#Tips: Nak jadi pandai (last minute punya usaha)

Assalamualaikum & salam sejahtera!


Apabila berubah segala sistem pelajaran, mulalah semua pelajar dah pening. Semua macam nak terjun bangunan 808 tingkat (tipu jangan nampak sangat bro) . Termasuk lah yang menulis ni tapi tak termasuk dalam golongan yang nak terjun bangunan tu ye. Heip. Nehi nehi.

Dengan berbakikan hanya kurang daripada sebulan nak masuk dewan peperiksaan, nampak macam tak ready je ayoyoyo macam mana ni. Siap boleh berzumba pergi holiday lagi. Apeni apeni. Hm actually aku ni bersedia ke tak nak exam? Macam ye, macam tak. Belum exam lagi dah macam macam plan dalam kepala. Nak pergi itu lah, ini lah. Hei, exam dulu lah!

Dia punya nervous tu memang ada. Membohong membongak sangatlah kalau tak nebes. Dahlah first batch PT3, first time pakai baju sekolah biasa masa exam (sebab masa UPSR dulu pengawas). So, nervous itu memang ada. Kengkadang duduk tepi katil sambil kuis selimut sebab nak muhasabah diri;

“Okay lepas habis exam terus nak suruh Lee Min Ho masuk meminang”

Haa tengok jauh tak hiperbola dengan realiti? Sangat uollss.

---------------------------------------------------

Tujuan nak update ni sebenarnya dah jauh sangat dah. Nak bagi tips tips nak belajar kasi masuk otak tanpa dapat keluar dengan selesanya (kita kasi kunci itu ilmu yess!) Kat atas tu pendahuluan atau selalunya dalam komsas --- permulaan. Jom kita masuk klimaks! (gelojoh)


1 ; “Hey! Sleep now.”

-          // Benda ni memang (ulang lapan kali kuasa dua) patut diterapkan. Tidur awal. Lepas azan isyak, terus ambil wuduk, solat, pap pap pap sebelum pukul 10 dah boleh tidur (sebelum 11 kalau tuisyen). Bila kita tidur dengan cukup, esok pagi badan kita akan rasa segar dan kita rasa badan kita dah berehat dengan secukupnya. InsyaAllah. ---  Kadang kadang, tak payah tunggu alarm bunyi, kita yang kejut alarm tu suruh bunyi cepat sikit. Secara automatiknya, bila kita kat sekolah, takdelah baru masa kedua dah menguap. Tapi, bila loceng rehat, amboi segar bagaikan juara! Haa! Sikit tips lagi, sebaik saja bangun tidur, buat regangan untuk melancarkan sistem peredaran darah nanti takdelah fius otak kiokk tiba tiba. 

2; Mengabadikan hirupan nafas pagi sambil mentelaah ilmu.

-          // Amboi tajuk nak bombastik. Cara untuk menghafal insyaAllah paling efektif! Bila menghafal pada waktu pagi, otak kita senang untuk menerima maklumat sebab otak kita tak ditaksub dengan benda lain lagi melainkan kalau kau layan Running Man pepagi subuh lah kan. Otak kita lebih segar, senang untuk memproses dan menghadam segala ilmu yang dibaca. Kasi kenyang itu otak, sebelum kasi kenyang itu perut. Tambahan, lagi bagus kalau dapat study pagi pagi kat laman ke, kat luar lah maksudnya. Sedut udara pagi pun bagus :D Tutup segala gangguan hiburan, perkara perkara yang lagha, hayati alam sekitar.


3; Take 5!

-          // Benda ini penting. Bila dah sesedap study sampai tak ingat mak panggil suruh sidai kain, adik panggil suruh bukakkan sos tomato. Rehat. Otak kita pun perlukan rehat. Bila dah banyak sangat ilmu masuk, otak jadi penat. Tak lama, atleast 10-20 minit. Masa ni, pergilah sidai kain, tengok drama korea kejap, selesaikan apa yang patut. Lepas tu, masuklah study balik. Jangan lupa, kemas dulu segala keserabutan belajar supaya takdelah rasa menyampah tengok buku tu. Kesian dia (kesat air mata buku)

4; Healthy food means healthy body!

