April 21, 2012

Contest Surat "Dear Government of Malaysia..." (versi BI dan BM)

by , in
Assalamualaikum dan hai :) yeah , aku bukan nak join contest or what . tapi , aku yang buat contest ni . bukan aku sorang , ada lagi 2 artner yang bersama dengan aku iaitu Kak Aleeya and Muazz . so , aku malas nak cakap banyak . kita teruskan je lah :)


http://i.imgur.com/7irxD.png 


Syarat-syarat penyertaan
- Buat satu entry di blog tentang contest ni (including the banner).
- Wajib follow blog Aleeya KayzèrAmni dan Muazz, kalau tak nak follow terpulanglah, tapi kami wajibkan JADI kami takkan bertanggungjawab kalau anda semua tak dapat new upcoming update(s) tentang contest ni (kami akan sentiasa update hadiah dari semasa ke semasa).
- Warganegara Malaysia sahaja.
- Mesti kena ada blog.
- Contest akan dibatalkan jika tidak mendapat 5 peserta dlm masa 5 hari.
- Tag 3 orang rakan anda. 



Cara-Cara Menyertai 

- Entry yg anda buat tu, kenalah ada benda bawah ni. Sila copy dan isikan tempat kosong dengan jawapan anda sendiri.

"Dear Government of Malaysia, ________________________________________."

ATAU

"Kepada Kerajaan Malaysia,____________________________________."

- Ayat yg harus anda GANTIKAN di tempat yg kosong adalah HAJAT ANDA UNTUK MALAYSIA, tak kira apa jenis hajat pun yg penting buatlah hajat2 yangmeleeettoooopppppp. Kami TERIMA segala jenis hajat, termasuk yg gila-gila, and yg mengarut-ngarut pun kami terima asalkan ia adalah sebuah hajat :P

- Akan tetapi, hajat ke arah negatif TIDAK akan kami terima, sebagai contoh, "Dear Government of Malaysia, please build more casinos and places to be drunken. This is because we want to socialize more and have fun with our life." ATAU "Dear Government of Malaysia, please kill this person..." Ia TIDAK akan diterima kerana ia mendorong ke arah negatif.

- Anda BOLEH memilih samada ingin membuat dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.

- Entry yg dibuat dalam Bahasa Inggeris dan JIKA ia terdapat Grammatical Mistakes, mistakes tersebut akan dibetulkan oleh Aleeya Kayzèr JIKA anda mahu, tetapi hanya akan dibetulkan secara personal, dan Aleeya tidak akan menunjukkannya kepada public.
- Selepas siap membuat entry, anda haruslah COMMENT di entry contest yg sama di blog Aleeya KayzèrAmni ATAU Muazz.
- Comment yg anda hantar di blog salah seorang drpd kami bertiga HARUSLAHdisertakan dengan NAMA, URL BLOG, EMAIL dan ID FACEBOOK (jika ada Facebook).

Hadiah-hadiah yg ditawarkan

Beg (kepada perempuan) ala-ala seperti ini: http://i.imgur.com/MxAoP.jpg  ATAU Wallet (jika pemenang adalah lelaki) ala-ala seperti ini: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg5ok0R82UbBHOnMa9OoZWa1YpvuVK7ewJX22dL7M2hZKNHFNI8VHiIKJKIoSDE2UA3_3M47ySnMs1ZQ4u_8TnZet36tJmYN7kXa-vhmHeQLCx6EB07qon_TmVoaSwRymnfEKL6g4hf9iNj/s1600/Louis-Vuitton-men-wallets.jpg (kami TIDAK akan memberikan hadiah yg SAMA seperti gambar kerana khuatiri kehabisan stok.), sponsored by Aleeya Kayzèr's mother.'- Blog Header, sponsored by Muazz Adli Mustapa.
- 2 pixels, sponsored by http://little-crafter.blogspot.com/.
- Edit Blog, sponsored by http://thelollylovelyroom.blogspot.com/- Edit Blog + Header, sponsored by https://www.facebook.com/pages/Awesome-Things/339623299403638- Inner and Shawl, sponsored by http://www.ayunar.biz/


TARIKH TUTUP: 20 April 2012, 2359hours (11.59pm) waktu Malaysia, GMT +08.00.  

