#RiviuProduk : THE KOPPI - 100% Kopi Organik




Siapa suka minum kopi angkat tangannnn *emoji angkat tangan* 

Amni boleh dikatakan seorang coffee snob, sebab suka minum kopi. Paling suka ialah latte dengan americano. Kalau pergi cafe atau kedai kek, tak sah kalau tak order dua minuman ni. Kalau tak minum kopi sehari, rasa tak lengkap hari tu, sebab kopi ni membuatkan amni rasa relax dan selesa je bila buat kerja. 

Tapi, masalah yang paling amni lalui ialah, tak jumpa kopi yang berkenan di hati. Sebab bagi amni, kopi ni ialah bagaikan 'ubat tidur'  untuk amni sebab amni sangat susah untuk tidur malam. Mesti pelik kan? Selalunya orang minum kopi untuk berjaga, tapi terbalik pula untuk amni. Amni gunakan kopi sebagai medium untuk mudah tidur. Cuba jenama A, tak jalan. Cuba jenama B, pening kepala dibuatnya. Sampailah pada satu hari....


Amni berjumpa dengan "THE KOPPI"! Sesungguhnya The Koppi inilah penyelamat amni di malam hari. Minum satu gelas, lena tidur sampai pagi esok. Tak perlu bersengkang mata semata mata nak mencari solution untuk dapat tidur pada waktu malam. Apa kelebihan The Koppi ni sampai amni suka sangat sangat ni? Meh sini nak share 

  • Dihasilkan secara eksklusif serta organik
  • Dipetik segar satu persatu dengan tangan 
  • Keluaran yang terhad setiap batch 
  • Kualiti sentuhan tersendiri atau artisan 
  • Handroasted atau di panggang sendiri 
  • Rasa yang unik, betul-betul rasa kopi yang sebenar 
  • Bebas bahan kimia dan bahan tambahan seperti marjerin, gula, garam, bijan, gandum, arang dan tempurung kelapa
  • Rendah kandungan kafein, tidak menyebabkan sakit perut, sakit kepala, migrain, mual, lesu badan atau yang alah kafein
  • Bebas bau kopi dalam urine, ia di proses sendiri bukan OEM
  • Menjadi milkbooster ibu-ibu yang menyusukan anak kecil


Haa, best ke best? 

Bagaimana proses The Koppi dijalankan?

The Koppi ni merupakan kopi organik yang bermula dari penanaman anak benih kopi yang perlu dijaga sehingga usia pokok mencecah umur 2 tahun. Apabila tiba musim kopi berbuah iaitu sekitar 3 ke 4 tahun selepas ditanam, tempoh memetik buah kopi mengambil masa sehingga 1 jam bagi setiap pokok. 

Pokok kopi mampu bertahan sehingga berusia 50 tahun. Kebun kopi The Koppi mengamalkan perladangan sihat. Bebas penggunaan sebarang racun kimia dan baja kimia. Kulit buah kopi yang dikopek, ditaburkan pada pangkal pokok kopi agar ia dikompos menjadi baja. Turut menggunakan baja cecair yang dicipta sendiri dari kacang soya, gula merah dan sejenis garam yang diperam selama minimum 2 minggu. Ia seperti Garbage Enzyme.


Inilah rupa buah kopi ye. Selama ni asyik dengar "buah kopi, buah kopi" tapi tak tahu rupa dia macam mana. Alahai, comel je rupanya awak ye buah kopi hihi

Kalau nak tahu, buah kopi untuk The Koppi ini menggunakan dua baka iaitu Robusta dan Liberica. Liberica ini merupakan sejenis pokok berbunga dalam keluarga Rubiaceae. Selalunya, kopi jenis Liberica ini diminum oleh warga barat, Liberia, Uganda dan Angola. Robusta pula sejenis baka daripada pokok kopi yang bernama  canephora. Robusta merupaka sejenis spesis pokok kopi yang dipercayai mempunyai kadar asid yang rendah dan tahap kepahitan yang agak tinggi. Selalunya, robusta digunakan sebagai serbuk kopi segera seperti espresso.



