Asasi UiTM ; Kampus UiTM Dengkil [Undang-Undang] [Part I]

Assalamualaikum semua! Result SPM dah dapat, mesti terfikir fikir lagi nak sambung kat mana kan? I've been there, done that :) Baru tahu masa tu perasaan bila nak sambung belajar, taktahu nak sambung kat mana, nak sambung apa. Dulu, masa kat sekolah, beria ni ada cita cita semua lepastu dah habis sekolah, dah ambik result, sendu duduk rumah memikirkan masa depan yang akan datang hahahhahaha

But, now, I'm looking at myself, I'm grateful for where I am now. Despite wherever you are, belajar masih belajar. Tanggungjawab tu masih ada. Jangan sebab belajar kat tempat lain sikit daripada orang, jangan sebab tak dapat tempat belajar yang kita nak, terus putus asa. You can do your best, you will do your best, you will be the best!



Okay okay, sebenarnya nak share sikit pasal Asasi UiTM atau kami panggil ASiD ni. Haa, selalu baca kat twitter je kan #langitdengkil lah, #dengkilperform lah, rozman lah. Ini nak cerita ni pasal UiTM Dengkil ni. Ramai actually yang tanya memandangkan amni sekarang study kat sini dan insyaallah in two weeks time, #farewelldengkil . Sedih sebenarnya, tapi yelah dah tiba masanya kan. Nak taknak, kena ucapkan selamat tinggal jugak.





UiTM Dengkil terletak kat Dengkil, Selangor. Takdelah pedalaman sangat, dan bukanlah dalam kawasan bandar jugak. Untuk pengetahuan semua, Asasi UiTM ada empat course: Law (currently studying!), Engineering, Science & TeSL. Tapi, amni akan fokuskan lebih kepada Law, yang course lain apa yang amni tahu, amni akan share okay! Basically, bakal bakal dengkillians sekalian, korang kat sini untuk dua semester (1 tahun) atau dalam bahasa UiTM, dua part. Tak sampai setahun pun actually. Tolak cuti, study weeks, ada program sana sini, dalam 10 bulan macam tu je. Kejap je kan? Dalam 10 bulan tu, macam macam korang akan lalui. Believe me, you will love it! And you will get allowance, isn't that double the fun? Of course, it is!

Dalam course Law, ada dua kod program: PI005 (UiTM) & PI007 (KPTM). Apa beza dua ni? Nanti dalam UPU, akan keluar dua kod ni. Sebelum pilih, fikir masak masak dulu ye. Meh sini hakak nak cerita. Untuk kod PI005, student hanya boleh pursue degree di UiTM sahaja. Jadi, nanti bila dah nak habis semester 2, tak perlu isi UPU, tapi isi borang penerapan masuk UiTM which means, nama kita dah ada siap siap kat UiTM, tunggu nak masuk dan tunggu course yang layak ambil je mengikut CGPA. Berbeza pulak dengan PI007 which what I'm currently pursuing, dimana student boleh pursue degree kat mana mana IPTA seluruh Malaysia termasuk UiTM juga mengikut course dan CGPA.






Untuk PI005, kalau nak pursue Bachelor Of Laws (L.L.B), kena capai CGPA 3.00 dan MUET minimum band 4. CGPA dikira mengikut SEMUA SUBJEK (7 subjek part 1 & 8 subjek part 2) dan untuk PI007 pulak, kena capai CGPA 3.75 dan MUET minimum band 4. CGPA dikira mengikut 4 BEST LAW SUBJECTS (3 subjek law part 1 & 4 subjek part 2)

Basically, itulah requirements dan serba sedikit tentang Asasi Law. Sekarang, kita proceed dengan subjek!




SEMESTER 1 (PART 1)

1. LAW038 - LEGAL RESEARCH & INFORMATION PROCESSING SKILLS
> Subjek law paling senang dan paling best tapi berguna untuk masa akan datang. SANGAT SANGAT BERGUNA. Basically, dalam subjek ni, kita akan belajar macam mana nak conduct legal research, nak cari sources menggunakan database yang dibeli oleh universiti. Masa kat universiti, jangan nak rely sangat kat wikipedia bila buat assignment, that is one of the worst sources you can rely on. Lecturer nampak je ada wikipedia kat references list, memang kena buat balik assignment tu :") Nak ke huhu. Other than that, dalam subjek ni belajar jugak macam mana nak baca case law, case report dan macam mana nak buat references list menggunakan MLA & APA. Format ni wajib ye guna bila buat assignment. Jangan mintak explain, nanti korang belajar benda ni, jangan risau hahahah. Untuk subjek ni, amni dapat Sir Faliq. Sir Faliq is one of the best lecturer I've ever met. If you get him, you should consider yourself lucky :) Setiap kali ada assignment yang dia bagi, consult with him regularly. He will guide you to the fullest! (Warning! Dia suka show off gambar makanan kat group whatsapp)

