June 08, 2015

these kind of situation does happen sometimes (chores edition)

by , in



"okay, balik rumah nak buat apa?" asked mama (sebelum tu dah buat skrip dulu kena jawab apa)
"tengok tvvvvvvv" answered the 3 siblings while laughing
"emmm pepandai korang lah. balik rumah sidai kain, kemas bilik vada vada vada... (the vada thingy meant other chores)" said mama

mama just kept quiet and me as the oldest sibling thought of new strategy.

"haaa, korang tolong sidai kain eh." said the gila kuasa sister
"alah, kakyang pun kena lah sekali! (kakyang is panggilan for me as a kakak)" answered the little boys
"yelah, kita sidai sekali. the more the merrier okay sayang sekalian (part ni tipu je sebab sepatutnya digantikan dengan adegan membelasah adik adik yang tak elok dibaca umum)" answered the sister


setibanya di rumah, the first thing kami buat ialah berebut siapa dapat masuk rumah dulu nak escape daripada buat kerja rumah (tak patut dicontohi lagi). sorang masuk bilik air kononnya dah tak tahan nak buang hajat, ada yang bebuat bukak tv nak tengok bola (penting katanya) walaupun sebenarnya masa tu bukan musim piala fa, premium league whatsoever tetap nak jadikan bola alasan. ada jugak yang masuk bilik bukak aircond kunci bilik lepastu marah adik adik sebab taknak sidai kain (ehem whos that). so yang rajinnya siapa? adik yang paling kecik paling comot paling the hyper tolong panggilkan abang kakak sidaikan kain ahhahahahhaa patut malu lah beb dengan 4 year-old girl pun kenal penyidai kain tau.


so, bermulalah sesi tarik tali yang diketuai oleh si gila kuasa vs adik adik bibik

me --> second son --> third son --> me --> second (ulang sampai kena jerit dengan mama)

selalunya, si gila kuasa ni lah dapat escape awal. dengan alasan nak kemas bilik and so on padahal bilik dah terkemas rapi siap bau penyembur dettol lagi. so the pemalas that girl tho. duduk bilik layan peminat bunian so the funny lol *insert emoji yang bersesuaian* 


jadi, the gila kuasa susunkan kain sesiap. yang baju besar kat bawah. baju kecik kecik cecomel semua kat atas. lepastu usap adekz adekz sambil beribu kali puji siap bagi ugutan taknak belikan cekelat pergh punya pedajal si gila kuasa ni kena kasi babab kot baru sedar (itupun kalau rasa, kalau dah lari dulu?)


jadi, dengan perasaan penuh dendam kat gila kuasa ni, si adekz heretlah bakul kain tu. and then, another thing happens bila si second son ni pergi ugut yang third son suruh sidai dulu (amboi dah turun saka kat ko ke?!). yang third son ni pulak sangat lurus dan hanya mengikut perintah (baik dia ni sila ambik dia jadi menantu) jadi sidai punya sidai, dalam kiraan 1 2 3 (si gila kuasa boleh predict), bermulalah tarik tali part two jyeahh antara second and third son. jadi si gila kuasa bajet supergirl pergilah jenguk lepastu bebel kenapa tak buat kerja (ibaratkan si gila kuasa ni dengan puan rika ibunya si bawang merah)


part si gila kuasa ni baru nak menyelit masuk ni, okay ni part peleraian. si gila kuasa ni ikut mood kalau rasa kain tu bestie, tak sampai 5 minit dah siap sidai. kalau mood swing, em agaknya dah habis playlist 5 lagu pun tak habis jugak sebakul. lepastu kena marah dengan mama. best. padan muka rika eh si gila kuasa.