Sekian, terima kasih :D Jika ada pertanyaan, sila rujuk kami di Facebook, Twitter ataupun Blog.

FACEBOOK: Aleeya KayzèrAmni Nizzatul AliaMuazz Adli MustapaTWITTER: @AleeyaaAz, @AmniComot, @MuazzAdliBLOG: Aleeya KayzèrAmni Nizzatul AliaMuazz Adli Mustapa


Photobucket
March 25, 2012

Contact Lens untuk dijual

by , in
Assalamualaikum dan hai :) actually , aku ada 2 lens untuk dijual . lens ni pon aku dapat free . jadi , daripada aku tak pakai baik aku jual . hm , aku taknak cakap banyak so aku nak tunjuk jenis contact lens yang aku nak jual ni :)

Type : Circle lens (Green)
Diameter : 14.5 mm
Base Curve : 8.6 mm
Power : (no power)
Expired date : Dec 2013
Made in : Korea
Price : RM 22 (excluding postage
Postage : RM 6 (Peninsular) , RM 9 (Sabah/Sarawak)
Status : Available

Type : Circle lens (Black)
Diameter : 16.0 mm
Base Curve : 8.6 mm
Power : (no power)
Expired date : 9 July 2015
Made in : Korea
Price : RM 22 (excluding postage)
Postage : RM 6 (Peninsular) , RM 9 (Sabah/Sarawak)
Status : Reserved 

ada dua ni je . so , kalau korang berminat just inbox me kat Facebook . kat situ , aku akan bagi segala detail and sekali dengan nombor akaun bank . kat sini , aku menggunakan BSN so korang kena masukkan dalam akaun BSN lah :) harga sangat berpatutan aku bagi . lagipon , ni contact lens from Korea . selalunya mahal kan ? tapi , kalini aku bagi murah sikit . kira berbaloi ah kan ? haha . so , i think that's all . kalau korang berminat , just contact me okay :)




Photobucket
March 17, 2012

Haiwan-haiwan yang pelik dan unik

by , in
Assalamualaikum dan hai :) harini aku just nak share something yang aku rasa korang kena tahu *kot* . yeah , mesti korang tengok title pon dah tak sabar nak tengok pebenda yang pelik benor kan ? so , jom sesama tengok ciptaan Allah ini :)