*Untuk LAW038, depends on kelas dan lecturer jugak sama ada guna buku atau tak. Kalau macam amni, memang lecturer rely on lecture slides, tak guna apa apa buku. So, lecture slides boleh dapatkan kat portal student. Boleh print siap siap, senang untuk references dalam kelas.



2. LAW012 - INTRODUCTION TO LAW 1
> Antara subjek law yang agak tough tapi kalau faham betul betul, memang boleh excel. Dalam subjek ni, kita akan belajar tentang basic law. Dari mana law ni datang, sources of law, natural law, positive law, socialist, apa pendapat scholars tentang law, morality dan case law dalam subjek ni menarik gila. Korang mesti akan mindblown dan tak terfikir case law macam tu wujud. Ada banyak skop under subjek ni. Akan belajar jugak law ni tak semestinya apa yang termaktub dalam perlembagaan sahaja, tapi ada jugak yang lain. Untuk subjek ni, amni dapat Madam Namirah, one of my fav lecturer! Kalau masuk sini nanti, basically lecture slides yang korang akan print tu, semua dia punya slides. Madam Namirah memang rajin buat lecture slides. Almost every law subjects dia buat slides. And of course, if you get her as your lecturer, you should be thankful :) Kat asasi, akan guna satu method ni namanya ILAC. Method ni memang selalu digunakan untuk problem solving. So easy to use, so practical, and will not burden you if you truly understand the usage of ILAC.

**Untuk LAW012, semua students wajib beli satu buku ni (LAW, MORALITY, JUSTICE, FREEDOM & EQUITY) Memang membantu sebab the notes are completed and can be relied even if you don't print the lecture notes. But, bear in mind, do jot down notes given by your lecturer to help you understand this subject better.

(ye saya gigih buat flatlay masani sebab nak bagi semangat suruh study)


3. LAW016 - INTRODUCTION TO MALAYSIAN SYSTEM OF GOVERNMENT AND POLITICS
> Haaa, masuk subjek yang ni dah ke arah lain pulak. Dalam subjek ni, belajar mostly tentang Malaysian government and the history. Ye, belajar balik pasal cobbold, japanese colonisation semua tu. Cuma dalam english je :) So, dah boleh revision balik sejarah masa form 4, form 5 tu ye huhu. Tapi jangan nak acah power sangat, masa sekolah belajar dalam bm, dalam asasi belajar dalam english. So, it may take time a little bit for you to be comfortable with the terms. You will also learn the composition, functions, how they enact a law, the composition of courts in Malaysia, fundamental liberties in Malaysia and etc. Boleh dikatakan hardness level of this subject is 3.5/5. Sebab banyak benda kena hafal dan FAHAM. Kena banyak buat notes dan latihan sebab soalan exam dia, makin lama makin susah dan KBAT. Sebelum kelas, kalau boleh baca dulu, kalau tak, kau memang akan menganga kat situ tak faham hahahahha. For this subject, I got Sir Ikhbal. He was a very nice lecturer and I looked forward on having him again on the second semester, but he pursued his study in doctorate so yeah byebye sir ikhbal lol

**Untuk LAW016, diwajibkan beli buku Federal Constitution dan ada lagi satu buku, digalakkan untuk beli: Malaysian Legal System. Tapi kalau tak beli pun takpe. Lecture notes, Federal Constitution and your own notes are sufficient enough. 

(ye, gigih jugak)

(last last, dah malas)


4. CSC134 - COMPUTERS & INFORMATION PROCESSING
> Subjek ni siapa ambik ICT masa sekolah dulu, sangat untung sebab basically korang belajar balik subjek ICT tu. Kita belajar pasal computer, inside and out. Theoretically. Dan ada project assignment ye untuk subjek ni. Kalau macam amni, amni kena buat educational gaming application. Basically, untuk excel subject ni, baca lecture notes, datang kelas, dengar lecturer ajar, jangan tidur walaupun subjek ni 3 credit hours je. 