end up, semua buat kerja. semua masuk bilik buat hal memasing. bila lapar, masuk dapur cari cikedis. itupun kalau lapar lah. kalau takde pape, maka si adekz mengadu lapar kat mama. dan mama akan transfer ayat perintah ke si gila kuasa. kemudian, si gila kuasa transferkan ayat perintah kat adekz adekz dengan alasan "alah, nanti dah besar senang nak urus diri. pandai masak, kenal dapur. baru senang hidup" amboi senang idop ko si gila kuasa


so in conclusion, si gila kuasa ni bukannya niat nak mendera budak bawah umur. tapi, nak terapkan nilai pandai hidup tu dalam diri memasing. si gila kuasa ni pun belajar dari bawah umur lagi. lagilah meraung taknak buat kerja rumah sampai kena hambat bhahahah. mungkin masa kecil, tak faham lagi. nanti bila dah besar, dah pandai fikir, mereka tau lah kenapa mereka 'diderakan' sebegitu rupa. it's for their own sake of course. kalau the gila kuasa takde kat rumah nak tolong buat semua tu, atleast she has backups. ada lah spare part yang sedikit sebanyak boleh tolong. 

if kami takde, agaknya siapa nak tolong mama abah buat kerja rumah? (ayat takbur)


(maid) 
(mohon maid macam ni) (demand)





*the fangirling moment*







// Wassalam


June 02, 2015

Chu chu chuti

by , in


Hai, assalamualaikum. heyyyayaaaaa!

buat apa tu? haa awak lah yang pakai baju biru tengah makan kerepek pisang depan laptop sambil layan movie. buat apa tewwww?

cuti baru 4 hari dan saya dah rasa keboringan duduk kat rumah. hewhew. kenapa masa cuti takde rasa nak tido sepanjang hari tapi masa sekolah ya allah kalau ada subjek tidur dalam kelas, sebelum cikgu masuk saya dah dengkur dulu. punyalah teghok perangai ish ish ish

oh sebelum tu, salam nisfu syaaban :) pejam celik pejam celik dah syaaban lepastu ramadhan ahhh cant wait nak pergi bazar ramadhan pastu nak terawih pastu nak makan ayam percik nak semua wahhhhh *imagining foods*

dah nak pukul 12 tengah malam and im still here online macam orang takde homework kan. eh awak yang tengah tengok kdrama tu, pergi buat homework! shuh shuh eh macam halau ayam. 6 essays and im still working on the first line wahh penat tau penat dah 3 hari tak pegang pen eish melampau tau. amboi tak pegang pen 3 hari macam dah tak pegang pen 3 tahun kesiankan lah saya ni. jom kita berhuhu.


jadi, cuti cuti ni korang pergi mana? kalau awak sekadar duduk rumah, layan diri sendiri sambil tawaf rumah sampai dapat haji dua kali, takpayah high five sebab saya balik kampung esok hewhewhew eh melampau gelak hiuhiuhiu okay siapa balik kampung kita high five *pang* i dont know why tapi balik kampung is one of my most favourite place to go. padahal balik kampung je der. tak jauh pun. kalau balik kampung, benda yg korang akan jumpa semestinya eip salah bukan nenek korang tapi pintu gerbang. kampung sekarang vogue tau kampung ada pintu gerbang. rasa macam raja masuk nak melawat rakyat jelata (buat lambai tangan pwincess) tapi taktau lah kalau korang punya kampung takde pintu gerbang, jadi benda pertama yg korang akan jumpa semestinya eip bukan ayam tapi rumah kampung korang lah eh ehhh. eh lawak lah weh.




(kes rindu nak selfie kat cermin besauuuu ni)


so, kampung korang macam mana? sihat? kampung saya sihat je, bila dia dengar saya nak balik terus lagi sihat walafiat sekarang amboi ko kampung pantang dengar nama aku ye rindu letewwww. cuti ni saya balik kelantan, one of my favourite negeri nak pergi. taktau kenapa. mungkin sebab kat situ keja melantak je kot. perut jugak yang happy kan. kalau korang tak pernah travel pantai timur, youre definitely missing it out! pergilah travel bahagian pantai timur, serious best! nak ajak saya jadi tourist guide pun boleh. tapi syarat syarat dia haruslah badan badan sado dan muka hensem ala ala kim woo bin amboi demand sepak kang!


