December 23, 2011

Inilah namanya SYURGA CINTA ♥

by , in
Hello dan assalamualaikum ! Sejak kebelakangan ini , aku rajin pulak update blog ye . Mungkin sebab aku dah lama tinggalkan blog ni berhabuk tanpa update kot *tangan didada , mata keatas* Baideway , apa yang aku nak update sebenarnya yang berkaitan dengan tajuk diatas ? Adakah aku akan REVIEW filem Syurga Cinta ? Ohh , tidak sama sekali ! Actually , aku nak share dengan korang satu story yang aku rasa memang sangat sangat sangat sangattttttt sweet ~ 


Siapa pernah tengok video ni sila angkat kening ala-ala Ziana Zain . LOL . Mesti kebanyakan anda , anda , anda dan anda semua pernah tengok video ni bukan ? Ianya adalah kisah seseorang lelaki yang ingin melamar wanita pilihannya :) Sweet bukan ?  Tapi , untuk pengetahuan korang , diorang bertunang tanpa bercinta pun . Serious ! Tak percaya ? Sila baca SINI . Dah baca ? dah percaya ? bagus ! Okay , actually aku dapat tahu video ni from Kak Nisa kay . Alah , yang tengah hot bercinta dengan abam Aaron Aziz dia tu a.k.a Batman Gelap a.k.a DarkBatman a.k.a Ayie . Ok stopp ! 

Tapi kan , aku setuju dengan kata-kata kak Dena . Parent's choice is more baraqah but kalau our choice pun lebih kurang juga kan ? Asalkan , lelaki/perempuan itu ialah yang baik , jujur , soleh/solehah . Ye tak ? Aku takleh lah nak explain panjang-panjang sebab aku pun takde pengalaman lagi *cewahh* Sebab , orang tua-tua kata pilihan family lebih bagus . So , i just confused ?? Mana satu yang betul ek ? Hehe . Tapi , takpelah . Jodoh semuanya ditangan ALLAH kan ? Kita hanya perlu berdoa kepadanya supaya mendapat jodoh yang baik . Ustazah aku kata , jika ada orang nak masuk meminang , buatlah solat sunat isthikarah . berdoa kepadanya , " jika dia jodoh aku , kau tunjuklah kepada ku . Jika dia bukan jodoh yang kau tetapkan , kau jauhkanlah dia daripada ku . " Itu daripada apa yang ustazah aku katakan ketika aku belajar Ibhadat 2 perkara Munakahat pada sebulan yang lepas sebelum peperiksaan SDEA yang akan diadakan pada bulan November lepas pada minggu pertama cuti sekolah . Eh , perlu ke aku beritahu semua tu ? Uh , forget it !

Baideway , aku jeles tengok kak Dena . Bukan pasal apa , cuma dia tu macam terlalu perfect ! Ye lah , dah lah cantik , menutup aurat , taat kepada Allah dan lain-lain lagi . Lepastu , dapat pulak tunang yang baik , tidak berputus asa . Betul tak ? Huhu . So , I think that's all that i want to story today ! Bubye and wassalam :)


Photobucket
December 22, 2011

How to : Register PayPal

by , in
Hello and assalamualaikum  ! Nampaknya ramai tak faham tentang PayPal . Oklah , aku ajar macam mana nak daftar PayPal ye :)

Firstly , bukak http://www.paypal.com

Dah bukak kan ? then , korang ikut je gambar kat bawah ni


*tekan gambar kalau tak jelas*

Tekan Sign up . Lepas tekan sign up korang akan nampak satu form  macam ni :

*tekan gambar kalau tak jelas*

Then , korang isilah form tu . Kepada yang berumur 18 kebawah , korang kena buat tarikh lahir yang umur 18 tahun keatas . Ok ? Bila dah habis isi , tekan ' Agree and Create Account '

Bila dah tekan , dia akn appear satu page bahagian Bank


OR 


*tekan gambar kalau kurang jelas*

actually , aku dah login aku punya account so dia jadi lain . Kalau yang baru buat , dia akan ada dua column jugak . Satu bahagian bank , satu bahagian Credit card/ Debit Card . Kalau koranga da RHB account , tekan yang RHB bank . Kalau takde , tekan other banks . Kalau korang anak orang kaya , ada credit card tekan lah Credit Card section ok ?