**Untuk CSC134, ada manual book yang diwajibkan beli sebab dalam tu ada assesment dan weekly task untuk tutorial. Dan ada lagi satu buku, macam textbook, tak wajib beli. Agak mahal dalam RM70 sebab kualiti kertas yang digunakan dan agak tebal. Tapi, nanti cari je senior, mesti ada yang nak letgo murah nanti :) 




5. ELC080 - ENGLISH FOR FOUNDATION STUDIES I
> Kalau ada code ELC kat depan tu, maknanya subjek tu subjek English Language. ELC080 lebih menekankan kepada persediaan untuk MUET. Lecturer akan guide macam mana nak excel dalam MUET, how the flow is going to be, the format, how to answer the questions and etc. I'm not sure if this upcoming batch ada final exam untuk subjek ni atau tak sebab dengar cerita ELC exams for part 1 students have been abolished. Sebab masa batch amni, exam elc masih ada dan nak menangis ye jawab paper tu huhu

**Untuk ELC080, akan ada satu buku wajib beli. Dalam buku ni, akan tunjuk format soalan, contoh jawapan and etc. So, senang untuk MUET nanti, boleh refer buku tu untuk persediaan :)




6. ELC091 - CRITICAL READING AND REASONING FOR FOUNDATION STUDIES
> Subjek ni antara subjek English yang agak tough bagi amni sebab ada banyak elemen kena faham. Dalam subjek ni, korang akan belajar macam mana nak identify articles. Nama pun critical reading kan, jadi memang kerja korang, reading je dalam kelas ni hahahahah no jkjk but seriously, you will meet fallacy, claim, evidence and etc. And you will definitely don't want to meet them again lol. But this subject is crucial because you will learn how to read articles in detail and more precisely identify either the articles that you found are reliable or not, can be used or not, is it a bad or good article and etc. In this subject too, you are going to have fun by participating in Forum/Forbate which is very fun and you will get to know more practically on this subject as you have to find reliable sources to support your speech. 

**Untuk ELC091, ada satu buku yang wajib beli juga. Nipis je buku tu. Akan digunakan untuk get to know better on those things i've mentioned above.



7. CTU085 - TASAWWUR ISLAM
> Here we go! The last subject of this semester, CTU085. The only subject that uses Malay as the main language. Dalam subjek ni, seperti yang tertera diatas, ye anda belajar tasawwur islam ye. Tapi, jangan ambil ringan subjek ni walaupun 2 credit hours je. Ini soal dunia dan akhirat ni hahahahha takkan nak jawab exam guna iman je. Kalau iman setebal kamus takpe jugak, ini iman lagi nipis daripada kulit bawang, tak pasal pasal guna mazhab sendiri jawab exam. Korang akan belajar tentang maqasid syariah, pemakaian dalam islam, hukum hakam semua lah. Jadi, penting ni untuk dunia dan akhirat jugak huhuhu. Lepastu, untuk part 1, ada task hafazan dan tilawah dimana kena hafal surah Al-Mulk ayat 1-15, kemudian tilawah daripada ayat 16-30 dan akan diuji pengajaran ayat serta tajwid dalam surah Al-Mulk. So, good luck! 

**Untuk CTU085, kena beli buku Tasawwur Islam, buku dia warna coklat. Tak silap beli semester lepas, RM30 rasanya. Buku ni senang sebab kebanyakan lecturer akan guna buku dan slides, ada yang guna buku sahaja. Lagipun, buku ni complete, tak perlu refer lecture notes pun takpe dah. Buku je insyaallah dapat membantu.



So, inilah subjek yang korang akan belajar kalau pursue asasi law kat sini. Quite a number of subjects, but it will be an interesting ride. Part 1 boleh dikatakan tak se-stress part 2 tapi tak boleh main main jugak. Nak dean list ke taknak? ._. Masa part 1 boleh dikatakan masih boleh leisure lagi sebab dari segi masa memang banyak dan tak pack. How to leisure in style? Amni akan share dalam next entry on How To Survive in ASiD 101 okayyy?

Main, main jugak. Tapi, jangan lupakan pelajaran. Menyesal tak belajar betul betul masa part 1, so tak dapat dean list huhuhu well sokay, we'll strive for this semester!

