
New

New
*taktau apa motif quotes ni tapi aku suka*
Also, how's my life in secondary school? Haha. Alhamdulillah, nothing's special. Macam tu je dalam 10 bulan ni. Bangun tidur, mandi, tunggu van, pergi sekolah, hadap muka cikgu, hadap pakcik kantin, hadap buku, balik *ulang balik untuk hari hari seterusnya kecuali ahad haha* K, sabtu pun aku sekolah. Cuma yang bezanya tahun ni ialah tahun paling banyak aku hangout. Yeah. Untunglah sekolah dekat dengan McD, tutti frutti, subway, domino's. Sila jeles *jelir lidah* Kalau boleh setiap bulan tak keluar tak sah. Sekurang-kurangnya sekali pun cukup sekadar nak puaskan nafsu. Sampai cashier McD dengan Tutti Frutti pun dah muak tengok muka kitaorang :b *say hi to them* jangankan cashier, harga pun aku dah hafal. haha hebat tak hebat tak? *takyah bangga ah* Nanti kang lepas finale exam nak keluar lagi. Yeyeyeyeyeyeyeye.
Love him :*
Haha, and btw sekarang ni aku tengah belajar bahasa Korea. If K-popers tak belajar Korea hm tahlah. Kalau setakat tahu Saranghae pun kira okay. Haha. Alhamdulillah aku dah boleh menguasai sikit sikit. Tulis hangul pun boleh sikit-sikit. InsyAllah dalam 1-2 tahun boleh fasih :) Aku banyak belajar sendiri, dengan kawan kawan sekepala dengan tengok variety show kat KBS TV. If ada video cut kat youtube yang takde subtitle tu boleh lah faham sikit-sikit. Sekarang, 3 bahasa aku sedang kuasai. Alhamdulillah. nanti kalau aku dah fasih, aku buat satu blog bahasa korea haha berangan -_- Hm, actually dulu aku fasih tapi sejak dah lama tak cakap korea, aku sendiri pun dah lupa bahasa korea macam mana. Nak dekat setahun kot. That's why aku belajar balik untuk fasihkan balik. Memang lama pun nak ambik masa untuk fasih korea ni. Doakan aku supaya berjaya memfasihkan diri. Hwaiting!
Love him so much :* Hwaiting!
Oklah, aku rasa sampai sini je entri aku. InsyaAllah jika ada lagi masa terluang aku akan update kebetulan PBS punya kerja baru je hantar semalam untuk key-in markah 15 Oktober. Cikgu, isi markah saya elok elok. Haha. K bai. Assalamualaikum :)
Psst: benci dengan Blogger New Interface :b
New

Alhamdulillah i've won 3 of them! I've got Gold for Lontar peluru, Gold again for Lempar Cakera and Silver for Rejam Lembing :)
Andddd andddd andddddddddddddddddddddddd...................... belum habis lagi tau

My dream comes true! Aku dapat Olahragawati Kategori PC :) Actually aku taktahu pun yang aku dapat mende alah ni. Cuma bila aku dah ambil 3 pingat, tiba tiba nama aku dipanggil lagi. Aku pun pelik lah. Aku dapat apa lagi kan. Then aku pergi je lah. Dah ambil piala, aku tengok piala tu then aku baca 'Peserta Terbaik Perempuan C'. Aku tergamam kejap. Aku serious tak sangka. Aku punya impian sudah menjadi kenyataan! Alhamdulillah :)


My prizes! Aku bersyukur sangat. Tak sia sia aku penat tapi sangat sangat berbaloi :) Tak cukup dengan ini, aku tumpang gembira dengan Pasukan Kadet Polis (P) sebab memenangi Perbarisan Unit Beruniform. Tahniah POLIS!! Me love you.
Balik sahaja rumah, aku letak elok elok piala atas almari dan tunggu sampai parents aku balik. Bila diorang dah balik, aku dengan suka hatinya pergi tunjuk hadiah ni kat parents aku. Diorang tu bekas olahragawan/olahragawati sekolah dulu. Kira bakat turun daripada diorang lah :) kemudian, adik adik aku pun aktif sukan tapi dalam bidang larian. aku lah yang turunkan saka kat diorang tu. K, ayat serious takleh blah :p
Parents aku sangat bangga terutama sekali mama aku. Bila dia tengok je piala tu, dia terkejut dan terus ucap tahniah serta salam aku. Bila dah salam tu sempat lagi aku tanya, "Takde pape ke nak bagi?" kemudian mama aku jawab, "Nanti mama masak soto untuk kakyang buka puasa" Pastu aku pun, "Yeyy! Makan soto". Terima kasih mama dengan abah atas sokongan :) Masa sabtu lepas, mama aku cakap kat aku, "Kalau kakyang tak minat bidang larian dan lompat, pastikan expert dalam balingan. Stamina tangan kena kuat. Setiap kali nak lawan, angkat apa apa je janji berat supaya stamina kat tangan banyak." Mama aku sentiasa memberi kata kata semangat kat aku setiap kali sukan. Setiap kali apa apa aktiviti, aku akan meminta mama dengan abah aku doakan kejayaan aku.
Sekulung penghargaan kepada guru rumah sukan atas semangat yang diberi. Mama dan abah aku, rakan rakan aku yang sentiasa memberi sokongan kat aku serta syukur alhamdulillah kepada Allah yang maha Esa kerana memberiku kejayaan yang berprestij ini. Terima kasih sekali lagi :)
Siapa kata berbadan besar tidak boleh sukan? Aku dah buktikan. So, ada apa apa nak cakap? *bunyi cengkerik*
InsyaAllah, tahun depan aku akan masuk lagi acara acara ini dan memenanginya sekali lagi.
Sebelum terlupa, kedudukan rumah sukan daripada tempat pertama hingga tempat keempat.
Pertama - Topaz (Kuning)
Kedua - Nilam (Biru)
Ketiga - Delima (Merah)
Keempat - Zamrud (Hijau) *takpe zamrud, tahun depan cuba lagi :)*
P/s: Tiada niat untuk menunjuk cuma ingin berkongsi kejayaan. Maaf jika ada ayat yang riak disitu. Aku manusia biasa dan perasaan ingin berkongsi itu sentiasa ada. Dan maaf kualiti gambar kurang. Guna handphone je :)