September 18, 2014

#Tips: Nak jadi pandai (last minute punya usaha)

by , in
Assalamualaikum & salam sejahtera!


Apabila berubah segala sistem pelajaran, mulalah semua pelajar dah pening. Semua macam nak terjun bangunan 808 tingkat (tipu jangan nampak sangat bro) . Termasuk lah yang menulis ni tapi tak termasuk dalam golongan yang nak terjun bangunan tu ye. Heip. Nehi nehi.

Dengan berbakikan hanya kurang daripada sebulan nak masuk dewan peperiksaan, nampak macam tak ready je ayoyoyo macam mana ni. Siap boleh berzumba pergi holiday lagi. Apeni apeni. Hm actually aku ni bersedia ke tak nak exam? Macam ye, macam tak. Belum exam lagi dah macam macam plan dalam kepala. Nak pergi itu lah, ini lah. Hei, exam dulu lah!

Dia punya nervous tu memang ada. Membohong membongak sangatlah kalau tak nebes. Dahlah first batch PT3, first time pakai baju sekolah biasa masa exam (sebab masa UPSR dulu pengawas). So, nervous itu memang ada. Kengkadang duduk tepi katil sambil kuis selimut sebab nak muhasabah diri;

“Okay lepas habis exam terus nak suruh Lee Min Ho masuk meminang”

Haa tengok jauh tak hiperbola dengan realiti? Sangat uollss.

---------------------------------------------------

Tujuan nak update ni sebenarnya dah jauh sangat dah. Nak bagi tips tips nak belajar kasi masuk otak tanpa dapat keluar dengan selesanya (kita kasi kunci itu ilmu yess!) Kat atas tu pendahuluan atau selalunya dalam komsas --- permulaan. Jom kita masuk klimaks! (gelojoh)


1 ; “Hey! Sleep now.”

-          // Benda ni memang (ulang lapan kali kuasa dua) patut diterapkan. Tidur awal. Lepas azan isyak, terus ambil wuduk, solat, pap pap pap sebelum pukul 10 dah boleh tidur (sebelum 11 kalau tuisyen). Bila kita tidur dengan cukup, esok pagi badan kita akan rasa segar dan kita rasa badan kita dah berehat dengan secukupnya. InsyaAllah. ---  Kadang kadang, tak payah tunggu alarm bunyi, kita yang kejut alarm tu suruh bunyi cepat sikit. Secara automatiknya, bila kita kat sekolah, takdelah baru masa kedua dah menguap. Tapi, bila loceng rehat, amboi segar bagaikan juara! Haa! Sikit tips lagi, sebaik saja bangun tidur, buat regangan untuk melancarkan sistem peredaran darah nanti takdelah fius otak kiokk tiba tiba. 

2; Mengabadikan hirupan nafas pagi sambil mentelaah ilmu.

-          // Amboi tajuk nak bombastik. Cara untuk menghafal insyaAllah paling efektif! Bila menghafal pada waktu pagi, otak kita senang untuk menerima maklumat sebab otak kita tak ditaksub dengan benda lain lagi melainkan kalau kau layan Running Man pepagi subuh lah kan. Otak kita lebih segar, senang untuk memproses dan menghadam segala ilmu yang dibaca. Kasi kenyang itu otak, sebelum kasi kenyang itu perut. Tambahan, lagi bagus kalau dapat study pagi pagi kat laman ke, kat luar lah maksudnya. Sedut udara pagi pun bagus :D Tutup segala gangguan hiburan, perkara perkara yang lagha, hayati alam sekitar.


3; Take 5!

-          // Benda ini penting. Bila dah sesedap study sampai tak ingat mak panggil suruh sidai kain, adik panggil suruh bukakkan sos tomato. Rehat. Otak kita pun perlukan rehat. Bila dah banyak sangat ilmu masuk, otak jadi penat. Tak lama, atleast 10-20 minit. Masa ni, pergilah sidai kain, tengok drama korea kejap, selesaikan apa yang patut. Lepas tu, masuklah study balik. Jangan lupa, kemas dulu segala keserabutan belajar supaya takdelah rasa menyampah tengok buku tu. Kesian dia (kesat air mata buku)

4; Healthy food means healthy body!