Kalau yang pilih bank , dia akan loading macam ni . Sorry kepada yang pilih Credit Card . I tak tahu nak buat macam mana :)

*tekan gambar kalau kurang jelas*

Dia akan loading macam tu . Then , dia akan appear satu page pasal payment macam ni :

*tekan gambar kalau kurang jelas*

Nampak tak dia USD tu ? Kalau korang orang Malaysia , tukarkan kepada MYR . Then , nampak tak tempat kosong sebeblah dia tu ? Bagus :) Dia tulis kat situ minimum 50.00 MYR kan ? Korang isilah jumlah dia kat situ eh :) *ATTENTION ! Payment section ni dia tak payah bayar*  

Then , bila dah isi tu korang tengok kat bawah ni ye :)

*tekan gambar kalau kurang jelas*

Bila dah tekan proceed , korang dah selesai buat PayPal account dengan jayanya ! Wuhuuuu !! Jadi , sekarang korang boleh shopping pepuas and daftar Mixreq :) Selamat mencuba ! Wassalam .


Photobucket
December 21, 2011

Lend me your hands please :)

by , in
Hello and assalamualaikum :) Actually , taknak cakap banyak sebab just nak minta tolong korang . Boleh ? Okay , just ikut step kat bawah ni -->



First , like page ni http://www.facebook.com/aqilah.imran
Second , like this photo http://www.facebook.com/photo.php?fbid=163756753722758&set=a.163756723722761.32612.143091982455902&type=3

And and and , don't forget to click my Mixreq , Heartbeat and ChurpChurp ( 1 (Sign up ChurpChurp) , 2 ( Christmas offer ) , 3 ( Get the iPhone 4s now ! ), 4 ( Treatment , massage and spa ) , 5 ( Create your website ! ) 

Thanks kepada yang vote and click my elaun :) Really appreciate it !


Photobucket
December 21, 2011

The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay

by , in
Yoo ! Hello dan assalamualaikum ! Yess , imma join Giveaway again :) Kalini , GA ni dibuat oleh Kak Nisa Kay  . So , jom tengok banner and syarat-syarat nya :D


*Click banner to join* 


Syarat-syarat nya :

  1. Terbuka kepada followers blog Saya Suka Menaip ini. Tidak kira lelaki atau perempuan.
  2. Wajib mempunyai blog, bergelar blogger.
  3. Tak perlu tag kawan-kawan untuk join, cukup sekadar promote aje.
  4. Pemenang akan dipilih secara random.
    WAJIB patuhi semua syarat.


    Cara-cara untuk menyertai pun senang .

    1. Buat entry bertajuk “The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay”

    2. Letak banner giveaway dalam entry korang. Memandangkan blog aku ni disable right-click, korang pergi  COPY BANNER TU KAT SINI.
    3. Letak link sponsors dalam entry korang. Memandangkan blog aku ni disable right-click, untuk copy link kat bawah, korang perlu select link-link kat bawah dan tekan Ctrl + C

    4. WAJIB letak semua sponsors (blogshop) dalam blog list anda. Bagi sponsors yang hanya ada fan page di facebook, korang pergi like fan page dorang tau!
    5. Promote entry penyertaan korang habis-habisan, sebab ada hadiah untuk top referral.
    6. Tekan butang LIKE dan TWEET kat bahagian bawah entry ini.
    7. Pastikan korang ikut syarat-syarat di atas. 

    Senang je kan ? Hooho . Jadi , link nya adalah : http://nisamenaip.blogspot.com/2011/12/join-now-ultimate-year-end-giveaway-by.html <-- baideway , tolong tolong tolong tolong !! Tolong lah click that link and join sebab hadiah dia best best wa cakap lu . Haha !! Korang kena join . WAJIB !! Kena join :) Tak kira . Tapi , satu je . Kau kena join drpd blog aku . Tekan link blog kak nisa tu ye :) Oklah , bye !!
Photobucket


December 19, 2011

Contest Blog Paling Comel

by , in
Hello and assalamualaikum !! Taknak taip panjang sangat sebab malas *ecehhh* . Jom tengok banner and syarat-syarat :



Syarat-syarat :
1 . Follow BLOG erni dan likes PAGES erni .

2 . Warganegara malaysia sahaja .

3 . Buat satu entry tentang - contest paling comell yg khas erni buat - letak banner kat atas tu sekali .

4 . Wajib likes dan follow setiap sponser yg ada .

5 . Tinggalkan link entry contest blog paling comel yang erni suruh buat pada no.3 tadi di post comment ni .
6 . Wajib tag 2 rakan anda , pasti kan mereka tahu .

7 . Contest ini TIDAK akan dibatal kan jika kurang dari 8 ..
Tag :
Nisa kay
Hanan
*main tag je ni*

Doakan I menang tau . Sayang awak ! *bagi penampor kat budak ni* 

Photobucket
December 15, 2011

Giveaway By Triple F.

by , in
Hello and assalamualaikum !! Yeah , I wanna join a giveaway again . Oklah , jom tengok banner and the terms :)









-WAJIB follow blog FajaSaya dan Sis Fika.
-Like fanpage Faja dan Sis Fika.
-Seorang warganegara MALAYSIA
-Buat 1 entry pasal GA nih. Ikut suka korang mau buat entry
panjang or pendek. Jangan lupa letak banner contest sekali.
-Linkkan entry korang di ruang comment salah seorang 
daripada kami.
-Tag 2 orang atau lebih. Pastikan diorang tahu.
-WAJIB like atau follow semua fanpage atau blog sponsor. 
-Kami menggunakan Random.org untuk memilih pemenang
-Para pemenang akan diumumkan pada 26/12/2011. Semua
pemenang akan dimaklumkan melalui blog masing-2.

Jadi , korang join lah ye :) Due date dia esok . Jadi , tak sempat nak tag . Join je lah :) Bubye and Wassalam .
Photobucket
December 12, 2011

KONTEST SENYUMAN MENAWAN :]

by , in

Assalamualaikum dan hello !! Ok , aku nak masuk contest lagi . Setelah sekian lama meninggalkan blogger dashboard ni disebabkan masalah teknikal yang berlaku , akhirnya aku kembali dengan entri baruu !! Challenge pun dah berapa hari tinggal . Aduyaii !! Takpelah , nanti aku buat 3 days dalam satu post , boleh ? Huhu . Oklah , tanpa membuang masa , jom tengok contest yang aku masuk ni .

*Click banner for more details*

Jadi , gambar yang dipertaruhkan




Senyuman aku takdelah semenawan mana . Jadi , aku harap aku boleh menang . Kalau tak mengang pun takpe . Tak frust menonggeng pun aku . Huhu . Okah , itu sahaja untuk harini . Byee !! Wassalam :)

Photobucket
December 08, 2011

Day 4 - A photo that makes you happy.

by , in
Hello and assalamualaikum !! Sepatutnya challenge day 4 ni buat semalam tapi kelupaan melanda so terlupa nak buat . Hoho . Ok topik Day 4 : Day 4 - A photo that makes you happy. Wahh , ni yang susah sikit ni , aku taktau apa gambar yang boleh buat aku happy :D Ouh ya ! Aku tau !!


Time ni masa ambik result UPSR . Abaikan muka dan tudung saya . Actualy , aku baru lepas nangis tu . Tudung pun serabut . Alhamdulillah , dapat 4A 1B :) Tengok tu , tie pun tak betul . Macam hape je . Drpd masa naik pentas sampai turun pentas menangis je . Huhu . Menangis gembira . :D Oklah , tu je kot harini . Kalau aku rajin aku sambung day 5 terus harini :) Bye ! Wassalam :)
Photobucket
December 07, 2011

Alhamdulillah , rezeki datang akhirnya :)

by , in
Hello and assalamualaikum guyysss !! Wahh , "senangnya dalam hati " . Aku memang melompat terkinja-kinja macam kera baru dapat makwe , menjerit walaupun tak keluar suara , berjoget walaupun atas kerusi , tergamam walaupun mulut tak bukak . Haha ! Kenapa aku gembira bagai nak rak ni ?? Adakah aku menang rak daripada kilang rak ? Ohh , tidak sama sekali . nehi nehi nehi . Ohh ! Adakah aku menang loteri ? Ohh ! Itu lagilah tidak sama sekali . Haram tu weii ! Gila ke apa ? Actually , aku terharu sangat ni sebab aku menang Contest Handphone Berjasa !! Sebenarnya , tadi ada budak mention aku kat BBB . Katanya aku menag contest tu . Aku pun apa lagi . Suka lah aku ~ Aku terus bukak blog kak Syafa Lunia then tengok dan berkata " ALHAMDULILLAH , AKU MENANG !! " Tak percaya ? Ok , aku printscreen 

Haa ? Tak nampak ? Takpe , aku kasi zoom lagi .

Tak nampak jugak ? Korang click lah gambar tu . Kalau tak nampak jugak , korang pergilah check mata tu ye . Huhu

Look ! Look ! Dah percaya ? Dah percaya ? Btw , aku nak buat short speech . Dengar ye si Soto Nor Ho Ho Horlick nak bercakap .

EHEM , EHEM . Firstly , saya nak ucapkan terima kasih kat semua penganjur especially Kak Putryy , Kak Syafa and lagi sorang aku tak ingat . Secondly , Thanks sebab pilih saya walaupun entry saya takdelah sehebat mana . Tapi , saya still bersyukur sebab ni first time saya menang contest . Yelah , saya batak kejap . Huhu .  Then , congrats to all the winners *especially me* . Btw , entry diorang pun best sebenarnya :) Takpe , korang jangan sedih ye ? Sebab korang akan dapat keychain gak :D Takmo sedih , sedih . Haha ! LOL Dan juga , saya sangat sangat sangat bersyukur bila dapat tahu menang contest ni . Sebab , macam tak percaya tauu ~ Serious !! Saya mencuba untuk mengetuk kepala saya dengan penukul , tapi saya fikir maunya benjol kepala saya jadi saya hanya tampar pipi saya yang gebu lagi gebu ini *mengarut* Dan saya baru tahu yang ini bukan mimpi tettapi betul-betul . Wa cakap lu !! Haha ! . Jadi , sampai disini sahaja 'short speech' saya . Sampai bertemu lagi . Bye !!


Haha ! Bacalah speech aku tu . hoho . Jadi , aku rasa sampai sini jelah entry kesyukuran aku . Bubye ! Wassalam :)
Photobucket
December 07, 2011

Contest menangi Template dari Wan Hazel (03 Dec - 10 Dec 2011)

by , in
Assalamualaikum dan Hello !! Aku nak join contest from Wan Hazel . 

*Click to join*

Korang join tauu !! Sebab boleh memenangi template from him ~ Pemenang dipilih secara random :) Bubye ! Wassalam :)


Photobucket
December 06, 2011

Day 3 - A photo of someone you love.

by , in
Hello dan assalamualaikum :) Sambung Day 3 pulak . Topik : Day 3 - A photo of someone you love. Haha ! Jangan pikir bukan-bukan . Aku takde pakwe okk ? Jom tengok sape yang bertuah tu .


Nilah family aku . Aku sayang diorang :) Actually , ramai lagi yang aku sayang . Kawan-kawan aku , sahabat aku , cikgu-cikgu aku , skandal aku and last but not least, BBBianzzzz !! Oklah , esok sambung Day 4 :) Bubye and wassalam :D


Photobucket
December 05, 2011

Hey sister , Thank you !

by , in

Wahh ! Aku nak buat entry appreciate untuk someone ke ? Hoho . Memang betul pun . Aku appreciate sangat dengan seorang manusia ni . Appreciate sangat-sangat-sangat-sangat !! Betul , wa cakap lu . Wa terharu bila lu cakap wa camtu . Haha ! Actually , apa yang aku appreciate sangat ? Yeahhh ! Aku ada hater wehh !! *batak kejap* Tak pernah-pernah aku ada hater . Ouh ya ! Ada dulu , tapi dia dah minta maaf . Tapi kan , sepanjang setahun empat bulan aku berblogging , tak pernah-pernah tetiba ada orang benci aku . Nak tengok tak dia puji aku camne ?