So, that's all for this entry! This entry will be a series whereby I will share with you guys what's so fun in Dengkil, the subjects in Part 2, the struggles and etc. Stay tuned! Bye, wassalam.

69 comments:

Asyiqin said...

Good tips for yg nak apply upu! btw, kin pun ex-uitm :)

CIKZACOM said...

tahniah dik. gudluck :)

Unknown said...

Hai akak..saya nak mohon asasi law kat uitm but taktahu nak pilih law uitm or kptm..which one would you suggest ?

Unknown said...

@Elissanur Suraya ;
I don't know how to suggest as it really depends on someone's potential huhuhu. Dua dua ada kelebihan masing masing. You can DM me on twitter @itsnotamni if you want to know a little bit more on your choice. I can guide you, insyaallah :)

Unknown said...

Thanks akak sharing info about law 😀

Unknown said...

@Nur Aufa Khairina ;
Most welcome! Hope this sharing is beneficial for you <3

Unknown said...

Hi ...student law uitm n kptm combine ada berapa eh? 500 sampai ke?

Nurul Hidayah said...

Assalamualaikum, saya pelajar asasi law 18/19 akan datang (alhamdulillah rasa nk nangis bila check tu T.T) saya nak tanya, apa persediaan akak untuk masuk asasi ni??

NT said...

Assalamualaikum kak saya sedih sangat harini saya lepasan spm 2017 saya mintak law uitm dlm upu first choice law kptm kedua law uitm ketiga law uia, smua xdpt so saya buat rayuan upu, spm saya sejarh A+ english A bm A- mathmod A dan dpt 5A kesemua tiada gagal kecuali addmath E, saya dri aliran sainas, so dgnsedih hati saya terpaksa smbung belajar msuk matrik sains. Saya xminat sains klau leh saya nak law sbb baca dan hafal shja saya mmg minat sejarah. Nk tnya klau second intake msuk bulan brp hbis bulan brp? Hmm sedih

Unknown said...

@Nurul Hidayah : Congratulations!! Persediaan dari segi mental paling penting. Kena siap siap mindset masuk universiti, dah tak sama macam sekolah. Semua kena buat sendiri. Kena inject semangat siap siap dari awal sebab asasi ni tak lama, plus minus dalam 10 bulan je. Be positive in whatever it comes. Be ready for anything dari segi kewangan, kawan kawan dll. Kalau fizikal, tak sangat sebab kampus dengkil kecik je hihi. Anyways, all the best in your foundation year!!

@Nazihah Tan : Jangan rasa sedih, insyaallah akan ada rezeki untuk rayuan nanti :) Kalau second intake, tak jauh pun gap dia dgn first intake. Dalam dua minggu. Habis pada masa yang sama jugak dgn yang first intake, dan tak perlu risau sbb still boleh catch up dengan lectures.

Unknown said...

Salam kak,i'm so sad bcs tak dpt upu.sy apply law kptm as my first choice.law uitm second choice. Fyi,sy dpt 4A je mase spm 2017 and semuanye A- except sej which is sy dpt A solid. Sy ade fail one subject which is addmath.yg A tu pun bi bm pai sej.akak rasa ade chance tak sy nk dptkan course ni if sy buat rayuan.tbh, sy minat gila law course sbb sy pun mng suka sej and english

Unknown said...

@Marshmellow Love : Don't be sad, everything happens for a reason dear :) Usaha dulu buat rayuan, insyaallah there will be place for you :)

Unknown said...

Salam kak..boleh saya tahu muet dlm sem brape?

Unknown said...

@Afifah Fatin : Kalau untuk subject MUET, belajar masa sem 1 dan digalakkan ambik masa sem 1. Tapi kalau nak ambik masa sem 2 pun boleh je, takde masalah.

Anonymous said...

Thankyouu for ur info, second intake foundation law kene apply direct uitm or upu ye?

Unknown said...

Salam..maaf ganggu..nk tye..asasi undang2 ni..btl ke dpt elaun?klu dpt elaun selalunye ble dpt ek..trimeksh

Unknown said...

@Anonymous : kalau untuk second intake yang rayuan, terus apply rayuan kat upu. Kalau intake dec, apply kat website uitm terus

@Unknown : haah ye, untuk pendapatan keluarga yang bawah 10k, akan dapat elaun. Elaun depends kepada pihak universiti, tak tentu bila akan masuk

Unknown said...