-          // Jangan ambil benda ni remeh temeh macam ‘alah lek ah kitew makan choki choki/chikedis/super ring jeww’. Mereka tak bersalah ye.  Jangan jangan amalkan makan snek masa study. It’s really really bad! Lagi lagi snek yang kurang kandungan khasiatnya (bahasa sopan) senang cerita jajan lah k jajan. Bila kita belajar (tiada pendirian tukar perkataan), galakkan diri untuk makan buah-buahan seperti epal (dip in peanut butter), tembikai (makan jangan sampai menjejes jusnya) atau buahan western yang lain atau paling best; kismis (sedap!). Buahan berfungsi sebagai fiber dan vitamin untuk dijajahkan dalam badan kita supaya dapat meneutralkan asid badan. Sayuran pun termasuk dalam geng buahan ni. Kalau dapat buat fruit salad masa take 5 (diatas) tadi, rasa macam study kat Melbourne bertemankan orange juice dan bunyi burung berkicauan. 

5; Jamming while studying (can ah?)

// Bila kita belajar, alahai rasa bosannya. Rasa 'apakes aku study tapi rasa macam hidup ini tiada makna sobs' , 'kenapa rasa macam study dalam penjara *gema*' , 'tadi kata macam study kat Melbourne' okay berhenti. My recommendation is dengar lagu lagu balada (jangan judge sobs) bila tengah belajar. Contohnya ; Yiruma (the best evah!) , Brian McKnight atau instrumental sentimental drama korea paling easy! Alah yang korang dengar boleh banjir bilik. Irama macam ini membuatkan kita rasa sedapnya belajar macam nak makan buku. Buat kita rasa relax, tak stres, rasa besssttt je belajar. I've tried it! How about you?

6; Nota-nota cinta bak pujangga 

// Kata nak pandai. Pelajar yang cemerlang ialah yang membuat nota ringkas so korang tak payah bawa buku 100 paun masa hari peperiksaan. The ringan, the better! Tak perlu banyak banyak sangat sampai sama panjang dengan resit shopping barang. Cukuplah ambil memo pad atau buku nota yang comel comel, yang lawa lawa, buat nota contohnya nota ringkas Sejarah (dendam) , setiap muka surat buat peta minda guna pen warna-warni bak pelangi, buat nota contohnya tentang pembentukan Malaysia, tulis. Pasal geng geng Brooke? Tulis. Pasal macam mana nak pikat abang pengawas kacak? Itu tak payah tulis. Nota yang berwarna-warni dapat merangsang otak untuk bekerja dengan lebih cerdas kerana warna memainkan peranan dalam sistem otak kita. Kita pun senang ingat. Jadi, apa salahnya terapkan warna dalam otak? Barulah otak tak ketinggalan ke zaman paleolitik. 


(amboi lawanya awak *tahan nafsu*)

7; Allah first!

// Last but not least, Allah. Saja letak kat tips paling last bagi deep sikit. Apa guna kalau kita dah usaha, tapi lupa Allah? Nauzubillah. Lupakah kita yang semua kejayaan, semua kepandaian, hanyalah pinjaman semata-mata? Allah bagi itu semua untuk kita gunakan semasa membuat amalan. Kita kan bijak. Rajinkanlah diri bangun awal pagi sebelum subuh (pesan kat diri sendiri), buat solat sunat tahajud bonus solat hajat sekali. Bacalah Al-Quran walau satu ayat satu hari. Tapi, takkanlah kita sibuk sangat kan? Setakat bangun, makan, tidur itu saja lah kerjanya. ----- Kadang rasa stres ya allah rasa nak rendam diri dalam laut cina selatan, rilex beb rilex. Al-Quran lah penawarnya. Bila baca kalamullah ini, secara automatik, hati rasa tenang, hidup rasa senang. InsyaAllah :) --- Tetapkan dalam diri 'aku nak berjaya kerana Allah' 'aku buat semua kerana Allah' 'aku mencari ilmu kerana Allah' 





Benda benda ini pun sebenarnya bagaikan mencucuk jarum di hatiku yang luluh ini. Iyalah, tips tips ini bukan aku buat selalu pun. Ya allah! Dia suruh orang buat, yang dia? Duk tepi tingkap sambil tunggu idol datang sambut. Astaghfirullah. InsyaAllah benda ini dipraktikkan. Lagi lagi dah nak dekat sangat exam ni. Eloklah bila ada last-minute schedule ni, boleh membantu. Tak guna buat jadual bila dah study gajah ini (nangis).

Good luck to all candidates! Fighting! 
(termasuk yang kena repeat UPSR daripada kakakmu yang tak sedar nak PT3. Bersabar ye korang.)

Wassalam.

June 26, 2014

RANDOM: Cerita Seram

by , in
DISCLAIMER: ENTRI INI MENGGUNAKAN PERKATAAN AKU. JANGAN TERSEDAK COCO CRUNCH. K THANKS.