Star-nosed mole’s snout mempunyai 22 tentakel berdaging yang digunakan untuk mengesan makanan dengan sentuhan. Kadang kala dijumpai di Amerika Utara, ia tinggal di kawasan tanah rendah yang lembab dan memakan invertebrata kecil, serangga akuatik, cacing dan moluska.
.
.
Hispaniolan solenodon, berupa pelik yang seakan-akan tikus dengan muncung panjang dan gigi istimewa yang beracun. Hanya dua spesis solenodon yang wujud pada hari ini, satu di Haiti dan satu lagi di Cuba.
Seapigs , hidup di dasar laut dan memakan lumpur-lumpur.
Blobfish , adalah jisim bergelatin dengan ketumpatan yang sedikit kurang dari air yang dia tempati. Ini membantunya untuk mengekalkan diri terapung. Berlegar-legar hanya di atas lantai laut.
.
Dijumpai pada tahun 2005 di Lautan Pasifik Selatan, makhluk ini digelar sebagai  “yeti lobster” atau “yeti crab”. Ianya tinggal pada kedalaman  2,200 meter di lubang-lubang hydrothermal sepanjang Pacific-Antarctic.
.
Penyu putih (white turtle), menonjol dalam kebudayaan Cina.
.
Jerboa telinga panjang (long eared jerboa) adalah haiwan pengerat seperti tikus yang keluar malam hari di padang-padang pasir China dan Mongolia. Ia mempunyai ekor yang panjang, kaki panjang dan telinga yang sangat besar.
.
Aye-aye , agak sama perangainya dengan burung belatuk (woodpecker),  ia mengetuk-ngetuk pokok untuk mencari makanan. Apabila ia dapat mengesan makanan, ia akan gunakan giginya yang seperti haiwan pengerat untuk menggerogot lubang dan menggalinya dengan jari tengahnya yang panjang.
.
Saiga biasanya terlebih besar dan fleksibel. Hidungnya dapat menghangatkan udara di musim panas dan menapis debu pada musim panas.
.
Dengan pemakanan mereka yang luar biasa dan keupayaan mengeluarkan lendir,Hagfish digelar sebagai makhluk lautan yang paling menjijikkan.
.
Naga laut berdaun (Leafy seadragons) dipenuhi dengan anggota badan yang seakan daun, membuatkan mereka penyamar yang unggul. Ditemui di Australia, mereka tinggal dalam air yang sejuk dan tenang.
.
Slender loris tinggal di kawasan hutan tropika rendah yang basah di India atau Sri Lanka.
.
Indian gharial , antara jenis buaya yang paling panjang yang kadangkala mencapai 20 kaki.
.
Hairy frogfish berjalan di sepanjang dasar laut untuk mencari makanan. Ianya boleh ditemui di Indonesia.
.
Dumbo octopus, sotong yang mendapat nama sempena watak dalam kartun Disney iaitu Dumbo.
.
Viperfish , ialah ikan laut dalam dengan gigi-gigi yang seperti jarum panjang. Sejenis pemangsa yang amat ganas.
.
Shoebill, seekor burung yang amat besar yang ditemui di kawasan paya tropika timur Afrika. Ketinggian puratanya ialah 4 kaki dan lebar kepaknya apabila mengepak ialah 7 kaki.
.
Axolotl adalah neotenic mole salamander Mexico. Haiwan ini digunakan secara ekstensif dalam kajian saintifik kerana kebolehannya untuk memperbaiki bahagian-bahagian tubuhnya.
.
Guineafowl puffer, dari Lautan Pacifik. Apabila berkembang sepenuhnya, ia mampu mencapai panjang 50 cm.
.
Frill-necked Lizard, mempunyai kulit besar di sekitar tengkuknya. Ia berlari dengan kaki belakangnya apabila ketakutan. Ini membuatkannya digelar sebagai ‘cicak basikal’ di Australia.
.
Echidna paruh panjang (Long-beaked echidna) Haiwan ini adalah salah satu dari jenis mamalia yang bertelur.
.
Tarsier , yang biasa didapati di Asia Tenggara, setiap bebola matanya sebesar lebih kurang 16 mm dan sama besar dengan otaknya .
.
Beruang Panda merah (Red panda) ialah mamalia herbivor yang saiznya lebih kurang kucing.
.
Proboscis monkey, amat dikenali dengan hidungnya yang besar. Adalah dikatakan bahawa proboscis betina suka kepada proboscis jantan yang berhidung lagi besar.  Lagi besar hidung, lagi mahal si jantan  tu.
.
Pygmy Marmoset , sejenis monyet yang berasal dari hutan barat Brazil, tenggara Colombia, timur Equador dan timur Peru.  Mereka adalah omnivor yang makan buah-buahan, daun, serangga dan kadangkala reptilia yang lebih kecil.
.
Beruang matahari (Sun Bear) ditemui di hutan-hutan tropika Asia tenggara. Dengan ketinggiannya yang hanya 4 kaki, ia adalah keluarga beruang yang paling kecil, dan kadang kala dipanggil sebagai beruang anjing.
.
Komondor, keturunan anjing Hungary yang besar, yang mempunyai bulu seperti tali yang panjang dan tebal.
.
Hampir sama dengan Komondor, Hungarian puli juga bertindak pantas dan akrobatik.


Indah kan ciptaan Allah ? ini tidak mustahil k ? Allah boleh jadikan makhluk apa yang dia nak jadikan :)




“Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa), sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya; dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.”
 Surah An Nuur : Ayat 41
 Wassalam :)





Photobucket