-          // Jangan ambil benda ni remeh temeh macam ‘alah lek ah kitew makan choki choki/chikedis/super ring jeww’. Mereka tak bersalah ye.  Jangan jangan amalkan makan snek masa study. It’s really really bad! Lagi lagi snek yang kurang kandungan khasiatnya (bahasa sopan) senang cerita jajan lah k jajan. Bila kita belajar (tiada pendirian tukar perkataan), galakkan diri untuk makan buah-buahan seperti epal (dip in peanut butter), tembikai (makan jangan sampai menjejes jusnya) atau buahan western yang lain atau paling best; kismis (sedap!). Buahan berfungsi sebagai fiber dan vitamin untuk dijajahkan dalam badan kita supaya dapat meneutralkan asid badan. Sayuran pun termasuk dalam geng buahan ni. Kalau dapat buat fruit salad masa take 5 (diatas) tadi, rasa macam study kat Melbourne bertemankan orange juice dan bunyi burung berkicauan. 

5; Jamming while studying (can ah?)

// Bila kita belajar, alahai rasa bosannya. Rasa 'apakes aku study tapi rasa macam hidup ini tiada makna sobs' , 'kenapa rasa macam study dalam penjara *gema*' , 'tadi kata macam study kat Melbourne' okay berhenti. My recommendation is dengar lagu lagu balada (jangan judge sobs) bila tengah belajar. Contohnya ; Yiruma (the best evah!) , Brian McKnight atau instrumental sentimental drama korea paling easy! Alah yang korang dengar boleh banjir bilik. Irama macam ini membuatkan kita rasa sedapnya belajar macam nak makan buku. Buat kita rasa relax, tak stres, rasa besssttt je belajar. I've tried it! How about you?

6; Nota-nota cinta bak pujangga 

// Kata nak pandai. Pelajar yang cemerlang ialah yang membuat nota ringkas so korang tak payah bawa buku 100 paun masa hari peperiksaan. The ringan, the better! Tak perlu banyak banyak sangat sampai sama panjang dengan resit shopping barang. Cukuplah ambil memo pad atau buku nota yang comel comel, yang lawa lawa, buat nota contohnya nota ringkas Sejarah (dendam) , setiap muka surat buat peta minda guna pen warna-warni bak pelangi, buat nota contohnya tentang pembentukan Malaysia, tulis. Pasal geng geng Brooke? Tulis. Pasal macam mana nak pikat abang pengawas kacak? Itu tak payah tulis. Nota yang berwarna-warni dapat merangsang otak untuk bekerja dengan lebih cerdas kerana warna memainkan peranan dalam sistem otak kita. Kita pun senang ingat. Jadi, apa salahnya terapkan warna dalam otak? Barulah otak tak ketinggalan ke zaman paleolitik. 


(amboi lawanya awak *tahan nafsu*)

7; Allah first!

// Last but not least, Allah. Saja letak kat tips paling last bagi deep sikit. Apa guna kalau kita dah usaha, tapi lupa Allah? Nauzubillah. Lupakah kita yang semua kejayaan, semua kepandaian, hanyalah pinjaman semata-mata? Allah bagi itu semua untuk kita gunakan semasa membuat amalan. Kita kan bijak. Rajinkanlah diri bangun awal pagi sebelum subuh (pesan kat diri sendiri), buat solat sunat tahajud bonus solat hajat sekali. Bacalah Al-Quran walau satu ayat satu hari. Tapi, takkanlah kita sibuk sangat kan? Setakat bangun, makan, tidur itu saja lah kerjanya. ----- Kadang rasa stres ya allah rasa nak rendam diri dalam laut cina selatan, rilex beb rilex. Al-Quran lah penawarnya. Bila baca kalamullah ini, secara automatik, hati rasa tenang, hidup rasa senang. InsyaAllah :) --- Tetapkan dalam diri 'aku nak berjaya kerana Allah' 'aku buat semua kerana Allah' 'aku mencari ilmu kerana Allah' 





Benda benda ini pun sebenarnya bagaikan mencucuk jarum di hatiku yang luluh ini. Iyalah, tips tips ini bukan aku buat selalu pun. Ya allah! Dia suruh orang buat, yang dia? Duk tepi tingkap sambil tunggu idol datang sambut. Astaghfirullah. InsyaAllah benda ini dipraktikkan. Lagi lagi dah nak dekat sangat exam ni. Eloklah bila ada last-minute schedule ni, boleh membantu. Tak guna buat jadual bila dah study gajah ini (nangis).

Good luck to all candidates! Fighting! 
(termasuk yang kena repeat UPSR daripada kakakmu yang tak sedar nak PT3. Bersabar ye korang.)

Wassalam.

1 comment:

mama iman said...

salam kenal..
Saya ada tag amni untuk LIEBSTER AWARD..
selamat berliebster

http://mak-atam.blogspot.com/?m=1