Showing posts with label new year. Show all posts
Showing posts with label new year. Show all posts
January 04, 2017

OKU Parking

by , in



So, I went to the bank this morning and as a typical Malaysian, baru nak tukar kad bank well tak Malaysian lah kalau tak tukar kad bank lambat apeni. eventually, ramai jugak yang baru nak tukar kad bank jugak. tahun lepas orang suruh tukar taknak tukar, dah 2017 baru nak tukar. apeni apeni hahahaha.Okay, cerita dia bukanlah pasal kad bank yang baru nak tukar ni, tapi serious talk, lawa nak mampus kad yang baru ni. aku rasa nak patah dua kad yang lama yang dah calar seribu ni. okay tak tipu je. tapi serious lawaaaaa. rasa nak pergi atm hari hari semata mata nak guna kad baru tu padahal duit dalam tu entah ada entah tidak :b
So, aku pun dari traffic light, buatlah u-turn sebab bank kat seberang sana. Masuk simpang, cari parking. Disebabkan masa tu bank belum bukak, so orang takdelah ramai sangat but still there are some people queueing kat luar bank tu. aku pun hmm menonong cari parking. Nak parking jauh, malas nak berjalan. jadi, carilah parking yang jarak dia hanyalah sekangkang kera dengan bank. aku still pelik kenapa guna sekangkang kera. kenapa tak guna sekangkang harimau ke, itik ke, kura-kura ke. adakah kangkangan mereka berbeza dan tak sama seperti kera yang menyebabkan syarat kangkangan mereka untuk dijadikan peribahasa tak menepati syariat? dan hanya kangkangan kera sahaja yang valid dan pass semua ujian untuk dijadikan peribahasa? aku rasa aku kena tanya balik cikgu bm aku lolJadi, aku dah jumpa parking. Lepastu aku pelik, kenapa takde orang parking kat sini. disebabkan instinct kepositifan aku ni. aku pun, "Orang baru keluar kot. alah, parking je lah, rezeki parking"

Jadi, dengan bersenang lenang mak nenek dia, nak tunjuk power lah tu kononnya reti side parking. Pakcik kat luar pun pandang je dengan muka "Dia ni reti side parking ke tidak ni? Let's see..." Ceh pepandai let's see tau. Okay, dengan kepoweran dan keangkuhan meng-side parking, aku berjaya masuk hek eleh senang je side parking. Riak riak. 

Aku pun bersenang lenang, keluar kereta pergi lah beratur. Takdelah ramai sangat memandangkan masatu bank belum bukak dan aku datang memang awal. 


Aku pun tengok sekeliling. pastu, yang aku perasan orang asyik duk pandang aku. aku macam,

"pehal semua orang nak pandang aku je ni."

Dengan izin Allah, Dia nak tunjuk kebenaran, aku pun pandanglah kereta aku, lepastu pandang sikit atas dia, yes sikit je.









JENG JENG JENGGGGGGG~~~

"Shit, pehal aku parking situ doeee??! Itu parking OKU lah senget. Astaghfirullah..." sambil tampar dahi tanda kebodohan diri sendiri sebab tak peka 

Niat di hati nak biarkan aje. Alah, orang lain pun ada buat jugak. Lagi satu, dah alang alang dapat beratur awal awal ni, orang pun tak ramai, dapatlah giliran awal. Tapi, fikir balik, bila orang buat kita marah, kenapa bila diri sendiri buat, biarkan aje? Tak ke aku akan jadi lebih kurang macam diorang jugak? Kurang sivik. Lepastu, kau nak dapat giliran awal sedangkan kau menyalahgunakan hak orang lain? hahahhahahaha mimpi kot. 

Jadi, aku pun tak fikir apa, tengok belakang, okay takdelah ramai sangat. pergi kat kereta, start enjin apa semua, terus pusing ke area parking kat tepi kedai. takdelah jauh mana sebenarnya, it just, typical me, malas. tau tak, malas. Just kena lintas jalan sikit je. 

Aku tak tau lah Allah nak balas ke apa, aku pergi balik beratur, okay syukur orang still macam tadi, so beratur kat tempat yang sama. still dapat giliran awal. tak sampai berapa minit, terus zuppppppp ramai gila orang datang dan beratur kat belakang. aku pun macam lega gila taktau lega kenapa. entahlah. 

So, the moral of the story, when you did something good, there will be something good in return. lepastu, peka lah dengan sekeliling jangan pekak. dan dan dan silalah tukar kad bank cepat cepat sebelum kau kena cas dan meraung kat situ sebab menyesal tak tukar awal awal. okay bye semua! wassalam.



