#MyPerakStory ; A new perakians!



Hai, assalamualaikum :)
A new bright day. How's you guys doing? Great? Alhamdulillah. In my previous entry, macam emotional gila kan. So, for this entry. I just wanted to share some of my experiences (?) in my new place, Manjung, Perak. well im so excited sampai nak dekat sebulan lebih tak update blog hahahahahha diam ah.

saya pindah sini baru dua bulan sebenarnya. so, macam a new fresh, innocent, still a newbie person lah kat sini. yelah, duduk sini macam orang terkurung seorang diri meragui sepi sambil menguis pagar mencari teman. amboi ayattt! Tapi, setakat ni, environment kat sini nampak okay je. So far so good. bila tengok ramai bebudak ronda ronda dengan kawan, lepak sesama makan goreng pisang or pisang goreng i dun care, lepastu beli ice blended depan rumah (yu shud thank me makcik for making your rezeki increases). rindu lah pulak nak lepak lepas sekolah kat koperasi dengan kawan kawan, pergi lepak mcd (dulu), lepak domino's bila hujung bulan (sebab kami dikira 'kaya' masa tu). mohon lemparkan kerinduanku kepada mereka!


saya dapat tahu kena pindah bulan oktober rasanya, lepas pt3. which was kind of shocked! tak expect pun akan pindah seawal ni. yes, mama ada cakap nak pindah perak. tapi cuma taktau bila. hamek kau, fikir sangat pasal pindah kan, kan dah pindah betul. seram betul pemikiranku ini. 
Jadi, tempat baru, rumah baru, bilik baru. apa je yang belum baru?

kawan. 

alhamdulillah, kawan tu dah ada. insyaAllah bila dah masuk kelas ni , ramai lagilah yang akan sudi berkawan dengan budak hingusan manjung ni. mungkin belum lagi jumpa yang betul-betul. but, one thing that i want to say to my new future 'best friend' . i'm sorry for keeping you waiting. i know it's hard for you. but, it's hard for me too uhuk *instrumental sedih* 

(ayat kat atas diukir sebulan yang lepas jadi dah expired mohon skip kat bawah sebab malas nak backspace)

saya ni dahlah orang yang malu-malu harimau, nak tegur orang tu boleh lagi fikir seribu kali nak tegur ke tak. ayoyo parah parah. lepastu, kalau dah tegur orang baru, mulalah menggigil satu badan rasa macam miracle gila dapat tegur orang macam "yes mission accomplished!" kengkadang rasa macam power rangers pun ada eh lawaknya. tapi, bila saya dah start jumpa orang, dah kenal. jangan risau, saya peramah orangnya. tapi peramah bertempat lah. tapi satu benda lah saya nak mengaku sikit (sikit je lah tak banyak). saya ni sebenarnya memilih jugak. kalau kau macam rupa kerek mintak kuali memang sorry to say lah beb, memang gua lari dulu je beb. bukan sombong, tapi tak boleh ngam lah kalau awak kerek kerek dengan saya. awak behave, saya behave, semua happy! yey happy family! poyo seh.


saya tak ada mohon mana mana asrama dan saya sedih sebenarnya sebab tak dapat peluang untuk apply asrama. tapi, baru baru ini saya ada buat rayuan dan main suka hati apply dan tak berharap sangat pun. kalau dapat pun, maknanya kira pandai jugak lah saya rupanya (baling telur). sebabnya, mama saya cakap tak payah pindah dah. kan baru je pindah sekolah, lagi lagi pindah negeri. jadi macam susah sikit. lagipun, sekolah dekat dengan rumah, senang kalau emergency apa apa kan. mama saya tak cakap tapi saya rasa je. i admit yang saya kecewa bila harapan saya nak masuk asrama macam hancur berkecai ditelan arus angin sebab saya nak masuk asrama dari saya form 1 lagi, tapi mama saya tak bagi lagi masa tu sebab takut tak biasa. dia cakap bila form 4 nanti. tapi apa nak dibuat. apa yang mama cakap tu ada sebabnya. she knows what's best for her children. i will just redha je :)


oh yeah, saya dah tahu kelas. alhamdulillah kelas sains tulen which was not what I expected to sebab saya tak minat sains sebenarnya. yelah, result sains pt3 pun cukup cukup makan macam bila ada kucing datang menguis kat kaki kau mintak makanan kan lepastu kalau yang baik hati tu bagilah ayam sikit, lepastu mesti kucing tu duk meow lagi mintak makanan kan sebab dia lapar? haaaa macam tu lah saya punya result pt3. kelaparan markah. hahahaha. 


saya sebenarnya nak dapat kelas sastera (fact: saya dah survey sekolah tu ada sastera) tapiiiiii haa ada tapi. bila saya dah daftar pung pang pung pang orientasi boleh pulak cikgu tak mention pun sastera. saya pun macam eh cikgu ni terlupa cakap ke, memang saja nak buat suprise ataupun sastera kat sini panggil benda lain? that's what I thought lah tapi memang takde. bukan takde, dah takde. beza eh dua tu. 



taknaklah cerita pasal kelas pulak kat sini. itu nanti kat entri lain lah eh. kita sekarang nak cerita pasal perak, peghak, P-E-R-A-K! aish. eh marah pulak tampar kang.
kat sini macam-macam ada. I mean by macam-macam tu ehem makan ehem makanan eh. itu yang naik berpam-pam kat sini tu. ya allah! memang naik badan lagi lagi masa cuti kan. lagi bahagia dan gembira lah. dan disebabkan bila tangkap group photo nampak macam baymax kat situ. jadi perasaan insaf tu dah timbul, kenalah start diet balik. kenapa ada perkataan balik? sebab dah diet, dan dah kurus dan dah dihasut untuk makan banyak balik dan dah berisi balik. padan muka hengko! so do you guys have any tips untuk susut badan dalam masa sebulan? (kau hengat senang lemak nak memindahkan diri?!)


so, the reason why tak update blog which dah lari daripada azam nak update blog selalu. well you know me. masuk sekolah terus femes orang nak guna saya untuk itu untuk ini so busy all the time well you know my hiperbola is over the top. saya sangat rindukan blog. tapi nak cari masa nak update tu nauzubillah susah betul! my weekdays are just super busy. my weekends were loaded with school activities. biasalah budak sekolah kan. tapi sekarang ni, dah habis exam. tinggal seminggu je nak cuti sekolah so boleh lah spam dashboard korang dengan entri daripada saya wuhuuuu 
so, i will stop here. insyaAllah akan ada banyak lagi entri. more tips, more lifes and more ME! yeah! 
Bye!

Wassalam.


No comments: