It's here!

Hai. Assalamualaikum.
For these past years, I learned a lot. Tentang kehidupan, tentang segala-galanya lah. Semuanya alhamdulillah dapat dihadam. I've grown up a lot. I've changed a lot. Thanks Allah. Ku rasa macam tak percaya ini diriku sekarang.

Tahun pertama, masih freshman. Culture shock kata omputihnya. Masih belum explore dunia remaja. Masih dalam terowong yang belum jumpa penghujungnya. Masih bajet diri tu lawa omagad. Masih tak sedar diri itu dah besar. Masih rasa diri itu kecil lagi. Dan masih tak reti nak insaf. Then, bila masuk kelas, masih blur dengan subjek baru. Cikgu baru. Kawan baru. Kumbang-kumbang baru. Semua baru. 

Tahun kedua, makin mengenali antara satu sama lain. Tahun kedua inilah yang paling banyak dugaan. Syukur masih hidup sampai sekarang (if you know what I meant) . Masih dalam proses nak sedar. Masih rasa 'alah lek lah exam next year kot' . Masih rasa diri tu boleh main main (tahun kedua ni tahun paling banyak tak fokus (aka drop) dalam kelas) Masih rasa benda benda yang remeh itu cumalah sekadar picisan. Tapi, makin lama, bila dah makin sedar. Masa itulah, kena teruskan. Biar sedar sikit-sikit, daripada tak sedar langsung yang kau sekarang dah pakai buku garis satu bukan buku garis tiga lagi. 

Tahun ketiga. HAHAHAHA. Masa awal tahun, masih tak sedar nak exam. Astaghfirullah. Tapi, dah sedar diri ini perlu lebih matang. Perlu berfikir lebih waras. Walaupun tahun ini banyak perkara yang membuatkan kami pening (dan stres), tapi alhamdulillah, kami dapat mengharungi semuanya. Allah takkan bantu hambanya, kalau kita sendiri sebagai hamba tak tolong diri sendiri. Tahun inilah yang paling rasa menyesal untuk refresh balik syllabus tahun sudah (tulah lalai lagi). Masa ini jugalah, I really appreciate my surrounding. Maksudnya, tahun ketiga ini tahun dimana daripada seorang manusia zaman batu ke zaman millenium. But...... the point for this entry actually is.....



It's finally here. Yes. 
Esok, 13 Oktober 2013, kami pelajar Tingkatan 3 akan menduduki PT3. Fuhh. Full of worried. So, I took this opportunity yang tinggal kurang 24 jam sahaja untuk taip entri for this blog. I wrote about my journey from being a freshman to a not-so-fresh-but-i-so-wangi-right-now k shadap. Itu cumalah sedikit. Tapi, banyak memberi kesan dalam hidup sehari-harian. Setiap hari, ku akan sentiasa muhasabah diri. Akan cakap dengan diri yang dulu. Dan pada masa itulah akan timbul rasa bersyukur :)

Jadi, saya Amni Nizzatul Alia. Ingin memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan tak kira zahir atau batin. Mungkin ada yang terguris hati. Mohon maaf. Terima kasih kepada semua yang sentiasa menegur diri yang tak begitu sempurna ini. Halalkan segala makan minum, ilmu, teguran. Doakan kami semua berjaya dalam peperiksaan kali ini. Doakan kami dapat jawab dengan baik. Last but not least, may Allah bless us. 



// GOOD LUCK AND DO YOUR BEST!

Wassalam. 

Photobucket

1 comment:

Unknown said...

Good luck dear ;)
Fighting !!