Assalamualaikum kak and hello. Im currently waiting for the day untuk daftar masuk foundation law at uitm dengkil. May I know if buku yang akan digunakan in law uitm is the same with law kptm? If so does this means the syllabus are the same? And can you please tell us how much each book would cost kalau beli dengan pihak universiti directly? Buku yang dibeli time foundation will be used until degree is it? Sorry banyak tanya but I’d love to know your answers. Thank you selamat berpuasa :)

Unknown said...

@Nelly Farah : Yes, we are using the same book for both law kptm and uitm. The syllabus is also the same. The books will cost roughly 200++ depending on the lecturers sebab ada lecturer yang tak prefer guna buku, ada yang akan wajibkan student beli buku. I can't recall the price of each book but 200++ is the rough amount. Some of the books will be used up until degree, some are not. Depends on the subject that you will be taking in law degree nanti.

Anonymous said...

Assalamualaikum kak. Alhamdullilah, saya dpt Asasi Undang-undang KPTM dan kini menghitung hari untuk mendaftar hehehe. Nak tanya, sebaiknya buku-buku utk sem 1 beli dari lecturer atau beli sendiri sahaja seperti buku federal constitution? Klu beli sendiri, buku apa lagi yg patut dibeli ye? Dan utk sem 2, surah as-sajadah kena hafal ayat berapa sehingga berapa? Terima kasih :)

Unknown said...

hi akak,saya pun amik law kptm untuk sesi 18/19 and tak sabar nak belajar especially lepas baca akak punya post ni, so thank you for sharing this info! :)

Anonymous said...

Salam... saya dah terima tawaran asasi undang undang KPTM di UiTM Dengkil. Boleh tak saya tukar kepada asasi undang-undang UiTM?

Unknown said...

@Insyirah Ardini : Alhamdulillah congratulations! Enjoy your foundation year <3

@Anonymous : Wasalam, tak boleh tukar kepada law uitm.

Anonymous said...

hi kak, aktiviti kokurikulum ada tak?

Unknown said...

@Anonymous : kalau aktiviti koko yang macam kawad ke semua tu takde. Kalau aktiviti koko macam perjumpaan kelab semua tu ada.

Anonymous said...

Salam akak, nak tanya. Tahun ni asasi law ada second intake tak? Kalau ada, bila ya? And student diploma uitm boleh apply tak? Thank you :)

Anonymous said...

Assalammualaikum nak tanya. Boleh ke kita tukar kos dari diploma ke degree? Contohnya diploma amik kos engineering,degree nak amik kos multimedia. Tq

Anonymous said...

Akak sy dpt law kptm,honestly akak,exam tu susah tak and nk archieve 3.75 above respult upu and 3.0 result uitm tu susah takkkk? Im so scared and nervous

Unknown said...

Assalam akak. Saya diterima masuk ke uitm dengkil for foundation law. Saya orang sarawak so saya agak takut sedikit nak survive di tempat orang. Hehe.. boleh akak bagi tips macam mana nak survive dekat alam universiti tak? Thankyou💖

Unknown said...

Assalam akak. Saya diterima masuk ke uitm dengkil for foundation law. Saya orang sarawak so saya agak takut sedikit nak survive di tempat orang. Hehe.. boleh akak bagi tips macam mana nak survive dekat alam universiti tak? Thankyou💖

Nukilan daniel said...

Kak , saya dapat scnd intake for foundation law. Boleh bagi tips nak struggle untuk saya ? Kata semangat ke ? Or camana nak fluentkan english kita or kat sana memang dia polish ke?

Anonymous said...

Saya bakal junior akak.. doakan saya kak.. hehehe

Unknown said...

@Anonymous : Selalunya ada intake untuk disember. Boleh je student diploma apply :)

@Anonymous : Depends kepada pointer dan course yang kita nak ambik. Ramai je yang ambik diploma lain, degree lain.

@Anonymous : In my opinion, untuk law ni, kena struggle lebih sikit kalau nak achieve pointer tinggi. If you work hard for it, insyaallah you will excel!


@Unknown : Get to know the people around. You will find various kind of people. Jangan takut untuk explore tempat orang. Jangan takut untuk berkawan. Jangan jadi terlalu introvert, bergaul dengan ramai orang. But sometimes, mind your own business too :) Insyaallah you will survive.

@daniel hazim : Read a lot. Especially about the current issues. Tak kisah luar atau dalam negara. Jumpa lecturer selalu untuk consultation. Assignment buat on time. Jangan malas untuk bertanya, jangan takut untuk explore benda baru. Untuk brush up english, practice a lot there. Watch english movies, speak in english with your friends, don't be afraid to speak. Try and error, and you will get to brush up your english :)

@Anonymous : Insyaallah amin :) All the best!!

Anonymous said...

I just got foundation in law (kptm) after my rayuan... I missed minggu destini siswi but will i start studying as the ones who are done with their orientation? tysm in advance for your reply <3

Unknown said...

@Anonymous : Maybe you will be a week late or so. I'm not sure about the exact time period. Tapi, selalunya first week more to kenal subjek je. So, tak tertinggal banyak sangat.

Anonymous said...

Hi, nak tanya kalau intake december macam mana nak apply? I got 5As, both maths and english A, cuma addmaths je D. My application for asasi law got rejected even though my friend yang 4A dapat dengkil :( but saya dapat diploma pentadbiran awam. Tapi saya naaakkk sangat masuk asasi law and sambung law, macam mana eh nak apply for december?

Anonymous said...

do asasi law students have a dress code? kalau ada, mcmana eh dress codes dia?

Anonymous said...

where can i download the lectures slides at student portal? i couldnt seem to find it. thanks!!

Rabiatul adawiah said...

Akak ,tmpang tnye ,kalau nk pos brg ke dengkil (dahlia 1) mcm mme nk alamatkan yee ?

Unknown said...

@Anonymous : You can go to uitm's website, there will be information there.

@Anonymous : Yes you have, isnin dengan jumaat pakai baju kurung. Rabu pakai court attire. Hari biasa pakai baju bebas dan sopan.

@Anonymous : There should be in i-Learn portal, under myCourse section. Explore the iLearn my dear :)

@Unknown : Akan ada satu pusat kat anjung. Barang semua akan pos kat cellarium. Alamat pun guna alamat cellarium. Boleh check alamat penuh kat cellarium atas nama penerima :

Nama, Nama Kolej, No. Pelajar
Alamat Cellarium

Anonymous said...

Did you get a 4 flat? :3

Anonymous said...

Can i know masa spm akak dapat result berapa and aliran apa akak ambil? Takut pulak bila baca komen komen kat blog akak yang kata diorang tak dapat upu

Anonymous said...

Hi, is it possible for you to upload the way you answer exam papers? Law 012,016,038? Thank you in advance, pls help me 😭

Unknown said...

Asalamualaikum. Saya sekrg ting 5 and skrg ddk dlm kls akaun bkn aliran pure sains. Saya nak tanya, peluang saya cerah tak untuk apply asasi law eventho saya bkn dri aliran sains? Sbb mostly org ckp bdk kla akaun no ssh nk msuk upu lagi2 asasi? Is it true? Saya haral sgt akak reply :')

Anonymous said...

Assalam. Kalau lah tk lepas 3.00 tu. Boleh smbung course business tk kat degree?

Anonymous said...

Hi , saya student uitm dengkil 18/19. Saya tunggu update buku yg digunakan for part 2 . Saya harap akak dapat update hehhee thanks!

Anonymous said...

gila memenuhi apa yang dicari 😂👌🏻 thanksss ❤️

Unknown said...

Assalamualaikum kak.. saya nibaru lepasan spm batch 2018.. saya ni ingin pursue forensic linguistic career.. Can i ask after i take this foundation, boleh ker saya ambil linguistic ?



Unknown said...

Hi everyone! Regarding the questions you guys have asked, I will answer it in this comment! :)

1) For my spm, I got 'enough' result for me to be able to pursue in law for foundation and I'm from science stream.

2) If you are not from science stream, your chances are actually higher because of the merits that they will count. I have a lot of friends who are from sastera/akaun who pursue in law. Don't worry, just apply and insyaallah rezeki is there :)

3) Regarding the business degree, I'm not sure abt the qualifications. Depends on the university that you want to further your study in. Untuk 3.00 tu, it's actually a minimum requirement for law degree.

4) If you want to pursue in linguistic, yes, sure you can! Foundation is just a fast track for you to pursue in degree quicker. If you sambung foundation in tesl for instance, tak semestinya you have to pursue in tesl as well in degree. It all depends on your passion in degree later :) You can basically apply anything that you want as long as you passed the requirements.

filzahfadzly said...

Assalamualaikum kakak. Can you give me some tips bila pergi interview nanti utk asasi?