kalau balik kelantan, tempat favourite family saya (dan saya!) adalah pergi makan kat kedai kraftangan or we called it as Kedai Cikgu. lokasi Kota Bharu. kalau pergi kelantan, tak singgah situ, memang tak lengkap lagi journey korang ke kelantan tau tau tau. mama dengan abah siap dah plan bila nak makan situ --- masa datang, hari kedua, hari ketiga, hari keempat sampailah hari nak balik hamek kau tak overdose makan tempoyak dengan ikan keli besauu dia tu? murah pun murah tau. for big portions like us, the price is quite affordable. malas lah nak taip pepanjang pasal kedai ni kang jadi satu karangan penuh aje kat sini baik saya sambung buat esei bm.


bila balik kampung ni taktau lah kenapa. the spirit of calmness tiba tiba datang. rasa tenang je. bukan nak cakap duduk rumah tak tenang, tenang jugak takde kes lagi lah setakat ni dalam rumah. kes buli budak bawah umur tu dah jadi tipikal kes jadi parents malas nak jadi lawyer nak backup sape sape. bila duduk kampung ni, rasa best dia lenmacemmm. bila dapat jumpa cousins yang boleh kira dengan jari berapa kali jumpa. terus otak semua bukan masuk air dah, dah meluak luak air sampai bocor. cousins are actually our bestfriends sejak kita kecik. our first bestfriend. lepak luar rumah main badminton tetengah malam lepastu bajet cakap loghat sana tau aish. bajetttttttt.


sebenarnya, kampung saya nak dikatakan kampung pun ye, bandar pun ye. macam kampung dalam bandar. setakat nak merempit dalam kampung takde lesen apedehal small the pieces lah hewhewhew. bila boring duduk rumah sebab parents taknak bawak pergi pasar (sebab tau anak dia demand memacam), maka bermulalah misi mencari ruang untuk mengisi kebosanan yang melanda dalam diri wah ayat kelas tau! pusing pusing jalan jalan sampai tangan lenguh, kaki kebas tekan brek. padan muka.


cant wait! marilah kita sesiap packing barang dan kemas bilik sebelum madam besar mula bersuara. thats all for this entry! jari dah start kebas taip bebanyak. huhu.


// Wassalam




May 12, 2015

#MyPerakStory Pt. II ; Class and friends!

by , in


assalamualaikum. hai :)

sementara tengah take five study (tengah minggu exam wish me luck!), internet pun tengah laju malam malam macam ni. bertemankan buku bm yang tak bersentuh kesian. 

macam entry sebelum ni, saya ada cakap saya susah nak dapat kawan baru. tapi, alhamdulillah nak masuk bulan 5, kawan kawan dah ramai, suka sangat. tak expect boleh ada ramai kawan macam tu sebab kat sekolah lama ramai cina, jadi selalunya memang duk lah bergaul dengan dak dak cina putih mata sepet (tapi ada yang mata bulat comel). jadi, bila masuk sekolah yang mostly melayu, rasa macam awkward sikit lah nak buat kawan. saya jenis dah sekelas dengan kawan yang semestinya akan sama kelas dengan saya tahun depannya, jadi nak nak buat kawan baru ni is one of my weakness. tapi, kat sini bila dah lama lama, kawan kawan semua really easy-going and happy go-lucky. best!


okay, sekarang ni saya nak cerita pasal my first thought of entering new class and how did i reacted to my new friends. pergh tajuk dah macam nak buat rumusan. satu tersirat ada dalam petikan, satu lagi fikir sendiri ye. pastikan kata kerja pertama ditukar, k? eh dah lari k kita rewind balik. aish tak fokus.


betul betul hari pertama saya jejakkan kaki kat kelas 4sn3, saya dah niat nak cop meja depan dulu, kalau boleh tepi sekali dekat dengan pintu. baru boleh plan elok elok nak tidur masa cikgu mengajar (awal awal masuk dah ada niat buruk eish), nak usha senior senior kat situ eish niat buruk lagi. jadi penghantar info bila cikgu datang (ini niat baik). sebab selama ni, hidup memang kat kelas kalau tak duduk tengah, belakang macam dah ada magnet tarik saya suruh duduk kat situ. 3 tahun pengalaman, nak jugak merasa duduk depan. kot boleh dapat title budak nerd (betulkan spek). manalah tahu kannnnnnnn. manusia hati lain lain, perspektif lain lain hewhew ee rasa nak tampar diri sendiri