Hello assalamualaikum! How's you guys doing? 
Okayyyyyyy. PT3 PT3. Yes, aku akan menduduki PT3. Dengar macam scary gila kan?
Memang pun.
Semalam, dengar taklimat kerja kursus sejarah untuk PT3. Which means kiteorang takde peperiksaan bertulis untuk Sejarah andddd also Geografi. Okay. Itu sebenarnya cukup lega tapi tak sepenuhnya.
So, as this entry is just so random, aku just nak share cerita seram *krik krik*


Konghajo amni ni konghajo

Okay babab amni ni. Biasa dia. Okay. So inilah yang bakal aku hadapi. 15 Oktober ini insyAllah. Tak sangka. Dah form 3 rupanya budak ni. Dulu tengok alahai kecik besor kecik besor je. Sekarang? Makin besar ada lah. Hahaha.

Alhamdulillah, makin besar ni insyaAllah makin pandai fikir. Fikir elok elok amni. Jangan ingat nak kahwin je eish. Sebenarnya taip entri ni pun menggigil satu badan. Apatah lagi nak buat nanti. Hm hm hm.

Doakan yang terbaik. InsyAllah. Fighting!

Insyaallah next entry will be some TIPS! Yey!

Bye! Wassalam.

Photobucket
June 20, 2014

Ehem, who is back?

by , in
Well, assalamualaikum w.b.t and hello!
Fuhh *lap peluh kat dahi*. Macam biskut kan amni ni? Kejap ada kejap takde. Eish. Ini kalau blog ada kedatangan, sesungguhnya aku lah yang paling low sekali sampai sipi sipi entah nampak tak nampak je. 

Kesian.

So, how's you guys doing? Great? Good! Me? Great! 

It's been such a long time since I've stopped blogging. Maybe 1 and a half years? Sangat sangat lama. Actually, aku ini jangankan blog, laptop pun sipi sipi je usha. Jadi, di kesempatan yang ada ini, yes I've done a lot of works *lompat bintang* , and I miss blogging so so so sooo much *kiss laptop* (eh kotor lap balik) , so I decided to blogging again. I'm here right now.

As you can see, banyak perubahan dalam blog ni kan? From feminine, girly to vintage and matured. Yes, i'm totally in love with this concept! Totally! Aku sebenarnya eh dah tak berapa berkenan dengan pink. Sorry pink, awak bukan milik saya lagi. Tapi, saya suka aiskrim strawberi (tetibe). 

In this new concept, new 'blog', new, fresh start, aku berhasrat nak isi blog ini dengan information yang lebih ada point not pointless. Repeat, pointless. Sebelum ini, entry aku semua macam merepek meraban (tumbuk diri sendiri), jadi sempena aku dah berumur 15 tahun ni, ye aku 15. Jangan cakap lebih. Malu tau. Okay lari topik. Aku decided nak buat some entries about teenagers, some tips and others. Oh ya, sejak dua menjak ni aku sangat sangat sangat berminat dengan fashion styles. Aku taktau kenapa. Tapi, jadi suka sangat. Bukan design, tapi styling. Maybe, in next entry, aku boleh kongsi tips about fashion? (yeyy)

Even aku baru 15 tahun, tapi aku rasa, aku sudah cukup yakin untuk kongsi pasal lifestyle teenagers, some tips more to teenagers. Den tak mampu ah nak menulis pasal tips nak cari jodoh, cara cara nak jadi ibu mithali. Den mohon ampunnnn.

Okay, jadi mana aku selama ni? Pergi bulan? Pergi buat poket macam doraemon? Oh sungguh menipu. Sebenarnya, aku sangat sangat malas (satu), tak sempat (dua), sibuk (tiga) dan tak mampu nak ambil berat pasal blog macam sebelum ni (empat), kesian blog. Berhabuk dia. Ini pun, masa format balik template semua nak tukar 100% theme blog, fuhhh sungguh mencabarkan! First tengok balik codings, otak blank. Tak boleh fikir apa apa. Hanya mampu bebel sorang sorang, nasib baik tak mencarut (syukur). Lepas tu, tengok balik codings blog sebelum, okay, boleh sikit sikit sampailah jadi sebegitu rupa ye. Takdelah secantik blog dulu, tapi I need a fresh, simple blog. Taknaklah serabut sangat. Warna pun lembut je. Hihi.

Sampai disini sahajalah mukadimah aku yang tak seberapa. Harap maaf atas segala salah silap, maaf atas pengunaan AKU di entri ini :) Insyallah in my next entry, I will try to change it to more appropriate language. Fighting! Wassalam. Bye!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Photobucket