#RiviuProduk ; MAKEUP KIT THE JUNNI


Hai semua, assalamualaikum! Setelah sekian lama, aku kembali dengan satu lagi review. Kalini aku nak cerita pasal satu makeup kit dari satu brand iaitu The Junni. The Junni ialah satu syarikat yang mengeluarkan produk skincare berasaskan bahan semulajadi dan paling penting, TIADA MERCURY! Semestinya dapat kelulusan KKM. Sebab, local product sekarang kebanyakan yang kita tahu, banyak yang mengandungi bahan terlarang. Itu yang kita taknak, memanglah dapat kesan jangka pendek yang cepat, tapi kesan jangka masa lama? Itu yang kita cuba elakkan. 

Aku akan cerita pasal Skincare The Junni dalam next post, sebab skincare dia memang best kebabom. Testimoni pun semua best best! Jari ni laju je nak cerita pasal skincare dia tapi kena sabar hehehehe. Sebab kalini highlight kita adalah Makeup Kit The Junni! Selalu tak bila kita nak keluar, nak bersiap tapi selalu ambik masa lama, nak kena letak foundation lah, concealer dan sebagainya. Dalam masa yang sama, nak achieve natural makeup look tapi tak semua produk makeup dapat berikan apa yang kita nak. Selalunya, kita end up dengan makeup yang rasa berat, walaupun setakat nak pergi makan. Heih, pergi makan pun, kenalah lawa, kena nampak fresh, taknaklah orang tengok kita nampak pucat dan macam orang tak makan seminggu.

Makeup Kit The Junni ada dua jenis iaitu Set Zakirah dan Set Syuhaila sempena nama model dan duta The Junni, Zakirah Zainal dan Syuhaila Rzm. Set yang aku akan review harini ialah Set Syuhaila.


Sekarang dah tak perlu risau, sebab dengan Makeup Kit The Junni ni, sekali zzap zzap zzap, dah siap! First impression, satu benda aku suka pasal makeup kit ni, packaging dia comel! Product dia pun kecil dan travel friendly, jadi kalau kita keluar, tak payah susah bawak product yang besar besar. Bawak je dua adik beradik ni, jimat space gituuu. 




Jadi, makeup kit ni didatangi dengan dua produk iaitu Sand Latte Foundation & Orange Liptint. Warna yang sangat cantik dan sesuai untuk semua jenis kulit asia.

Antara kebaikan Makeup Kit The Junni adalah ;
  • Wudhuk friendly. Tak perlu bawak makeup remover, sebab ianya tidak telap air, kalau basuh dengan air, senang hilang. Nak apply semula pun tak susah!
  • Travel friendly. Senang dibawa kemana sahaja, packaging yang compact dan dapat menjimatkan space handbag.
  • Texture yang ringan. Application yang smooth dan tak mudah 'cakey'. Texture yang tidak tebal, sesuai untuk daily makeup lagi lagi yang tak suka makeup tebal tebal bila keluar.


As for me, aku suka texture dia. Sangat nipis, tak rasa berat bila pakai kat muka. Warna yang ditawarkan pun sesuai untuk yang berkulit sawo matang. Liptint dia pun pigmented, bau dia pun sedap! Bau buah buahan. Liptint The Junni ni pun satu keistimewaan dia, tak payah risau kalau tertelan. Apoo nak makan liptint!? Hahahahhaha kan bila apply lipstick, mesti lah kita kemam bibir kita kan? Dengan Liptint The Junni ni, toksah risau kalau tertelan ke apa. Dijamin selamat sebab ada ekstrak buah-buahan. Menarik kan! Lagi satu, liptint dia jugak dapat dijadikan sebagai blusher tau. Jadi, 2 IN 1 lah. Jimat lagi menjimatkan! Lagi lah iols sukaaaaa.



Dah bermakeup pulak aku ni hahahaha. Haa tengok! Sebelum dan selepas. Aku hanya menggunakan Makeup Kit The Junni tau. Dapat menghasilkan look yang natural, tak sampai 10 minit pun dah siap zzap zzap. Foundation dia aku boleh katakan medium to full coverage. Aku apply foundation ni guna Beauty Blender dan aku tak setkan dengan powder pun. Letak liptint sikit kat bibir, kemudian kat pipi dah wallahhh! SIAP! Cantik, bergaya, marvelous lepas pakai Makeup Kit The Junni ni. Ala ala korean look gitu. 

Overall, memang sesuai untuk orang yang tak reti pakai makeup macam aku ni haa. Makeup ni long lasting, tu yang best jugak tu. Sebab senang, tak perlukan kuantiti yang banyak bila pakai dan lagi satu, affordable! Harga dia murah sangat. Hanya RM52 je, mana nak dapat RM52 untuk makeup satu set foundation dengan liptint? Susah nak jumpa weh. Aku sendiri pun terkejut dengar harga dia semurah tu. 


Jadi, untuk maklumat lanjut, boleh pergi dekat Instagram The Junni (Agent Sah The Junni). Kena cepat contact dia ni, sebab dengar cerita stok dah tinggal sikit. Psst! Lagi satu, dengar cerita tengah ada sale. Harga murah letops! Jadi, tunggu apa lagi, dapatkan Makeup Kit The Junni segera! Dah habis jangan nak menangis kat bucu katil ye hehehe.


2 comments:

PERMATABIRU said...

First time dengar the junnim.btw mcm best je..

mas saari said...

Comelnya nama brand The Junni.