Unknown said...

Asasi law ada interview ke..

Unknown said...

@filzahfadzly: Is it for foundation in law? Untuk foundation, law takde interview. Tesl je yang akan ada iv. If for tesl, I have no experience in it. So sorry, I cannot help youuuuu :(

GM said...

Lìng rén jīngtàn de wénzhāng wěidà de gōng​​zuò jìxù qiánjìn dàn bǎochí zàntíng... Rúhé huòdé zìyóu Robux Easy 2019 |héfǎ fāngshì {gōngzuò}

Anonymous said...

Assalamualaikum kak, saye betul2 minat nak ambik asasi law tapi disebabkan addmath saye dapat E which is lulus sahaje. Saye tk layak, so saye nk tanye macam mane nak buat rayuan?

Anonymous said...

Assalamualaikum kak, nak tanya boleh? Sye ni lpsn spm batch 01 and spm sye dpt 5A which i got A solid for math moden and sejarah, A- for bm,bi and agama. But what so unfortunate for me is that i got a G for addmath. and real question is ada harapan lgi x nak dpt law foundation uitm or kptm?

Chris said...

Selamat petang, kak. Nak tanya, apa cabang2 jurusan yang boleh pursue once dah selesai Asasi Law?

Izzul Najwan said...

Assalam kak,saya lepasan spm 2018 dan saya dapat 5A untuk spm saya,4A solid dan satu A-,A solid tu BM,BI,Sej and Maths.A- Pend.Islam.Addmaths saya dapat D and Science subjects saya physics C,Chem and bio D,so akak rasa saya akan mendapat tempat tak dalam asasi undang2 ni?saya apply Kptm 1st and uitm 2nd

Anonymous said...

Pray a lot everyone n dont lose hope on thinking whether there would be a spot for u in the uitm law foundation or not but I truly believe if you atleast passed the min requirements, InsyaAllah rezeki would be there for all of us :). Have faith

Unknown said...

Salam kak. Kalau saya dapat law uitm boleh saya tukar ke law kptm? Saya baru tau benda ni.

Unknown said...

Salam kak.Syukur saya dapat kat dengkil utk law uitm, just nak tnya, ada tak apa2 buku yg kta perlu beli or bawa like fed cons sblum dftar situ?for our references:)

Anonymous said...

Kak , kalau gagal Addmaths time spm boleh tak apply untuk asasi law kat uitm ?

ToudDe Angel said...

Kalau saya dapat asasi undang-undang (KPM). Tapi nak tukar course masa nak ambil degree, boleh tak?

Unknown said...

Assalamualaikum hai kak amni , apa yg akak share ni sangt membantu sebab saye tahun ni spm 2019 and sajelah buat research pasal law ni sebab saye spm ambik akaun and tbh saye tak minat mengira , saye more kpd hafal and bahasa so saye rase law mcm sesuai utk saye i guess ? hehhe :) teringin jugak nak tahu law ni belajar ape kan and terjumpalah blog akak ni yg sgt. membantu thankyou for the tips and good luck on your studies ^^

Tfdhl NN said...

Izinkan saya bertanya , bagaimana pula dgn org yg mahu ambil asasi undang-undang kemudian nak teruskan pengajian dlm akademi pengajian bahasa kat uitm? perlu pilih asasi undang-undang yg mana?

Ah Fhoo Art said...

Saya nak tanya, kalau amik Asassi Law KPM, tapi result x capai 3.75. Apa pilihan yg ada utk continue. Still Boleh masuk uitm utk continue degree in law?

ak ha keem said...

Assalamualaikum sis, I actually got 6a in spm but unfortunately I got e in addmath...saya dari pelajar aliran science
tapi saya memang dah tak minat science so that's why I'm choosing law foundation. I got a+ in sejarah,a+ in bm,a- in pai, math, bi and Psv. So how do you think am I will be able to pursue in this course?

Unknown said...

nice blog..gmbr pun cntik dik...anyway..akak nak share ya..kalau ade adik2 nak tau psl program it tech dan pendidikan awal kanak-kanak..bole wsp akak jaga program..011-16930576..bolehla akak advice ckit ckit ..

Anonymous said...

Haiii dik....boleh auntie tahu...syarat untuk masuk law course uitm mesti result spm 6A ke atas ye?

Unknown said...

Assalamualaikum, boleh akak bagi email akak? Saya nak tnya pasal buku law tu...