saya dah fed-up taktau nak bagi anak makan apa. sayur memilih. nak sayur yang cameron highlands punya. buah memilih. nak buah taknak cikai malaysia (dont judge me puhlis) punya. nasi memilih. nak nasi yang orang guna untuk sushi (makan dengan asam pedas pulak tu). yang saya pelik, badan saya naik mendadak start darjah tiga. sangat mendadak. masa itu, pemilihan makanan saya sangatlah cerewet, lagi cerewet daripada sekarang (sekarang dah makan sayur) . tapi, sihat bagaikan juara. jadi, saya UN-CONTROLLED masa saya kecil, tapi saya dah boleh CONTROL appetite dan pemilihan makanan saya. yey! 10 points for me!


tipulah kalau saya cakap saya pandai manage masa saya. reti tu memang ya, tapi bab nak jadi expert tu macam perlukan usaha yang lebih. saya ada je jadual waktu, cuma biasalah. hidup sebagai pelajar yang busy ya ampun ni, memang lari habis jadual. elok elok study patutnya petang, terlajak ke malam. malam dah tuisyen. nampak tak lari? (padahal petang tido) jadi, tak guna pun ada jadual, tapi tak ikut. saya sebenarnya tak berapa minat hidup diaturkan. saya suka bila saya dapat bebas. tak perlu masa yang tetap nak buat sesuatu. bila saya rasa nak buat, okay saya buat betul-betul. kalau saya rasa macam tak ada mood nak buat, tunggu ada mood baru buat. baru puas. as a conclusion, saya masih lagi dapat CONTROL masa, cuma kena perbaiki. 



sebenarnya, hidup kita ni, memang akan dikawal walaupun kita rasa macam bebas. mungkin kita tak perasan, mungkin kita tak rasa yang kita dikawal sebenarnya. saya bersyukur sebab mama dengan abah saya dapat didik saya supaya kawal diri. mama dengan abah saya dah kawal auto kat saya untuk persiapan "PERKAWALAN MANUAL" saya nanti. sebab mereka tahu, kalau mereka tak didik untuk kawal diri, mungkin saya tak akan jadi macam ini sekarang ni. mungkin saya kecil lagi untuk kawal diri sendiri, tapi sikit sikit, nanti biasa lah. tak ada lah nanti saya huru-hara bila saya tiba-tiba dalam situasi gawat. at least, some knowledges make an effort. 


// Saya ada satu benda sahaja yang saya masih gagal nak control, kealpaan saya terhadap yang Esa. 


Wassalam.


Photobucket

No comments: