Assalamualaikum semua! Result SPM dah dapat, mesti terfikir fikir lagi nak sambung kat mana kan? I've been there, done that :) Baru tahu masa tu perasaan bila nak sambung belajar, taktahu nak sambung kat mana, nak sambung apa. Dulu, masa kat sekolah, beria ni ada cita cita semua lepastu dah habis sekolah, dah ambik result, sendu duduk rumah memikirkan masa depan yang akan datang hahahhahaha
But, now, I'm looking at myself, I'm grateful for where I am now. Despite wherever you are, belajar masih belajar. Tanggungjawab tu masih ada. Jangan sebab belajar kat tempat lain sikit daripada orang, jangan sebab tak dapat tempat belajar yang kita nak, terus putus asa. You can do your best, you will do your best, you will be the best!

Okay okay, sebenarnya nak share sikit pasal Asasi UiTM atau kami panggil ASiD ni. Haa, selalu baca kat twitter je kan #langitdengkil lah, #dengkilperform lah, rozman lah. Ini nak cerita ni pasal UiTM Dengkil ni. Ramai actually yang tanya memandangkan amni sekarang study kat sini dan insyaallah in two weeks time, #farewelldengkil . Sedih sebenarnya, tapi yelah dah tiba masanya kan. Nak taknak, kena ucapkan selamat tinggal jugak.

UiTM Dengkil terletak kat Dengkil, Selangor. Takdelah pedalaman sangat, dan bukanlah dalam kawasan bandar jugak. Untuk pengetahuan semua, Asasi UiTM ada empat course: Law (currently studying!), Engineering, Science & TeSL. Tapi, amni akan fokuskan lebih kepada Law, yang course lain apa yang amni tahu, amni akan share okay! Basically, bakal bakal dengkillians sekalian, korang kat sini untuk dua semester (1 tahun) atau dalam bahasa UiTM, dua part. Tak sampai setahun pun actually. Tolak cuti, study weeks, ada program sana sini, dalam 10 bulan macam tu je. Kejap je kan? Dalam 10 bulan tu, macam macam korang akan lalui. Believe me, you will love it! And you will get allowance, isn't that double the fun? Of course, it is!
Dalam course Law, ada dua kod program: PI005 (UiTM) & PI007 (KPTM). Apa beza dua ni? Nanti dalam UPU, akan keluar dua kod ni. Sebelum pilih, fikir masak masak dulu ye. Meh sini hakak nak cerita. Untuk kod PI005, student hanya boleh pursue degree di UiTM sahaja. Jadi, nanti bila dah nak habis semester 2, tak perlu isi UPU, tapi isi borang penerapan masuk UiTM which means, nama kita dah ada siap siap kat UiTM, tunggu nak masuk dan tunggu course yang layak ambil je mengikut CGPA. Berbeza pulak dengan PI007 which what I'm currently pursuing, dimana student boleh pursue degree kat mana mana IPTA seluruh Malaysia termasuk UiTM juga mengikut course dan CGPA.


Untuk PI005, kalau nak pursue Bachelor Of Laws (L.L.B), kena capai CGPA 3.00 dan MUET minimum band 4. CGPA dikira mengikut SEMUA SUBJEK (7 subjek part 1 & 8 subjek part 2) dan untuk PI007 pulak, kena capai CGPA 3.75 dan MUET minimum band 4. CGPA dikira mengikut 4 BEST LAW SUBJECTS (3 subjek law part 1 & 4 subjek part 2)
Basically, itulah requirements dan serba sedikit tentang Asasi Law. Sekarang, kita proceed dengan subjek!
SEMESTER 1 (PART 1)
1. LAW038 - LEGAL RESEARCH & INFORMATION PROCESSING SKILLS
> Subjek law paling senang dan paling best tapi berguna untuk masa akan datang. SANGAT SANGAT BERGUNA. Basically, dalam subjek ni, kita akan belajar macam mana nak conduct legal research, nak cari sources menggunakan database yang dibeli oleh universiti. Masa kat universiti, jangan nak rely sangat kat wikipedia bila buat assignment, that is one of the worst sources you can rely on. Lecturer nampak je ada wikipedia kat references list, memang kena buat balik assignment tu :") Nak ke huhu. Other than that, dalam subjek ni belajar jugak macam mana nak baca case law, case report dan macam mana nak buat references list menggunakan MLA & APA. Format ni wajib ye guna bila buat assignment. Jangan mintak explain, nanti korang belajar benda ni, jangan risau hahahah. Untuk subjek ni, amni dapat Sir Faliq. Sir Faliq is one of the best lecturer I've ever met. If you get him, you should consider yourself lucky :) Setiap kali ada assignment yang dia bagi, consult with him regularly. He will guide you to the fullest! (Warning! Dia suka show off gambar makanan kat group whatsapp)
*Untuk LAW038, depends on kelas dan lecturer jugak sama ada guna buku atau tak. Kalau macam amni, memang lecturer rely on lecture slides, tak guna apa apa buku. So, lecture slides boleh dapatkan kat portal student. Boleh print siap siap, senang untuk references dalam kelas.
2. LAW012 - INTRODUCTION TO LAW 1
> Antara subjek law yang agak tough tapi kalau faham betul betul, memang boleh excel. Dalam subjek ni, kita akan belajar tentang basic law. Dari mana law ni datang, sources of law, natural law, positive law, socialist, apa pendapat scholars tentang law, morality dan case law dalam subjek ni menarik gila. Korang mesti akan mindblown dan tak terfikir case law macam tu wujud. Ada banyak skop under subjek ni. Akan belajar jugak law ni tak semestinya apa yang termaktub dalam perlembagaan sahaja, tapi ada jugak yang lain. Untuk subjek ni, amni dapat Madam Namirah, one of my fav lecturer! Kalau masuk sini nanti, basically lecture slides yang korang akan print tu, semua dia punya slides. Madam Namirah memang rajin buat lecture slides. Almost every law subjects dia buat slides. And of course, if you get her as your lecturer, you should be thankful :) Kat asasi, akan guna satu method ni namanya ILAC. Method ni memang selalu digunakan untuk problem solving. So easy to use, so practical, and will not burden you if you truly understand the usage of ILAC.
**Untuk LAW012, semua students wajib beli satu buku ni (LAW, MORALITY, JUSTICE, FREEDOM & EQUITY) Memang membantu sebab the notes are completed and can be relied even if you don't print the lecture notes. But, bear in mind, do jot down notes given by your lecturer to help you understand this subject better.

(ye saya gigih buat flatlay masani sebab nak bagi semangat suruh study)
3. LAW016 - INTRODUCTION TO MALAYSIAN SYSTEM OF GOVERNMENT AND POLITICS
> Haaa, masuk subjek yang ni dah ke arah lain pulak. Dalam subjek ni, belajar mostly tentang Malaysian government and the history. Ye, belajar balik pasal cobbold, japanese colonisation semua tu. Cuma dalam english je :) So, dah boleh revision balik sejarah masa form 4, form 5 tu ye huhu. Tapi jangan nak acah power sangat, masa sekolah belajar dalam bm, dalam asasi belajar dalam english. So, it may take time a little bit for you to be comfortable with the terms. You will also learn the composition, functions, how they enact a law, the composition of courts in Malaysia, fundamental liberties in Malaysia and etc. Boleh dikatakan hardness level of this subject is 3.5/5. Sebab banyak benda kena hafal dan FAHAM. Kena banyak buat notes dan latihan sebab soalan exam dia, makin lama makin susah dan KBAT. Sebelum kelas, kalau boleh baca dulu, kalau tak, kau memang akan menganga kat situ tak faham hahahahha. For this subject, I got Sir Ikhbal. He was a very nice lecturer and I looked forward on having him again on the second semester, but he pursued his study in doctorate so yeah byebye sir ikhbal lol
**Untuk LAW016, diwajibkan beli buku Federal Constitution dan ada lagi satu buku, digalakkan untuk beli: Malaysian Legal System. Tapi kalau tak beli pun takpe. Lecture notes, Federal Constitution and your own notes are sufficient enough.

(ye, gigih jugak)

(last last, dah malas)
4. CSC134 - COMPUTERS & INFORMATION PROCESSING
> Subjek ni siapa ambik ICT masa sekolah dulu, sangat untung sebab basically korang belajar balik subjek ICT tu. Kita belajar pasal computer, inside and out. Theoretically. Dan ada project assignment ye untuk subjek ni. Kalau macam amni, amni kena buat educational gaming application. Basically, untuk excel subject ni, baca lecture notes, datang kelas, dengar lecturer ajar, jangan tidur walaupun subjek ni 3 credit hours je.
**Untuk CSC134, ada manual book yang diwajibkan beli sebab dalam tu ada assesment dan weekly task untuk tutorial. Dan ada lagi satu buku, macam textbook, tak wajib beli. Agak mahal dalam RM70 sebab kualiti kertas yang digunakan dan agak tebal. Tapi, nanti cari je senior, mesti ada yang nak letgo murah nanti :)

5. ELC080 - ENGLISH FOR FOUNDATION STUDIES I
> Kalau ada code ELC kat depan tu, maknanya subjek tu subjek English Language. ELC080 lebih menekankan kepada persediaan untuk MUET. Lecturer akan guide macam mana nak excel dalam MUET, how the flow is going to be, the format, how to answer the questions and etc. I'm not sure if this upcoming batch ada final exam untuk subjek ni atau tak sebab dengar cerita ELC exams for part 1 students have been abolished. Sebab masa batch amni, exam elc masih ada dan nak menangis ye jawab paper tu huhu
**Untuk ELC080, akan ada satu buku wajib beli. Dalam buku ni, akan tunjuk format soalan, contoh jawapan and etc. So, senang untuk MUET nanti, boleh refer buku tu untuk persediaan :)

6. ELC091 - CRITICAL READING AND REASONING FOR FOUNDATION STUDIES
> Subjek ni antara subjek English yang agak tough bagi amni sebab ada banyak elemen kena faham. Dalam subjek ni, korang akan belajar macam mana nak identify articles. Nama pun critical reading kan, jadi memang kerja korang, reading je dalam kelas ni hahahahah no jkjk but seriously, you will meet fallacy, claim, evidence and etc. And you will definitely don't want to meet them again lol. But this subject is crucial because you will learn how to read articles in detail and more precisely identify either the articles that you found are reliable or not, can be used or not, is it a bad or good article and etc. In this subject too, you are going to have fun by participating in Forum/Forbate which is very fun and you will get to know more practically on this subject as you have to find reliable sources to support your speech.
**Untuk ELC091, ada satu buku yang wajib beli juga. Nipis je buku tu. Akan digunakan untuk get to know better on those things i've mentioned above.

7. CTU085 - TASAWWUR ISLAM
> Here we go! The last subject of this semester, CTU085. The only subject that uses Malay as the main language. Dalam subjek ni, seperti yang tertera diatas, ye anda belajar tasawwur islam ye. Tapi, jangan ambil ringan subjek ni walaupun 2 credit hours je. Ini soal dunia dan akhirat ni hahahahha takkan nak jawab exam guna iman je. Kalau iman setebal kamus takpe jugak, ini iman lagi nipis daripada kulit bawang, tak pasal pasal guna mazhab sendiri jawab exam. Korang akan belajar tentang maqasid syariah, pemakaian dalam islam, hukum hakam semua lah. Jadi, penting ni untuk dunia dan akhirat jugak huhuhu. Lepastu, untuk part 1, ada task hafazan dan tilawah dimana kena hafal surah Al-Mulk ayat 1-15, kemudian tilawah daripada ayat 16-30 dan akan diuji pengajaran ayat serta tajwid dalam surah Al-Mulk. So, good luck!
**Untuk CTU085, kena beli buku Tasawwur Islam, buku dia warna coklat. Tak silap beli semester lepas, RM30 rasanya. Buku ni senang sebab kebanyakan lecturer akan guna buku dan slides, ada yang guna buku sahaja. Lagipun, buku ni complete, tak perlu refer lecture notes pun takpe dah. Buku je insyaallah dapat membantu.
So, inilah subjek yang korang akan belajar kalau pursue asasi law kat sini. Quite a number of subjects, but it will be an interesting ride. Part 1 boleh dikatakan tak se-stress part 2 tapi tak boleh main main jugak. Nak dean list ke taknak? ._. Masa part 1 boleh dikatakan masih boleh leisure lagi sebab dari segi masa memang banyak dan tak pack. How to leisure in style? Amni akan share dalam next entry on How To Survive in ASiD 101 okayyy?
Main, main jugak. Tapi, jangan lupakan pelajaran. Menyesal tak belajar betul betul masa part 1, so tak dapat dean list huhuhu well sokay, we'll strive for this semester!
So, that's all for this entry! This entry will be a series whereby I will share with you guys what's so fun in Dengkil, the subjects in Part 2, the struggles and etc. Stay tuned! Bye, wassalam.
So, inilah subjek yang korang akan belajar kalau pursue asasi law kat sini. Quite a number of subjects, but it will be an interesting ride. Part 1 boleh dikatakan tak se-stress part 2 tapi tak boleh main main jugak. Nak dean list ke taknak? ._. Masa part 1 boleh dikatakan masih boleh leisure lagi sebab dari segi masa memang banyak dan tak pack. How to leisure in style? Amni akan share dalam next entry on How To Survive in ASiD 101 okayyy?
Main, main jugak. Tapi, jangan lupakan pelajaran. Menyesal tak belajar betul betul masa part 1, so tak dapat dean list huhuhu well sokay, we'll strive for this semester!
So, that's all for this entry! This entry will be a series whereby I will share with you guys what's so fun in Dengkil, the subjects in Part 2, the struggles and etc. Stay tuned! Bye, wassalam.