January 03, 2012

2011 was our past , 2012 is our new journey

by , in
Sepatutnya , tahun 2011 post tapi tahun 2012 baru siap taip . Apa kess ?



Assalamualaikum dan hello semua ! Aku terlalu excited nak update entry baru sempena 2012 :) Alhamdulillah , aku masih hidup diatas muka bumi ALLAH ini . Dengan bangganya aku nak cakap yang aku dah 13 XD Anak Jeniffer Lopez dah besooooo ~ Dah boleh kahwin dahh kata mak aku . Hahaxx ~ Lama lagi mama :) Aku dah 13 tapi belum official 13 . Aku lahir bulan 2 jadi bulan depan aku 13 :D Banyak pulak bicaranya , jom kita sambung topik kita .

Hmm , tahun 2011 adalah tahun yang agak best bagi aku . Sebab aku rasa macam bahagia sangat . Macam-macam berlaku ~ Yeahh , I admit it was hard for me to tell you guys the memories because it were very very very .. ahh , I don't know how to tell you :'( Okay , I just have some short stories for you guyss okay ? 

Aku rindukan 2011 . Aku rindukan segala-galanya . Aku bakal menjejakkan kai ke alam baru iaitu Fasa Sekolah yang ketiga : Sekolah menengah :) Aku tak bersedia 100% untuk itu . Aku nak jadi childish macam dulu . Aku nak jadi bengong macam dulu . Aku nak jadi aktif macam dulu . Aku nak jadi AMNI NIZZATUL ALIA yang dulu . Aku berblogging dah 1 tahun lebih . Another 7 months is my blog's second anniversary . I admit , aku susah nak tinggalkan 2011 . Banyak sangat kenangan . Kenangan bersama boyfriend , kenangan bersama BBB , kenangan bersama skandals , kenangan bersama 2011 . Tapi , masa berjalan . Aku tak boleh patah balik masa tu . Aku menaip entri ni sambil menangis . Adakah ini satu penghijrahan bagi aku ? Aku rasa YE .






Aku tak sanggup tengok balik apa yang terjadi masa 2011 . Aku rasa malu dan rasa nak menangis bila kenang balik . Serious , ia membawa makna yang mendalam bagi aku . Ramai cakap , Muharram is our new year not 2012 . Yes , I know that . But , we just wish . Aku pun wish Selamat Menyambut Awal Muharram lebih kurang sebulan yang lepas . Janji aku wish kan ? Tahun baru aku adalah dalam diri aku iaitu azam aku . aku berazam nak jadi orang yang berguna . Tak nak main-main dah . Taknak tinggal solat dah . Aku mengaku , aku pun ada tinggal solat . Kadang-kadang , subuh pun pukul terlajak sampai pukul 8 pagi . Zohor mendongak kau pukul 4 petang . Asar tercangkung pukul  6 baru gerak solat . Maghrib bila dah kena sound baru gerak , tu pun pukul 8 malam . Isyak berjimbo sampai pukul 11 malam baru solat . Acane tu ?Itu azam aku , aku taknak berdolak-dalih dengan ALLAH lagi . Aku taknak jadi HIPOKRIT lagi . Yeaahh , tipulah kalau takde orang hipokrit kat dunia ni . Boleh dikatakan 98% manusia di muka bumi ini ialah seorang yang hipokrit . HAHA . Berceramah pulak aku ni . 


Disebabkan aku ditawarkan ke KELAS RANCANGAN KHAS (KRK) , jadi  aku berazam nak dapat straight A sepanjang aku dlm kelas krk . Aku taknak turun kelas . InsyaAllah , aku cuba sedaya upaya untuk dapat straight A . Cara untuk aku nak dapat macam ni adalah dengan kurangkan ONLINE , KELUAR , SKANDAL . Tu je . Yelah , aku ramai skandal . HAHA . 

Okay , ada lagi satu azam aku . Aku nak jadi tinggi . Aku rasa aku pendek . Even tinggi aku 163 cm , tapi aku nak upkan ke 167 pun cukuplah sebab aku rasa aku pendek dikalangan kawan-kawan aku . Walaupun , sebenarnya aku lagi tinggi daripada diorang . HAHA . 

Aku rasa tu je kot azam aku pada 2012 . Actually , banyak lagi tapi aku rasa kalau banyak-banyak tak buat juga tak guna kan ? So , I hope that you guys have a nice 2012 :) Bubye ! Wassalam :D
Photobucket