Assalamualaikum & salam sejahtera!
Apabila berubah segala sistem pelajaran, mulalah semua pelajar
dah pening. Semua macam nak terjun bangunan 808 tingkat (tipu jangan nampak sangat
bro) . Termasuk lah yang menulis ni tapi tak termasuk dalam golongan yang nak terjun
bangunan tu ye. Heip. Nehi nehi.
Dengan berbakikan hanya kurang daripada sebulan nak masuk
dewan peperiksaan, nampak macam tak ready je ayoyoyo macam mana ni. Siap boleh
berzumba pergi holiday lagi. Apeni apeni. Hm actually aku ni bersedia ke tak
nak exam? Macam ye, macam tak. Belum exam lagi dah macam macam plan dalam
kepala. Nak pergi itu lah, ini lah. Hei, exam dulu lah!
Dia punya nervous tu memang ada. Membohong membongak
sangatlah kalau tak nebes. Dahlah first batch PT3, first time pakai baju sekolah biasa masa exam (sebab masa UPSR dulu
pengawas). So, nervous itu memang ada. Kengkadang duduk tepi katil sambil kuis
selimut sebab nak muhasabah diri;
“Okay lepas habis exam terus nak suruh Lee Min Ho masuk
meminang”
Haa tengok jauh tak hiperbola dengan realiti? Sangat uollss.
---------------------------------------------------
Tujuan nak update ni sebenarnya dah jauh sangat dah. Nak bagi tips tips nak
belajar kasi masuk otak tanpa dapat keluar dengan selesanya (kita kasi kunci
itu ilmu yess!) Kat atas tu pendahuluan atau selalunya dalam komsas ---
permulaan. Jom kita masuk klimaks! (gelojoh)
1 ; “Hey! Sleep now.”
- // Benda ni memang (ulang lapan kali kuasa dua)
patut diterapkan. Tidur awal. Lepas azan isyak, terus ambil wuduk, solat, pap
pap pap sebelum pukul 10 dah boleh tidur (sebelum 11 kalau tuisyen). Bila kita
tidur dengan cukup, esok pagi badan kita akan rasa segar dan kita rasa badan
kita dah berehat dengan secukupnya. InsyaAllah. ---
Kadang kadang, tak payah tunggu alarm bunyi, kita yang kejut alarm tu
suruh bunyi cepat sikit. Secara automatiknya, bila kita kat sekolah, takdelah
baru masa kedua dah menguap. Tapi, bila loceng rehat, amboi segar bagaikan
juara! Haa! Sikit tips lagi, sebaik saja bangun tidur, buat regangan untuk melancarkan sistem peredaran darah nanti takdelah fius otak kiokk tiba tiba.
2; Mengabadikan hirupan nafas pagi sambil mentelaah ilmu.
- // Amboi tajuk nak bombastik. Cara untuk menghafal insyaAllah paling efektif!
Bila menghafal pada waktu pagi, otak kita senang untuk menerima maklumat sebab
otak kita tak ditaksub dengan benda lain lagi melainkan kalau kau layan Running
Man pepagi subuh lah kan. Otak kita lebih segar, senang untuk memproses dan
menghadam segala ilmu yang dibaca. Kasi kenyang itu otak, sebelum kasi kenyang
itu perut. Tambahan, lagi bagus kalau dapat study pagi pagi kat laman ke, kat
luar lah maksudnya. Sedut udara pagi pun bagus :D Tutup segala gangguan hiburan, perkara perkara yang lagha, hayati alam sekitar.
3; Take 5!
- // Benda ini penting. Bila dah sesedap study sampai tak
ingat mak panggil suruh sidai kain, adik panggil suruh bukakkan sos tomato.
Rehat. Otak kita pun perlukan rehat. Bila dah banyak sangat ilmu masuk, otak
jadi penat. Tak lama, atleast 10-20 minit. Masa ni, pergilah sidai kain, tengok
drama korea kejap, selesaikan apa yang patut. Lepas tu, masuklah study balik.
Jangan lupa, kemas dulu segala keserabutan belajar supaya takdelah rasa
menyampah tengok buku tu. Kesian dia (kesat air mata buku)
4; Healthy food means healthy body!
- // Jangan ambil benda ni remeh temeh macam ‘alah
lek ah kitew makan choki choki/chikedis/super ring jeww’. Mereka tak bersalah
ye. Jangan jangan amalkan makan
snek masa study. It’s really really bad! Lagi lagi snek yang kurang kandungan
khasiatnya (bahasa sopan) senang cerita jajan lah k jajan. Bila kita belajar (tiada pendirian tukar perkataan), galakkan diri untuk makan buah-buahan seperti epal (dip in peanut butter), tembikai (makan jangan sampai menjejes jusnya) atau buahan western yang lain atau paling best; kismis (sedap!). Buahan berfungsi sebagai fiber dan vitamin untuk dijajahkan dalam badan kita supaya dapat meneutralkan asid badan. Sayuran pun termasuk dalam geng buahan ni. Kalau dapat buat fruit salad masa take 5 (diatas) tadi, rasa macam study kat Melbourne bertemankan orange juice dan bunyi burung berkicauan.
(amboi lawanya awak *tahan nafsu*)
1 comment:
salam kenal..
Saya ada tag amni untuk LIEBSTER AWARD..
selamat berliebster
http://mak-atam.blogspot.com/?m=1
Post a Comment