okay, dah dapat cop tempat yang dah aim. dan, pada masa tu jugak, saya dapat kawan baru. my new classmate/deskmate/crazy-mate. rupanya dia pun budak baru jugak. cuma dia memang duduk area situ. dah duduk duduk, salam tanya nama semua. lepastu masing masing senyap. habistu nak tanya apa. masa tu pun dok pikir "nak guna aku kau ke, nak guna kita awak ni alamak acane ni kang guna aku kau macam gangster pulak kennn" jadi in the end, suasana awkward conquer sekeliling kami. 

bila cikgu masuk, macam biasa lah. tanya siapa budak baru semua lah kan. obviously saya orang first kena bangun. sape suruh duduk tepi sekali. dekat dengan pintu pulak tu. lagi lagi meja saya belah kanan (kalau dari mata cikgu lah), jadi maybe cikgu rasa afdhal lah kot kalau mula dari kanan heh.
saya pun cakaplah nama, dari mana, sekolah mana dulu. bila dah pusing satu kelas semua budak baru dah kenalkan diri memasing, tetiba rasa jakun datang sebab rasa macam saya sorang je yang merantau jauh kat situ hahahaha. jauh bebeno dari jb ke perak. yang lain semua dari area yang sama, cuma tukar sekolah je. 


jadi, hari persekolahan macam biasa pun berjalan dengan emmmm lancar lah jugak. pada hari yang sama jugak, dapat kawan baru lagi yesss! jiran belakang dapat 2 orang. dua dua sempoi, suka suka! perangai pulak ya allah macam kawan kawan saya kat johor. lebih kurang je. tetiba rasa rindu ni eish (telepati siap siap). jadi, easy-going dalam diri tu terus terserlah. terus jadi macam click kat situ, jadi geng pulak. saya sebenarnya macam berazam masuk sekolah baru ni nak kawan dengan semua orang sebab kat sekolah lama tak dapat experience benda macam ni. asyik kawan dalam kelompok yang sama je. jadi, tak kisah siapa tegur ke, awak siapa ke, awak gangster ke awak anak pengetua ke, saya kawan je :) 


jadi, buat masa seminggu ni, ada lah teman. alhamdulillah. cuma for the first month ni, entahlah hormon terlebih ke apa ke emotional je kerja. dalam sebulan tu, berapa banyak kali menangis aduh rosak imej gangster keluar dah dalam hati ada taman. bila tanya kenapa, kena buli ke. taklah. rindu johor (ah dah emosi dah ni em). terus orang yang tanya macam emmmmmmmmmmm macam nak bagi kaki. 

--------------------------------------------------

but, so far so good. dah 5 bulan dah saya kat sekolah ni. kelas pun dah bersilih ganti. dari 4sn3 fuuuuunngg lompat 4sn1. tak sampai 2 bulan lebih saya dalam 4sn3, saya kena ganti kelas. tak sempat nak ramah mesra dengan kawan kawan pun lagi. tak sempat nak bertepuk tampar gedebush lagi. tapi, duduk 4sn1 ni ada jugak bestnya. kawan kawan lagi happening dan sempoi sangat! memang suka orang sempoi sempoi ni. pandai pandai pun, humble jugak diorang. jeles tengok kalau cikgu bagi soalan addmath, esok diorang dah siap, saya yang masih terkial nak mencari f(x). 

sekarang, kepala masing masing ting-tong. rasa macam dah kenal lama. lain rupanya first impression dengan realiti. at first, saya ingatkan budak 4sn1 ni senyap, jenis study 24/7 dan (perkataan yang sewaktu dengannya). rupanya, hm mereka masih dalam golongan manusia yang sama macam kita eh. cuma level otak diorang lebih pandai daripada saya je eheheheh.

i think that's all for part 2! insyaallah, nanti saya sambung #MyPerakStory part 3 pulak ye, maybe saya akan bagi tips ke (hint tu hint tu). leave your comments below and see you guys in my next entry! 



Wassalam.