July 16, 2012

Alhamdulillah......

by , in
Assalamualaikum w.b.t dan hai :)

Aku kembali dengan entri baru :) Hehe. Okay, aku baru balik sekolah lebih kurang 3 jam yang lalu. Tidak terlalu penat pada hari ini walaupun aku puasa. Yeah, tinggal lagi sehari sebelum aku bebas daripada puasa ganti! *jerit kuat kuat* Esok hari last aku puasa ganti. Sungguh tidak sabar rasanya. Tinggal lagi beberapa jam sebelum aku menghinggapkan makanan ke mulutku lalu dihadamkan ke dalam perutku yang serba canggih ini *kenyit mata sambil jelir lidah* 

Pada dua hari lepas, sekolah aku telah mengadakan Kejohanan Balapan & Padang kali ke-10. Alhamdulillah, aku dapat hadir sebab aku masuk perbarisan Kadet Polis (P). Aku rasa kamilah unit beruniform paling hensem dan bergaya disitu :b Haha. Lebih kurang hari Khamis lepas aku terlibat dengan 3 acara sebelum sukan iaitu Lontar Peluru, Lempar Cakera dan Rejam Lembing kategori Perempuan bawah 13 (Perempuan C). Rejam lembing itu pun aku terpaksa masuk sebab rumah hijau Perempuan C takde siapa wakil. Ehem, jangan tanya aku kenapa aku tak masuk larian dengan lompat. Aku serious tak minat bab bab yang itu. Harap faham :D

Sepatutnya, buat hari Selasa tapi malangnya petang itu pula hujan dan ditunda ke hari Rabu pagi. Tetapi, cikgu taknak buat pagi sebab takut pelajaran tertinggal lepastu buat petang and guess what? Hujan weh hujan. Itulah cikgu, degil lagi ;p *cekak pinggang* Then, ditunda ke hari Khamis pagi. Kebetulan, hari Khamis dengan Jumaat memang ada raptai untuk perbarisan. Sebab tu buat sukan pagi. Alhamdulillah, cuaca pada pagi itu sungguh ceria ye tuan tuan puan puan *check mikrofon 1,2,3*  

Acara pertama ialah rejam lembing. Aku mendapat giliran ketiga ke keempat aku pun tak ingat. Aku ingat lagi nombor rumah sukan aku. ZC 02. Lawa kan lawa kan? hehehehe *senyum sinis* Z tu ZAMRUD *rumah hijau*, C tu kategori. Okay, kami diberi 3 kali percubaan. Percubaan pertama aku mendapat lebih kurang 4-5 meter aku pun tak ingat *ketuk kepala dengan bantal*. Then, percubaan kedua aku mendapat 7.5 meter tak silap aku dan percubaan ketiga aku batal sebab lembing tak cacak *marah lembing* Semasa aku tengah lawan rejam lembing, aku sorang je yang wakil rumah hijau kategori perempuan C. Tapi, aku masih lagi bersemangat kerana ada lagi cikgu rumah hijau yang menyokong aku kebetulan mereka yang menjaga markah untuk rejam lembing. Terima kasih Cikgu Roshayati dan sorang lagi cikgu aku tak ingat nama dia x) 

Kemudian, dah habis rejam lembing aku teruskan ke Lempar Cakera. Disebabkan aku dah ada pengalaman dalam lempar cakera, aku memberi tunjuk ajar kepada seorang lagi kawan aku iaitu Shalini. Dia pun wakil rumah hijau juga untuk lempar cakera. Dia tidak mempunyai apa apa pengalaman dalam lempar cakera dan dia tak tahu pun dia masuk lempar cakera. Aku memberikan basic things yang perlu diketahui dalam lempar cakera. Kami diberi 3 kali percubaan juga. Percubaan pertama aku mendapat 12 meter. Percubaan kedua aku mendapat 13. __ (aku tak ingat) meter. Percubaan ketiga aku mendapat 14 meter. 

Then, aku boleh berehat sekejap sebelum ke lontar peluru sebab acara itu ialah acara paling akhir untuk PC. Aku pergi ke acara lompat tinggi untuk menyokong kawan aku, Izaaz. Alhamdulillah, dia mendapat tempat kedua :) Congratulations Izaaz! 

Dan sampailah masa untuk ke acara boleh dikatakan kegemaran jugalah iaitu lontar peluru. Aku dah main lontar peluru selama 3 tahun sejak darjah 5 jadi tak mustahil itu menjadi acara kegemaran aku setiap kali sukan *lompat lompat* Aku punya giliran ialah yang ketiga kot. Kami diberi lagi 3 percubaan. Percubaan pertama aku mendapat 5 meter. Percubaan kedua aku mendapat 6 meter dan kemudian percubaan ketiga aku mendapat 7.3 meter. Alhamdulillah ada peningkatan :)

2 hari kemudian.......

