October 13, 2012

I'm back!

by , in
Assalamualaikum and annyonghaseyo :)
Wowoooo!!! Lama betul tak update blog. Last update bulan 7. K, 2 bulan tak update kira lama k. K. K. Thanks to Aiman for reminding me untuk update blog ni *itupun kalau dia baca blog ni* Haha. Okay, dalam entri ni aku akan update random things yang berlaku dalam 2 bulan tak update ni. K? *angguk*

Okay, first thing aku nak bagitau ialah pasal kenapa kenapa dan kenapa aku tak update blog ni. Ada banyak banyakkkkkkkkk sangat sebab dia. Satu, aku langsung takde masa nak jenguk blog bagai. Dengan PBS yang kalau boleh nak kalahkan ketebalan Kamus Dewan. Dengan kerja kursus kalau 11 subjek, 11 kerja kursus nak bagi. Tak cukup dengan itu, 1 exam besar sedang menunggu aku dengan mengantuknya dengan aku aku sekali ngantuk tersengguk-sengguk dengar ustazah mengajar Faraid *dengkur*



Ouh yeahhh! Aku nak kongsikan kegembiraan yang paling bermakna dalam hidup aku sepanjang 13 tahun 8 bulan aku hidup ni. Aku malas nak suruh korang berguess-guess ni. Buang masa *pandai pulak* Alhamdulillah, aku dapat Anugerah Ahli Sukan Terbaik 2012 masa Hari Kokokurikulum *betul tak eja dia?* . Memang tak sangka boleh dapat. Act, aku fikir ramai lagi yang deserve dapat benda alah ni daripada aku. Sebab, ada yang dapat lebih banyak pingat daripada aku. Maybe, sebab aku menyumbang pingat pertama untuk sekolah masa olahraga haritu kot. Cikgu siap sebut weh nama aku masa ucapan hari koko tu. Malu ah kita *blushing* Haha stop this topic. Anyway, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat seperti cikgu cikgu, kawan kawan, mama and abah <3 Me heart you guys. Gamsahamnida :)

*taktau apa motif quotes ni tapi aku suka*

Also, how's my life in secondary school? Haha. Alhamdulillah, nothing's special. Macam tu je dalam 10 bulan ni. Bangun tidur, mandi, tunggu van, pergi sekolah, hadap muka cikgu, hadap pakcik kantin, hadap buku, balik *ulang balik untuk hari hari seterusnya kecuali ahad haha* K, sabtu pun aku sekolah. Cuma yang bezanya tahun ni ialah tahun paling banyak aku hangout. Yeah. Untunglah sekolah dekat dengan McD, tutti frutti, subway, domino's. Sila jeles *jelir lidah* Kalau boleh setiap bulan tak keluar tak sah. Sekurang-kurangnya sekali pun cukup sekadar nak puaskan nafsu. Sampai cashier McD dengan Tutti Frutti pun dah muak tengok muka kitaorang :b *say hi to them* jangankan cashier, harga pun aku dah hafal. haha hebat tak hebat tak? *takyah bangga ah* Nanti kang lepas finale exam nak keluar lagi. Yeyeyeyeyeyeyeye.

Love him :*

Haha, and btw sekarang ni aku tengah belajar bahasa Korea. If K-popers tak belajar Korea hm tahlah. Kalau setakat tahu Saranghae pun kira okay. Haha. Alhamdulillah aku dah boleh menguasai sikit sikit. Tulis hangul pun boleh sikit-sikit. InsyAllah dalam 1-2 tahun boleh fasih :) Aku banyak belajar sendiri, dengan kawan kawan sekepala dengan tengok variety show kat KBS TV. If ada video cut kat youtube yang takde subtitle tu boleh lah faham sikit-sikit. Sekarang, 3 bahasa aku sedang kuasai. Alhamdulillah. nanti kalau aku dah fasih, aku buat satu blog bahasa korea haha berangan -_- Hm, actually dulu aku fasih tapi sejak dah lama tak cakap korea, aku sendiri pun dah lupa bahasa korea macam mana. Nak dekat setahun kot. That's why aku belajar balik untuk fasihkan balik. Memang lama pun nak ambik masa untuk fasih korea ni. Doakan aku supaya berjaya memfasihkan diri. Hwaiting!

Love him so much :* Hwaiting!

Oklah, aku rasa sampai sini je entri aku. InsyaAllah jika ada lagi masa terluang aku akan update kebetulan PBS punya kerja baru je hantar semalam untuk key-in markah 15 Oktober. Cikgu, isi markah saya elok elok. Haha. K bai. Assalamualaikum :)

Psst: benci dengan Blogger New Interface :b