Assalamualaikum semua. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk hadir ke majlis pelantikan duta dan pelancaran single terbaru Noraniza Idris iaitu "Permata Saadah" pada minggu lepas di Maju Junction Hall, Kuala Lumpur. Ini merupakan kali pertama amni dapat bekerjasama dengan Noraniza Idris. Permata kali amni dapat berjumpa dengan Noraniza Idris, cantik dan manis orangnya. Tak dimakan usia, sangat cantik dari dulu sampai sekarang. Awet muda gituuuu.
Ramai yang tahu Noraniza Idris merupakan ratu dalam genre irama Malaysia, dengan hashtag #saveiramamalaysia, Noraniza Idris kembali dengan singlenya yang terbaru selepas lagunya "Wangikanlah Hatimu" yang dilancarkan pada 21 Februari yang lepas. Selain itu, dengan adanya hashtag #saveiramamalaysia, genre irama tradisional dapat dimartabatkan lagi dan diangkat di mata dunia.
"SINGLE PERMATA SAADAH DAN LATAR BELAKANG
PERMATA SAADAH"
"Permata Saadah" menjadi inspirasi Noraniza Idris untuk mendedikasikan lagu tersebut khas untuk kita wanita. Single ini sepenuhnya ditaja oleh Syarikat Permata Saadah (M) Sdn Bhd yang telah ditubuhkan sejak tahun 2011. Single terbarunya yang berkonsepkan Pop Tradisional ini bergenre Zapin Fusion dan merupakan terbitan syarikat rakamannya, Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd (NIPVSB)
Tengoklah album singlenya, ada bunga bunga gituuu. Lirik pun menarik hati, amni dah dengar masa majlis pelancaran, memang sedap sangat dengan suara Noraniza Idris yang memang tak dapat disangkal lagi vokalnya. Selepas itu, balik rumah dengar lagi, sebab tak puas dengar secara live. Sedap sangat! Liriknya sangat indah, ada elemen moden sedikit tapi masih mengekalkan konsep tradisional. Sekali dengar, mesti nak dengar lagi!
"Permata Saadah" membawa maksud "nadi kebahagiaan". Ilham untuk judul lagu ini terhasil adalah ketika Noraniza Idris membuat kunjungan ke sebuah program usahawan di ibu kota. Perasaan beliau mula teruja apabila melihat seorang pemuda kelebihan upaya (OKU) yang menjadi salah seorang peserta program pada masa itu.
"Permata Saadah" juga telah diabdikan sempena nama ibunya sendiri dan dipilih sebagai nama syarikat katering yang diusahakannya. Permata Saadah Sdn Bhd bermula dengan perniagaan kecil kecilan. Simbolik nama Permata Saadah membawa maksud tersendiri iaitu PERMATA bermaksud sesuatu yang sangat bernilai manakala SAADAH pula bermaksud kebahagiaan yang diambil sempena nama ibu kepada Pengarah yang juga Pengasas Syarikat Permata Saadah (M) Sdn Bhd
Menurut Mohd Syahid yang merupakan Pengarah Syarikat Permata Saadah,
"Saya bersetuju untuk menaja lagu Permata Saadah kerana perkataan "Permata Saadah" sendiri membawa maksud "Kebahagiaan yang tidak ternilai". Sesuai dengan matlamat saya untuk menamcari cara yang unik untuk meluahkan rasa berterima kasih dan setinggi penghargaan kepada dua wanita terpenting dalam hidup saya iaitu ibu saya dan isteri saya yang tersayang. Setelah berbincang dengan Noraniza Idris, saya bersetuju bahawa sesebuah lagu dengan lirik yang penuh bermakna dan dialun dengan cara yang indah dan unik"
"PERMATA SAADAH WEDDING & EVENT"
Selain kemunculan kembali Noraniza Idris sebagai highlight of the event, pelantikan Noraniza Idris sebagai duta Permata Saadah Sdn Bhd juga merupakan kemuncak majlis. Apatah lagi dijamukan dengan hidangan makanan yang sangat menarik hati dan sangat menggugat iman.
Permata Saadah menawarkan harga yang sangat mampu milik untuk pakej perkahwinan dan sebarang majlis yang ingin diadakan bermula dengan hanya RM 7.90 sahaja (1000 pax). Dengan harga yang sangat mampu milik ini, sangat berbaloi dengan kualiti makanan yang sangat tip top! Sekali rasa, mesti nak tambah banyak kali. Rasanya yang cukup marvelous, cukup pedasnya, cukup manisnya, cukup semuanya lah senang cerita. Sangat sepadan dengan tekak melayu yang sukakan rasa yang pelbagai.
Credit : Kak Ummi Nani
HUBUNGI MEREKA
Untuk sebarang keterangan lanjut dan ingin membuat tempahan, boleh hubungi :
No.33, Jalan BRP 6/13, Bukit Rahman Putra 47000 Sungai Buloh Selangor
No Telefon : 03-6151 8844 (Office) – HQ Online 018-9888 504
Laman Web : www.permatasaadahcatering.com
Media Sosial : @permatasaadahcatering @permata_saadah_official