*cough* Masa yang ditunggu tunggu telah tiba! Setelah semua selesai semasa hari sukan semua semua tu, tibalah masanya untuk mejlis penyampaian hadiah. Jyeahh! Tapi tapi tapi...... sempat bagi hadiah sampai Lontar peluru perempuan A je sebab hujan dan ditunda ke hari Isnin (harini). Anddddddddddd..........Guess...............What???????????? *rasa annoying tak baca panjang panjang? haha*









Alhamdulillah i've won 3 of them! I've got Gold for Lontar peluru, Gold again for Lempar Cakera and Silver for Rejam Lembing :) 

Andddd andddd andddddddddddddddddddddddd...................... belum habis lagi tau










My dream comes true! Aku dapat Olahragawati Kategori PC :) Actually aku taktahu pun yang aku dapat mende alah ni. Cuma bila aku dah ambil 3 pingat, tiba tiba nama aku dipanggil lagi. Aku pun pelik lah. Aku dapat apa lagi kan. Then aku pergi je lah. Dah ambil piala, aku tengok piala tu then aku baca 'Peserta Terbaik Perempuan C'. Aku tergamam kejap. Aku serious tak sangka. Aku punya impian sudah menjadi kenyataan! Alhamdulillah :)





My prizes! Aku bersyukur sangat. Tak sia sia aku penat tapi sangat sangat berbaloi :) Tak cukup dengan ini, aku tumpang gembira dengan Pasukan Kadet Polis (P) sebab memenangi Perbarisan Unit Beruniform. Tahniah POLIS!! Me love you. 

Balik sahaja rumah, aku letak elok elok piala atas almari dan tunggu sampai parents aku balik. Bila diorang dah balik, aku dengan suka hatinya pergi tunjuk hadiah ni kat parents aku. Diorang tu bekas olahragawan/olahragawati sekolah dulu. Kira bakat turun daripada diorang lah :) kemudian, adik adik aku pun aktif sukan tapi dalam bidang larian. aku lah yang turunkan saka kat diorang tu. K, ayat serious takleh blah :p

Parents aku sangat bangga terutama sekali mama aku. Bila dia tengok je piala tu, dia terkejut dan terus ucap tahniah serta salam aku. Bila dah salam tu sempat lagi aku tanya, "Takde pape ke nak bagi?" kemudian mama aku jawab, "Nanti mama masak soto untuk kakyang buka puasa" Pastu aku pun, "Yeyy! Makan soto". Terima kasih mama dengan abah atas sokongan :) Masa sabtu lepas, mama aku cakap kat aku, "Kalau kakyang tak minat bidang larian dan lompat, pastikan expert dalam balingan. Stamina tangan kena kuat. Setiap kali nak lawan, angkat apa apa je janji berat supaya stamina kat tangan banyak." Mama aku sentiasa memberi kata kata semangat kat aku setiap kali sukan. Setiap kali apa apa aktiviti, aku akan meminta mama dengan abah aku doakan kejayaan aku.

Sekulung penghargaan kepada guru rumah sukan atas semangat yang diberi. Mama dan abah aku, rakan rakan aku yang sentiasa memberi sokongan kat aku serta syukur alhamdulillah kepada Allah yang maha Esa kerana memberiku kejayaan yang berprestij ini. Terima kasih sekali lagi :) 

Siapa kata berbadan besar tidak boleh sukan? Aku dah buktikan. So, ada apa apa nak cakap? *bunyi cengkerik* 

InsyaAllah, tahun depan aku akan masuk lagi acara acara ini dan memenanginya sekali lagi. 

Sebelum terlupa, kedudukan rumah sukan daripada tempat pertama hingga tempat keempat.

Pertama - Topaz (Kuning)
Kedua - Nilam (Biru)
Ketiga - Delima (Merah)
Keempat - Zamrud (Hijau) *takpe zamrud, tahun depan cuba lagi :)*

 P/s: Tiada niat untuk menunjuk cuma ingin berkongsi kejayaan. Maaf jika ada ayat yang riak disitu. Aku manusia biasa dan perasaan ingin berkongsi itu sentiasa ada. Dan maaf kualiti gambar kurang. Guna handphone je :)




July 14, 2012

Freebies: Simple Kpop Header

by , in
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera

Allah, lama gila aku tak update blog ni. Kesian pulak aku tengok blog ni berhabuk semacam je. Tuan dia tak tengok ke? *gosok dagu* kesian blog aku trafik tak naik naik. Haha. Tapi, aku kembali seperti biasa. Yeahh! *goyang perut* 

Haa, aku taknak cerita apa apa lagi. Cuma, aku akan bagi korang............ yeyy! Freebies header ~ Tadi, aku tengah boring tahap gila vavi jadi aku berhajat nak buat header. Sambil-sambil buat header tu, aku nak buat freebies terus. Senang sikit. Thanks to BBB for your suggestions! Appreciate it :) So, let's check it out!

Header size: 750x240 
Type: bersambung


Header Kpop Luhan 1


Header Kpop Luhan 2


Header Kpop Luhan 3

==============================================================

Header Kpop Yoseob 1


Header Kpop Yoseob 2


Header Kpop Yoseob 3

==============================================================

Header Kpop Zhang Yixing 1 



Header Kpop Zhang Yixing 2

==============================================================

Header Kpop Gikwang 1


Header Kpop Gikwang 2


Header Kpop Gikwang 3 

==============================================================

Okay, ini sahaja yang mampu aku bagi sebab aku buat pun simple simple sahaja. Takdelah lawa mana. Jadi, kalau nak ambil sila letakkan credit link to my blog. Kalau ada yang ambil header ini dan mengaku dia yang punya, dengan tak semena-menenya aku akan report your IP address. Walaupun nampak macam "Ek eleh, bajet dia banyak followers, stalkers, pembaca kat blog dia" Tapi, siapa tahu kan? Aku cuma mengambil langkah berjaga-jaga. 

Jika ada sesiapa yang menggunanya, aku mengucapkan terima kasih :) InsyaAllah, aku akan buat lagi freebies jika aku ada kesempatan.

Wassalam.