To " Soulsister " , terima kasih sebab puji blog aku . Btw , kenapa kau nak judge blog aku sebagai tak best ? Aku tak cakap pun yang blog aku best . Betul tak kawan-kawan ? *BETULLLLL !!!* And lagi satu , blog aku semua pink ? Sape kata ? Cer tengok layout aku yang dulu , pink semua ke ? Aku rasa semua boleh accept blog aku camne . Betul kan ? Aku takde pun letak striking pink , soft pink je . Tapi , kalau korang rasa aku selalu dengan pink , takpelah . Tapi ,sekarang aku dah tukar theme ! GALAXY DESIRE namanya . Puas hati kau " Soulsister " ?? Nak cakap lagi ? Ke nak cakap " Blog kau semua gelap , apa lah " . Nak cakap camtu ? Hmm , don't judge a book by it's cover lah kawan . Aku buat blog warna pink sebab aku minat pink . Cuba bayangkan kau ada blog , pastu satu blog kau buat warna favourite kau . Pastu , orang post kat shoutbox macam yang kau buat ni , mesti kau pun marah kan ? Samalah dengan aku . Aku ada perasaan . Kau takde fikir apa ke masa buat benda yang tak berfaedah ni ? Ke kau tengah mabuk ? Hoho . Hmm , harap-harap " manusia " ni dia sedarlah . Kita doakan je lah untuk dia ye . Takde faedah buat semua benda ni . Aku pun sabar je lah . Hmm , apa apa pun , kita doakan yang terbaik untuk dia . So , I think that's all for now . We'll meet again in another entry . Bye ! Wassalam . :)


Ouh ya ! One more thing . The IP is :
180.73.142.142 <-- Kepada pemilik IP ni , sila berbincang dengan saya :)

Photobucket
December 05, 2011

Day 2 - A photo of yourself a year ago.

by , in

Nak sambung challenge lagi ! Dah day 2 pun . Topik : Day 2 - A photo of yourself a year ago . A year ago ? Banyak kot gambar aku setahun lepas . Hoho . Takpelah , aku tunjuk gambar-gambar yang aku rasa *sweet* #bagi aku lah



Dua gambar ni memang aku rasa yang paling sweet lah . Haha ! Macam hape je . Oklah , tu je kot . Bubye !
Photobucket
December 04, 2011

Day 1 - Your Facebook profile photo.

by , in

Nak start first day ~ Wuuu . Ok , Day 1 - Your Facebook profile photo . Nak tunjuk takmau ? Nak tunjuk takmau ? Tunjuk je lahhh ! *ngade !*


Edit ? Non-hadooo !!! Muka aku memang putih . Kau kena terima hakikat . nak buat acane ? Aku tau lah , time ni aku kurus *yeke?* Sekarang aku gemuk . Wuuuu ~ Taklah ! Aku maintain ajerr . Huhu . Actually , ni gambar time 6 bulan lepas . Balik KL . Aku memang takde kerja nak buat dalam kereta time on-the-way , so aku keluarkan kamera kesayangan aku dan mulakan SNAP ! SNAP ! SNAP ! Aku memang takde apa nak buat . Aku mana ada BlackBerry boleh online memanjang , aku mana ada iPad boleh main macam-macam . Nak keluarkan laptop , besar gedabak kott . Nak texting , aku mana ada pakwe . Tak macam korang pun . Oklah , aku rasa dah lari daripada hasrat sebenar ni . Berjumpa lagi dalam next day challenge ! Bye ! Wassalam .

Photobucket
December 04, 2011

10 Days Picture Challenge

by , in

Disebabkan terlebih rajin pulak harini , aku terpikir pulak nak buat challenge :) Dapat menda alah ni from AIN FADHILAH . Tengok macam best je . So , malas nak taip panjang-panjang sebab korang bukan baca pun . Hoho . Tengok challenges dia eh ? Challenge sangat ke ? Huhu




Day 1 - Your Facebook profile photo.
Day 2 - A photo of yourself a year ago.
Day 3 - A photo of someone you love.
Day 4 - A photo that makes you happy.
Day 5 - A photo of you making a funny face.
Day 6 - A photo of what I would find in your bag.
Day 7 - A photo of you and your best friend.
Day 8 - A photo of something you want to do before you die.
Day 9 - A photo of you have taken.
Day 10 - A photo that makes you laugh


10 hari je ?? Haha ! Tu pun belum tau lagi aku rajin ke tak . Tapi , aku rasa kalau aku terlebih rajin maunya 3 days dalam 1 hari . Acane tu ? haha ! InsyaAllah , start harini . *Kalau rajin* Bye ! Wassalam .

Photobucket