Mari sini cikgu nak ajar murid murid. inilah kebun The Koppi yang terletak di Perak. Kebun The Koppi ini mengamalkan perladangan sihat , bebas penggunaan sebarang racun dan bahan kimia dengan cara mengopek kulit buah kopi dan dikitar semula. Kemudian, ditabur pada pangkal pokok kopi agar dapat dikompos menjadi baja. 

Nak tahu tak? The Koppi ini menggunakan baja organik tau! Baja yang diperbuat daripada kacang soya, gula merah dan sejenis garam yang kemudiannya diperam selama 2 minggu. 


Bagaimanakan Serbuk The Koppi dihasilkan?

1. Fermentation 
Buah kopi dipecahkan bagi mengeluarkan biji kopi. Kemudiannya biji kopi direndam (minimum 3 hari) ke dalam air. Air rendaman akan ditukar setiap hari sehinggalah air menjadi jernih iaitu tiada lagi isi kopi melekat pada tempurung biji kopi.

2. Jemur
Biji kopi yang telah bersih diletakkan dalam talam besi atau aluminium dan dijemur di bawah cahaya matahari sehingga tempurung biji kopi betul-betul kering. Biasanya memakan masa 4 hingga 7 hari jika cuaca terik. Jika hujan, 2 minggu diperlukan.

3. Tumbuk
Biji kopi yang telah kering ditumbuk bagi memecahkan tempurungnya. Tempurung biji kopi ini sangat keras dan tajam. Manakala biji kopi hijau pula liat. Tidak berubah struktur biji kopi hijau walau dibuat pebagai cara sekalipun.

4. Tapis
Tempurung yang telah pecah diasingkan dari biji kopi hijau dengan cara tapis. Cara ini lebih mudah dengan menggunakan bakul yang berlubang. Hanya biji kopi hijau yang berkualiti sahaja dipilih.

5. Sangai
Biji kopi digoreng dalam kuali besar tanpa minyak. Mesti sentiasa dikacau supaya biji kopi tidak hangus dan merosakkan rasa kopi. Sekiranya biji kopi didapati hangus walaupun dalam kuantiti yang sedikit, maka kesemua kopi tersebut terpaksa dibuang.

6. Tumbuk  
Sebaik saja biji kopi siap disangai, proses tumbuk terus dilakukan bagi mengelakkan biji kopi menjadi liat.

 7. Tapis
Biji kopi panggang yang telah ditumbuk akan diayak dan ditapis bagi mendapatkan serbuk kopi yang paling halus.


Kini, The Koppi telah beralih kepada proses yang lebih moden dan mudah demi memenuhi permintaan yang tinggi. Proses tradisional iaitu memecahkan biji kopi secara manual tidak lagi sesuai kerana ia mungkin memakan masa yang agak lama. Oleh itu, proses pemecahan biji kopi kini menggunakan mesin khas iaitu mesin pulper



Tekstur serbuk The Koppi memang sangat halus. Jadi, amni recommend bila bancuh The Koppi ni dengan menggunakan penapis kopi atau coffee filter supaya serbuk kopi tidak bercampur. Boleh didapatkan di Daiso ataupun kedai DIY. 



Semestinya The Koppi merupakan kopi pilihan amni! Sesuai diminum pada waktu pagi, petang mahupun malam. Kopi yang bebas daripada bahan kimia memang sesuai diminum lagi lagi untuk pelajar macam amni. Dah tak perlu risau dah sekarang ni sebab The Koppi merupakan 100% kopi organik! Sambil sambil hirup kopi, sambil buat nota. Tak gitu? Cewahh! Memang tak rugi lah The Koppi ni.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari :

Instagram: @thekoppi








1 comment:

uilliogwachowiak said...

Hotel Wyndham Casino, Wyndham, CA 92082 - MapYRO
Find Hotels Near Casino 사천 출장마사지 Wyndham Casino, Wyndham, CA 92082 with 세종특별자치 출장샵 MapYRO. 익산 출장안마 Browse reviews, 원주 출장안마 photos and ratings of Hotels 1 - 정읍 출장마사지 12 of 27 on